Ad

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma

Assalamualaikum, dari kecil lagi matematik dan kewangan dah tak asing bagi Lisa. Mak dulu seorang peniaga jadi secara tak langsung Lisa dah belajar matematik sebab nak kira duit walaupun bermula dari asingkan beberapa not wang. Bila dah besar, Lisa baru  paham yang hidup ini tak jauh dari matematik dan kewangan. Apakata korang uji minda dengan  Permainan Money Games Mortgage Calculator secara online dan percuma !

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma.

Bila dah explore game-game yang ada di Money Games di Mortgage calculator ni, memang bagus tau korang bagi anak-anak. Sekiranya anak-anak dah diterapkan untuk suka dengan Matematik, lama-lama kelamaan mereka akan lebih enjoy dalam belajar. Bukan sekadar bermain game sahaja tapi dapat menguji minda anak dan melatih anak membuat pengiraan. Korang boleh mencuba pelbagai jenis money games online yang ada di Mortgage Calculator. Antara pilihan di sini ialah :-

  • - Cash Back Game
  • - Grocery Cashier Game
  • - Treze Coins Game
  • - Idle Money Tree Game
  • - Bitcoin Tap Tap Mine Game
  • - Lit Ape NFT Generator Game
  • - Stocks Game
  • - Supermarket Numbers Game



Lisa dah cuba beberapa game dalam Mortgage Calculator ni. Mencabar sungguh, tapi korang boleh je pilih yang level mudah (easy) . 


1. CASH BACK GAME


Game ni pun sangatlah senang, hanya ikut arahan sahaja, pastikan korang jawab laju sebab ia ada bar masa yang ditetapkan, kalau korang lambat maka tamatlah game ni. Ada 3 mode yang korang boleh pilih, dari mode easy, medium dan difficul. Nah selamat mencuba





2. GROCERY CASHIER GAME 



Permainan ini agak mudah tapi kena tekan harga barang dengan pantas kerana ada masa yang diperuntukkan. Setelah dimasukkan kesemua harga barang-barang dan tekan total, jururuwang akan menerima bayaran dalam betuk tunai ataupun cash voucher. Korang hanya perlu ikut je arahan yang di berikan, mula-mula masukkan nombor yang tertera kemudian tambahkan dengan nombor seterusnya, kemudian tekan total untuk bayaran penuh. Lepas tu, customer akan bagi duit so korang kena masukkan nilai yang diberikan oleh customer dan tolak sahaja. Last sekali korang tekan pada bahagian wang tu dan kembalikan baki kepada customer. 


3. IDLE MONEY TREE

Game ni lagi lah senang, hanya memerlukan tangan yang laju untuk kutip duit-duit yang ada di pokok tu je haaa, nak lagi banyak duit, korang kena lah tekan laju-laju. Kemudian, di bawah tu korang boleh beli bila wang yang korang tekan laju-laju tadi cukup.



Bila makin banyak wang korang, lagi banyak korang boleh upgrade, so ia akan buatkan wang korang lagi bertambah banyak ! Tangan kena tekan laju-laju ..lenguh weih, bagi dekat anak korang rasanya sekejap je diorang dah power 


Selain daripada Money Games, ada beberapa kategori permainan lain yang boleh dipilih iaitu:

  • - Real Estate Games
  • - Food Business Simulation Games
  • - Business Simulation Games
  • - Software Development Games
  • - Office Politics Games
  • - Other Fun Games

CHOCOLATE SHOP GAME 


Selain money games Lisa cuba pula Chocolate Shop salah satu permainan dari Food Business simulation Games. Lisa failed di level dua ni , ahahaha rasa tak cekap . Nanti nak cuba lagi la . 


Cara main permainan di Chocolate Shop ini memula korang kena bawa menu pada pelanggan, lepastu sebaik saja mereka dah tau nak order apa maka akan keluar buble tu bersama-sama dengan berapa banyak kesabaran yang mereka perlu menunggu untuk korang hantar pesanan tadi. Pergi ke mesin yang sesuai untuk buat jenis coklat atau makanan lain yang ingin dibeli. Bawa pesanan mereka. Secara berkala korang akan perlahan. Apabila itu berlaku, gelembung pemikiran menunjukkan korang boleh cepatkan dengan minum kopi. Kumpul bayaran pelanggan untuk selesaikan transaksi. Capai matlamat transaksi harian korang sebelum pemasa kehabisan untuk completekan level tersebut. 

