Ad

Pembentangan Bajet 2016

 Pembentangan Bajet 2016 || Agak-agak baget apa yang akan dibentangkan peruntukkan 2016 nanti ye ? mungkin ramai yang nak tahu . Dan semoga tiada kenaikan harga lagi seperti tahun ini. Teruk juga la , tol naik , gst , minyak naik ,, hurm kesian rakyat marhaen ini. Bajet 2016 berteraskan " memperkukuhkan pertumbuhan, memperluas keterangkuman, memastikan pemapanan fiskal" akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

          Tarikh        : 23 Oktober 2015 (Jumaat)

          Masa         : 4.00 petang

          Tempat     : Parlimen Malaysia

Untuk menonton siaran lansung ,kalian boleh tonton di TV1 dan TV3 atau untuk menonton secara online ,, tonton di pautan : http://myklik.rtm.gov.my/tv1  atau  http://www.tv3malaysia.net/2010/06/tv3-malaysia-online-streaming.html

Cara Mencegah Demam KEPIALU [TIFOID ]


Cara Mencegah Demam KEPIALU [TIFOID ] || Sejak musin Jerebu di Malaysia ni , banyak penyakit mula timbul dan berjangkit kan  . Udara pun dah tak bersih untuk dihirup . Lebih teruk dari Fooging dan cium bau asap rokok. Lisa bau asap rokok je pun dah tak boleh apa lagi jerebu yang berbahaya . Di Indonesia sana IPU Jerebu dah cecah ribu riban dah . Jerebu sini yang seratus lebih je dah tersiksa . Bagaimanalah ye agaknya orang di Palangkaraya sana dengan kadar IPU yang cecah 2ribu lebih. Tak leh nak bayangkan .

Baru-baru ini mesti korang dengar mengenai Demam KEPIALU atau TIFOID .Demam yang berjangkit oleh bawaan makanan yang disebabkan bakteria salmonella typhi (S,typhi ) bukan ikan salmon tu ye . Bakteri yang terdapat di Urin , darah ,, dan najis si pembawa. Peliknya , orang yang membawa bakteria ini tak kena demam TIFOID, tapi orang yang terjangkiti yang terkena demam Tifoid ini , demam ini berbahaya tau.. boleh menyebabkan kematian . Jadi pastikan makanan yang korang makan diluar sana tu betul-betul terjaga kebersihan nya . Jangan makan makanan yang terdedah atau tak bersih . Lisa bawa bekal ataupon masak di tempat kerja , jadi safety sikit . Memandangkan Lisa memang tak berapa suka nak makan kat luar dengan cuaca yang penuh dengan jerebu dan tak sihat.

Ketahui langkah-langkah untuk cegah korang atau family korang terkena demam kepialu [tifoid ] Caranya :
1. Pilih gerai atau kedai makanan yang terjaga kebersihannya . Baik tempat atau makanan yang dijual
2. Cuci tangan sebelum makan ,atau selepas keluar tandas.  cuci dengan sabun dan air bilas sampai bersih  , jangan acah-acah siram air je . 
3. Makan makanan yang baru dimasak. Makanan yang tak terlalu lama terdedeah dengan udara. Kan jerebu kasat mata,, apalagi dengan bakteria .
4. Sebelum korang masak , basuh dan cuci bersih-bersih sayur juga buah sebelum dimasak dan dimakan. Cuci dengan air mengalir lebih elok.
5. Gunakan tandas yang sempurna. Ringankan tangan korang cuci tandas demi keselamatan semua orang ye 
6.Jangan telanjang tangan time nak ambil makanan . Pakailah garpu /sudu/senduk .
7.Tutup makanan biar tak kena lalat . lalat kan pembawa penyakit .
8. Jika korang rasa Demam , cirit birit atau sakit perut , cepat pergi hospital atau klinik yang terdekat. Jangan korang rasa korang ni superhero yang kengkonon kebal terhadap penyakit .

mata layu dan cekung ,kurang nafsu makan ,ruam atau bintik merah pada atas badan ,sembelit ,cirit birit,sakit perut ,kena sawan atau meracau ,lesu atau sakit badan ,demam panjang gejala awal korang kena demam TIFOID , jika korang kena macam ni...kena alert dan cepat cepat check ke klinik. 

