Ad

Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H


Assalamualaikum , masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438 H tahun 2017 ini. Mohon maaf zahir dan batin jika ada tertulis kata yang mungkin mengguris hati kalian . 

Macam mana dengan raya korang tahun ini ? mesti seronok bukan .  Lisa tak pergi mana , pusing kluang je , rasanya tahun ni hambar sikit la .. entah semakin dewasa ini makin rasa tak teruja macam dulu . Mungkin sebab banyak fikirkan masalah lain kot . Heww... kalau dapat soalan cepu emas tu jawap lah dengan elok-elok . Mereka hanya nak bermesra tu , jangan sentap sangat kayh. Wat lek wat peace . Macam Lisa ni ha , setiap tahun dapat soalan sama ,

 "Bila nak kawin ? "

 Jawapan lisa :
 " Insyaallah tahun depan " .
 hahaha.. dan tiap tahun soalan sama je , takde pun diorang ckp ..aik tahun lepas ckp tahun depan.. ni tahun depan lagi . Nampak tak disitu , yang diorang ni hanya nak bermesra je , tanya soalan pun bukan  ingt jawapan ... hehehe. Tak mo sentap-sentap ok!

Nah Lisa belanja gambar yang sempat snap raya pertama dan raya ketiga.  



Gambar Raya Ketiga 



Raya ketiga dah naik kerja . Hahaha.. lagi suka la sebab duduk rumah dah naik bosan . 



Banyak jenis blink blik je rasanya untuk tahun ni . pergi banyak tempat pun sama je , Lisa suka pula  kaler nude  ... Hek hek... lama rasanya tak beli kasut tumit tinggi ni . Jangan risau , tak pernah tergolek lagi . 




Itu jela cerita tentang hari raya ... Oh ya... finally dapat makan rendang ketupat cik yati . Aum... sedap weih.. walaupun makan sesudu je .. ilang la rasa teringin tu . Dan ye.. malam tu terus sakit kepala.. hahaha dah padan muka sapa suruh makan makanan bersantan. 

Still ok lagi dari orang lain yang terkena cirit birit sebab makan banyak maknan serentak .. hikhikhikk..

Tak sempat nak hantar kad raya .. nah ada e-card raya dari lisa : https://ecard-raya.blogspot.my/


Bye... see u next entri... selamat hari raya ... !! 

Al-Fatihah Untuk Shea Rasol





Agak terkejut juga dengan pemergian Shea ( www.myamethyst-shea.com/ ). Sekali lagi kehilangan seorang kawan blogger , Shea Rasol yang pulang ke rahmatullah hari ini , dihari Jumaat 09 June 2017 , hari ke 14 bulan ramadhan , diusia yang muda lagi baru 29tahun  . Siapa yang tak kenal shea, dia ialah seorang blogger , pengacara SIS di TV9 , juga fashionista yang digemari ramai orang . Tipu la kalau tak sedih , tapi...sebaik-baik perancangan ialah dari ALLAH . 

Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuknya disana . Semoga tenang dan di tempatkan digolongan orang yang beriman . Untuk family yang ditinggalkan , semoga diberikan kesabaran dan keikhlasan hati . 

Kita bacakan Al-fatihah sekejap untuk Shea Rasol





Damailah disana Shea , dah beberapa bulan bertarung melawan cancer Urachal ... kini awak berada ditempat yang lebih tenang . 


Beruntungnya kerana pemergiannya pada hari Jumaat di bulan Ramadan yang mulia. Awak insan terpilih Shea.. #SheaCancerFighter

Sebak ... tak leh nak tahan air mata ni ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢ 

LAZADA Big Baby Fair Diskaun Sehingga 85 % !


Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen Big Baby Fair” yang akan berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini. Anda boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi!




Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Huggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan?

LAZADA Big Baby Fair

Tanpa perlu keluar dari rumah, anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Ini termasuklah menawarkan kepada para pelanggan kami dengan cara pembayaran yang pelbagai.


Bukan sahaja anda akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi anda juga boleh mengharapkan penghantaran percuma apabila anda membeli produk terpilih!
Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia.

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest


Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.


Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari Lazada Big Baby Fairsekarang.



Rugi Uall's tak grab ! Lisa nak grab pun belum ada baby lagi . Hehee... Jangan lupa share ke akak , rakan dan jiran-jiran sebelah ye..! 
© all rights reserved
made with by templateszoo