Macam mana, korang dah cuba permainan  yang ada di Mortgage Calculator? Jangan risau, permainan yang tersedia sesuai untuk anak-anak dan semua peringkat usia. Semua game percuma dan tiada iklan yang menganggu dan tak perlu nak download atau register apa-apa. Nah banyak lagi game yang korang boleh main di laman https://www.mortgagecalculator.org/money-games/#moneygames ni. Lisa nak sambung main game ni,,, bye! Enjoy your game ^^


Kempen "We Care We Love", Tisu Carina Pilihan untuk Kegunaan Harian

Assalamualaikum ! Tisu dah jadi keperluan sehari-hari apalagi sejak ada homestay memang guest ramai yang request letak tisu. Lisa sendiri pon gunakan tisu juga dalam keseharian, tisu dapur , wet tisu , tisu toilet, dan banyak lagi la . Carina jadi jenama tisu pilihan Lisa dari dulu . Meh Lisa  kongsikan penggunaan produk jenama carina dalam keseharian Lisa , bukan hanya tisu je tau ada lagi produk lainnya seperti cotton bud dan facial cotton. Baca sampai habis tau, Kempen "We Care We Love", Tisu Carina Pilihan untuk Kegunaan Harian !


Kempen "We Care We Love", Tisu Carina Pilihan untuk Kegunaan Harian.


CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love". Carina menyediakan pelbagai jenis rangkaian produk mereka untuk menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran. Korang boleh sertai kempen ini dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Carina. Pelbagai hadiah menarik menanti korang! 


Latar Belakang Produk Jenama Carina

Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. 

Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja korang tetapi juga alam sekitar.


Kenapa Produk Jenama Carina Menjadi Pilihan?

Lisa agak cerewet berkaitan dengan kebersihan ni sebab kulit jenis sensitive. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian korang untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. Ianya tak merengsakan kulit dan tak pedih di kulit, selain itu tuk yang wet tisu pula free peraben.


Kempen Carina "We Care We Love"

 
Terbaru pihak Carina mengadakan Kempen We Care We Love di mana mereka :

  • Menggalakkan betapa pentingnya kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran.
  • Memelihara dan menjaga kulit dengan menggunakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit.
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara.
  • Mengeluarkan  4 siri produk tisu untuk memenuhi permintaan pasaran.

REVIEW LISA MENGGUNAKAN TISU CARINA & DETAIL PRODUK CARINA

Empat Siri Rangkaian Produk Tisu Carina

1.Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) 
Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.


Tisu kering terdiri daripada:
1. CARINA Handkerchief Tissue
2. CARINA Wallet Tissue
3. CARINA Box Tissue



 Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON
4. CARINA Facial Cotton
5. CARINA Cotton Bud




2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) 
Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.


3. Peralatan Dapur (Kitchenware) 
Siri Tisu Dapur Carina menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.


4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) 
Tisu basah memang wajib ada di dalam beg, kereta, di rumah atau di Pejabat. Memang sebelum dari ada covid lagi Lisa dah pakainya , Free Peraben jadi keutaman Lisa . Siri Tisu Basah Carina mengandungi 99% air, bebas paraben dan alkohol yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Tisu basah Carina mengandungi Aloe Vera dan vitamin E . Selamat juga untuk digukanan cuci kotoran pada mata kucing dan selamat digunakan untuk baby.

 

Carina Gift Box 

Carina juga mengeluarkan limited edition iaitu Carina Gift Box. Terdapat 8 produk di dalam Carina Box iaitu :
  • Carina Facial Cotton 160 sheets
  • Carina Box Tissue 90 sheets
  • Carina Handkerchiefs Tissue
  • Carina Cotton Buds 400 tips
  • Carina Wallet Tissue 
  • Carina Antibacterial Wipes 70 sheets
  • Carina Facial Cotton 480 sheets
  • Carina Wet Wipes 30 sheets

Selain produk di atas, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga :
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher.
  • Review & Win campaign flyer.
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG.


*Carina Gift Box Set TIDAK termasuk :
  • Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online).
  • Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas). 