"Mencegah lebih baik dari mengubati " ingat yer ;) 

Niat Puasa Asyura

 Niat Puasa Asyura || Puasa Asyura biasanya dilakukan di hari ke 9,10, dan 11 Muharam. Boleh pilih satu samaada 
1) Puasa pada  9 dan 10 Muharram
atau

2) Puasa pada  10 dan 11 Muharram .
Puasa Asyura tahun 2015 jatuh pada tarikh 22,23,dan 24 Oktober 2015 . Selamat berpuasa :) 

Berikut bacaan Niat Puasa Asyura :


 " NAWAITU SAUMA 'ASYURA LILLAHI TA'ALLA "
yang ertiya : "Sahaja aku puasa hari 'Asyura , sunnah kerana ALLAH ta'ala  "

CT VILLAGE CAFE TEMPAT MAKAN SEDAP DI KLUANG

CT VILLAGE CAFE Tempat Makan Sedap Di Kluang ||Walapun duduk kluang tapi jarang pula Lisa jejakkan kaki ke Kluang Parade. Tergerak hati nak  jalan-jalan ke Kluang Parade mana tau ada apa-apa yang baru ke , sambil-sambil cari port makan yang sedap  . Asik makan menu yang sama , bosan la pulak. Kawan cakap ada kedai makan baru dalam Kluang Parade [ KP ]. Nama kedai makan tu CT VILLAGE CAFE , WESTERN and EASTERN FOOD, Nak juga la mencuba , perut pun dah lapar ni .kena pulak dengan  tekak yang leceh dan suka pilih makaman ,sambil jalan cuci mata dan lepastu makan ! Lisa memang suka makan , walaupun cerewet sikit bab pemakanan . Hehhe bukan apa , perut sensitive sikit sekarang. So ,walaupon cakap makanan tu ada kapur atau takda ajinomoto ke apa memang Lisa leh detect . eh..bukan Lisa tapi perut Lisa . sebab tu kena jaga betul-betul , aset woo...
Korang boleh try juga .. Kedai makan DAPUR JW - kedai makan sedap terbaru di Kluang ni . Parking pun senang . Baca di Entri : Dapur JW 



CT Village CAFE , WESTERN and Eastern FOOD ,nahh kat sini ada menu makanan berat dan makanan ringan . Halal food cafe ini korang boleh makan makanan berat-berat seperti Asam Pedas ayam , Fish and Chip , Lamb chop , chicken chop ,nasi lemak dan banyak lagi . Atau korang nak ber Hi-Tea  pulak , boleh pilih menu  ketang goreng , Nugget , Keropok Lekor , dan menu special di hari Jumat,Sabtu ,Ahad .. PULUT MANGGA . Sedap tu ! Bukan senang nak cari penjual pulut mangga di Kluang ni tau .

Sampai di Cafe CT VILLAGE , Lisa cari tempat dan duduk and tunggu pekerja datang ambil order. Tak tau makan apa , maklumlah baru first time datang situ . Lisa duduk je tetiba ada seorang wanita yang duduk di meja yang sama dengan meja Lisa. Wanita tu ialah Puan Siti Rohana pemilik kedai makan CT VILLAGE. Pn. Rohana duduk dan tanya lisa nak makan apa . FUHH, first time dilayan sebegitu . Tempat makan lain mana ada yang buat macam tu kan ? duduk depan dan ambek order macam dah kenal bertahun tahun .  Tanpa banyak cakap dengan perut yang lapar, Lisa tanya je menu apa yang best di Cafe tersebut. Satu persatu dia sebut dan explain menu yang should be to try . Dan akhirnya Lisa pilih ASAM PEDAS AYAM dan FISH and Chip , air pulak Ais Fanta dan Teh o Ais (menu air yang wajib ada ) . Lisa jenis tak makan ayam , makan ayam kampung je sebab tiada ubat-ubat yang disuntikkan ke dalam ayam tu .
Gambar Puan Rohana mengambil order makan pelanggan. Haa.. bukan Lisa sorang je yang diperlakukan seperti itu, mostly pengjunjung disini akan di layan sebegitu .

Nasi putih Asam Pedas Ayam | Kuah asam pedas yang pekat dan masam-masam pedas. Memang sedap! terubati juga tekak Lisa . Biasa makan Asam pedas ikan , ini pulak try makan pedas ayam . Not Bad ... sebab lisa yang memilih dan cerewet bab makanan ini. Sedap la.. abes sampai tak bersisa .