Carina Gift Box boleh didapati di :
  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka






CARINA Review & WIN (T&C apply)

Jumlah 100 pemenang untuk MEMENANGI 3 bulan bekalan rumah setiap bulan.
Jumlah bernilai RM 150 / Pemenang
 
Cara Menyertai:
  1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman korang dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok.
  2. Beritahu sebab korang akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok.
  3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang adalah umum).


Terma & Syarat:

• Tempoh kempen: SEKARANG - 30 April 2023. 300 Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Pihak Carina akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook Carina bermula dari Feb 2023. Tungguuu!

• Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak untuk mengubahsuai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

• Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

• Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama dan resit pembelian yang sama tidak dibenarkan.

• Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

• Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

• Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.



Dapatkan CARINA Sekarang! Korang boleh dapatkan rangkaian produk Carina secara online ataupun offline. 


Pembelian Secara Offline

Korang boleh mendapatkan rangkaian produk Carina di pasaraya berdekatan:
• Aeon Big
• Aeon Wellness
• Econsave
• Mydin
• NSK
• Ascen+ Pharmacy
• MiX Store
• PotBoy Groceries
• C-Mart Penang, Kedah, Perlis
• Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
• Family Stores Seremban
• Family Stores Melaka
• Oppa Mart Melaka & Seremban
• Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
• Target Supermarket Johor
• Song Mart Malaysia Johor
• Pasaraya Hwa Thai Johor


Pembelian Secara Online
Korang juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah korang! Sangat mudah untuk membuat pembelian melalui Shopee dan Lazada.
    
Shopee

Lazada 

TopzMall

Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.


Facebook

Instagram

Tiktok



#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature





 

Permainan Untuk Hilangkan Stress dan Bosan

Assalamualaikum, kerja menghadap komputer seharian memang boleh bosan dan stress. Apalagi kalau tiada rakan sekerja yang boleh diajak berbual . Lisa jadi teringat pula dengan permainan yang ada dalam komputer zaman dulu-dulu sebelum smartphone dan internet dihujung jari .  Meh Lisa list kan senarai permainan online untuk hilangkan stress dan bosan. 



SENARAI PERMAINAN UNTUK HILANGKAN STRESS DAN BOSAN. 

Salah satu game yang Lisa suka mainkan masa lenggang iaitu Solitaire. Korang mesti dah pernah dengar kan nama game yang satu ini .. Lisa sendiri suka game yang rilek rilek dan tak nak download di phone sebab boleh makan storage . Satu lagi  bukan jenis yang kena singn up or daftar kalau nak main. Solitaire ni boleh dimainkan tanpa perlu daftar dulu. Permainan online untuk hilangkan stress dan bosan korang boleh terus pilih je di solitaire.org .



1. SOLITAIRE 
 Salah satu game kegemaran Lisa ialah solitaire , ni ha yang Basic je . Nama je basic , tapi menguji minda sungguh lahai . Boleh berjam-jam untuk main ni je. Selagi tak menang , selagi tu la akan cuba banyak kali . Hahaha kadang tak sampai permainan tu berakhir , dah terus refresh mula baru .


Sambil tunggu idea nak buat content, rehat sekejap cari ilham nak menulis . 


2. CARD


Jangan risau , setiap permainan ada guideline dia . Lisa main belasah je hahaha. Card yang ini senang nak main la , lagi senang dari freecell tadi . Yang ini takdela main dengan robot .. korang ada peneman diatas tu jadi tak berapa bosan la . Rasa sangat senang je yang game card ni . 



3. MAHJONG 
Yang ni serious Lisa tak paham walaupun satu, hahaha! Tapi amoi tempat satu kerja ni dia suka sangat dengan game online Mahjong ni . Boleh lawan dengan orang lain juga . Mahjong kan memang suka dimainkan oleh chinese. Nak main guna meja mesti leceh atau kat rumah sahaja , online senang sikit sebab boleh main anytime dan boleh asah otak n trick tuk pandai main . 

4. HIDDEN OBJECT 


Bagi korang yang suka permainan teka-teki untuk uji minda korang , boleh tery game Hidden ni . Ada macam-macam jenis dalam game ini.  Dalam permainan Hidden yang Lisa main ni , perlu cari number yang tersembunyi . Boleh zoom kan gambar ketika bermain . Mencabar sungguh padahal baru level kedua , mybe sebab  Lisa jenis tak reti sabar hahaha . OK nexttttt !


5. WORD


WORD Search , mesti korang dah pernah nampak and pernah main kan ? Biasa kita panggil Teka-teki Silang Kata . Hampir semua orang pernah cuba main permainan ini. Dulu dalam sesetengah majalah dan surat kabar mesti ada. Sekarang hilang ditelan masa sebab orang nak baca berita dah melalui online sahaja . Best juga main permainan Word Search ni . Korang cubalah , free je tak perlu bayar dan tak perlu nak beli majalah dah . Rasa kembali ke zaman dulu pula , bezanya kita boleh main secara online je bila-bila saja. 

Ada banyak lagi pilihan game di solitaire.org , ikut pada minat korang la . Nak main senang je sebab tak perlu nak daftar atau nak log-in. Semuanya free sahaja tak berbayar pon . 

Korang suka main game apa untuk hilangkan stress dan bosan ? 






Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Assalamualaikum, pernah tak korang alami situasi tak cukup tidur dan sepanjang hari tu rasa moody je? Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena dan jadi terganggu. Badan pun rasa tak bertenaga dan muka pun tak bermaya. Stres je sepanjang hari. Pernah tak jadi macam tu?


Macam Lisa ni lagi la, kerja setiap waktu berhadapan dan berurusan dengan orang, lagi la amat terkesan kalau tak cukup tidur. Lagi-lagi kalau mengadap customer yang macam-macam perangai. Mood boleh swing wehh!


Berapa Jam Pula Sebenarnya Diperlukan Untuk Mendapat Tidur Yang Mencukupi?

 

Tidur itu satu nikmat, namun bukan setiap masa individu dapat merehatkan mata, minda dan tubuh selama tempoh yang benar-benar memadai kerana perlu mengejar tuntutan kerja serta memenuhi tanggung jawab seharian. Dari apa yang Lisa tahu, tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga lapan jam.


 

Dulu, Lisa ada kerja hakiki. Malam balik rumah dari kerja kena siapkan job lain pula, buat artikel blog, buat video dan editing sepanjang malam. Memang tak cukup tidur! Kadang tu dapat tidur sejam je sebelum subuh.

 

Sekarang Lisa dah tak kerja dengan orang, kerja sendiri je. Jadi sekarang ni Lisa dah boleh atur jadual harian dengan lebih baik. Antara menjadi keutamaan Lisa adalah waktu tidur. Lisa akan pastikan waktu tidur Lisa adalah mencukupi kerana dengan tidur yang cukup Lisa boleh kawal emosi, mood dan lebih bertenaga serta ceria untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Takkan suami bangun pagi nak mengadap muka stres Lisa disebabkan tak cukup tidur kan? Nanti kalau ada anak lagi la. Lagi bertambah-tambah tanggungjawab Lisa.

 

Kurang tidur ni sebenarnya banyak keburukannya. Kurang tidur boleh menyebabkan moody, tak relaks dan mudah stres. Selain dari itu juga, jika kurang tidur secara berpanjangan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada tubuh badan dan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, dan kenaikan berat badan. Arwah mak dulu meninggal disebabkan pembuluh darah pecah akibat darah tinggi. Dulu masa arwah mak muda, mak kuat kerja dan selalu tak cukup tidur. Lisa pun bukannya muda selama-lamanya. Ni dah kahwin memang kena pandai bahagikan masa antara waktu kerja dan waktu rehat.

 

Punca Kurang Tidur


Stres di tempat kerja dan tambahan kerja-kerja sambilan lain, dengan nak kejar dateline dan nak capai target bulanan merupakan antara salah satu punca Lisa kurang tidur dan kadang-kadang tu tak dapat tidur dengan lena. Bila memikirkan nak kejar dateline tu membuatkan Lisa kurang dapat tidur yang cukup.

 

Kurang tidur umumnya sering disebabkan oleh beberapa hal berikut ini:

 

     Stres

     Konsumsi minuman berkafein terlalu banyak atau dekat waktu tidur

     Tidur dalam kelaparan

     Tidur dengan lampu bercahaya

     Tuntutan kerja malam

     Insomnia

 

Dulu Lisa tak begitu ambil kisah tentang kesihatan, lebih-lebih bab tidur. Fikir diri ni masih muda dan masih sihat lagi. Lagi-lagi waktu belajar dulu. Memang selalu tidur lewat sebab siapkan assignment. Kadang tu tak tidur pun semata-mata nak siapkan. Tapi, sejak arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi, Lisa mula ambil serius bab kesihatan. Dulu sendiri je tapi sekarang ni dah berdua. Mana tahu ada rezeki, jadi bertiga pula. Perjalanan hidup Lisa masih Panjang lagi. Bila umur semakin meningkat ni, Lisa perlu utamakan kesihatan.

 

Tidur Lebih Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

 


 

Sebelum ni, Lisa banyak buat review produk dari Eskayvie antaranya Eskayvie Diffenz, Eskayvie Diffenz Junior dan Eskayvie Phytax. Baru-baru ni Eskayvie telah keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic.

 

Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Produk ini dapat membantu untuk atasi masalah sukar tidur seterusnya mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu, ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori, mengatasi masalah kemurungan dan anxiety.

 

Eskayvie Mindtropic ni dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia atau dadah yang merbahaya. Ianya halal dan selamat diambil.

 

Di bawah merupakan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.

 

Phosphatidylserine





  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 
  • Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 
  • Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

Ashwagandha KSM-66

 



Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

   Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

   Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

 

Bacopa Monnieri

 





  Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

      Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

 Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

 

Magnesium

 



 

         Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

 Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

●   Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

 

Selenium




  Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

   Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 

Kelebihan Eskayvie Mindtropic

 


 

      100% Bahan Semula Jadi

      Rasa Tropika Yang Enak

      Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

      Tanpa Gula Tambahan

      Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

 

Manfaat Eskayvie Mindtropic

1.    Mengatasi gejala Brain Fog

2.    Merangsang perkembangan sel otak

3.    Menguatkan memori

4.    Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

5.    Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

6.    Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

7.    Menjadikan lebih ceria & gembira

8.    Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Cara Pemakanan

 


 

1.    Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

 

2.  Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

 

3.  Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

 

*Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

 

Feedback Pengguna






Kalau korang tengok feedback-feedback pengguna diatas ni, ramai diantara mereka yang memberikan respon yang baik selepas amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Daripada yang susah tidur dan tidur tak lena, kini lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lebih lena. Selain itu, dapat deep sleep, bangun pagi pun rasa badan lebih bertenaga, cergas dan ceria.


 

Puan Ayuni, 30 tahun seorang suri rumah sepenuh masa. Bermula dengan masalah susah nak tidur, beliau cepat moody dan mudah marah. Beliau juga pernah positif Covid-19 dan kesannya, beliau cepat lupa dan ada masalah brain fog.

 

Alhamdulillah! Kini Puan Ayuni mampu tersenyum gembira. Beliau kembali ceria, tak cepat lupa dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari di samping keluarga tercinta.

 

Tidur Cukup Untuk Emosi Yang Stabil

 

Tidur dan emosi seseorang tu sangat berkait rapat. Seseorang yang tak cukup tidur memang emosinya akan terganggu. Ini adalah kerana otak tidak dapat rehat yang mencukupi. Bila emosi tak stabil, itu yang terjadinya moody, cepat marah, stres dan sebagainya.

 

Lisa dah lalui semua perkara di atas sebelum ni. Bila dah kerja sendiri ni, Lisa bebas untuk atur masa sendiri. Sibuk tu memang sibuk, tapi Lisa dapat bahagikan masa tidur dengan lebih teratur. Lisa juga akan pastikan agar dapat tidur yang mencukupi setiap hari

 

Mungkin adakalanya juga Lisa akan lalui waktu susah nak tidur atau tak dapat tidur yang lena. Siapa tahu kan? Bila umur semakin meningkat ni, nak dapat tidur yang betul-betul berkualiti memang susah. Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan sukar nak tidur dan tidur tak lena. Alhamdulillah, dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu Lisa untuk mudah tidur dan tidur dengan lebih lena.

 

So, kalau korang berminat nak try Eskayvie Mindtropic ni, korang boleh layari website dan social media Eskayvie pada link dibawah.

WEBSITE

www.eskayvie.com

 

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

FACEBOOK

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

© all rights reserved
made with by templateszoo