Fish  And Chip | fish yang lembut dan sos blackpaper yang lazat. 

Air Fanta Home Made || Air Fanta ini pn Rohana buat sendiri . Memula ketika pn. Rohana sugest  Lisa tuk mencuba air Fanta , Lisa tolak !  sebab bergas kan . Tak suka . Tapi lepas dia bagitau yang Fanta ini buat sendiri jadi memang tak ada gas . Apalagi.. Lisa try la. Rasa yang sedap ! Rasa fanta tapi tak da gas. Total harga untuk semua makanan berjumlah rm 16.90 . Murah bukan ? dan ya.. Lisa makan sensorang. Jangan terkejut .. sebab tak padan badan kecik tapi nafsu makan banyak...

Tadaa.. Dah habis makan .. Berbual-bual sekejap dengan mereka. Yang dua orang ini anak-anak Puan Rohana. Comel-comel kan ? diorang  pun murah senyum , seperti mak diorang. Best makan disini . Korang try la datang dan makan disini .. konfem nak datang lagi . Dan gambar Lisa yang mula-mula diatas tu pn Rohana yang tolong snap, susunan makanan pun dia yang tolong susunkan agar nampak cantik time Lisa bergambar depan makanan.

Nama tempat ini : CT VILLAGE CAFE WESTERN AND EASTERN FOOD 
ALAMAT : Kluang Parade , Tingkat 1 . (Belakang mesin ATM ) 
Bussines hours ; 12 PM sampai 10 PM  



UPDATE : KEDAI INI DAH TUTUP 

TERMS BARU CARA CLAIM APPLE Celcom


Bagaimana Cara Claim APPLE yang dibeli dari CELCOM ? Sebelum ini kalau anda membeli atau sign up pakej Handphone di telco CELCOM , selalunya kalau handphone atau device tersebut da problem,, kalian perlu membawa atau claim di BLUECUBE Celcom. Namun bermula dari 16 Oct 2015 ,, tcelcom telah mengeluarkan kenyataan yang BlueCube tak menerima apa-apalagi device dari APPLE jika terdapat kerosakan, dan customer hanya perlu menghantar di APPLE Authorised Service Providers yang terdapat dalam senarai yang diberikan celcom atau kalian boleh check di www.celcom.com.my .


Menyusahkan atau memudahkan ? Menurut Lisa ini lagi mudah la , sebab kalau berdepan dengan BlueCube ini leceh sikit dan mereka bukan tahu sangat pon mengenai Kerosakan Handphone atau Device APPLE ini , last-last nanti mereka akan hantar ke MAC CITY atau AASP APPLE AUTHORISED SERVICE PROVIDER  juga. Kan lebih better kalau walkin ke Center APPLE dan bertanya secara langsung dengan tehnisen disana. Jimat masa bukan ? Seperti baru-baru ini Lisa ada beli iPhone 6 yang baru untuk adik , then ada problem . Hang and screen tak respon. Pergi hantar ke APPLE Center , tapi mereka suruh pergi hantar ke BLUECUBE. Dan semalam hantar ke BLUECUBE CELCOM tapi mereka dah keluarkan penggumunan tak terima claim lagi dah . HAHAHA banyak buang masa betul lah . Tak pa la.. at least dah boleh hantar ke MAC CIY KLUANG MALL.. lagi dekat le dari tempat kerja . Anytime pergi pun boleh . Sebab BlueCube di Kluang mana ada. 
Bukan hanya untuk pengguna iPhone atau APPLE yang baru sahaja tau , pelanggan yang lama pun kalau ada problem dan masalah dengan device kena pergi APPLE center. Elee lagi senang kot. Rasa lebih menguntungkan dipihak customer. Dan BLUECUBE pun tak perlu pening-pening handle .Semak senarai LOKASI APPLE AUTHIRISED  yang termasuk dalam LIST untuk claim jika berlaku kerosakan atau masalah di link : https://locate.apple.com/my/en/





VIDEO CCTV LELAKI MEMUKUL BANGLA DI CAR WASH


VIDEO CCTV LELAKI MEMUKUL BANGLA DI CAR WASH  ||  Dua hari lepas mesti dah tau kan kes bangla yang bekerja di tempat pencucian kereta menjadi mangsa pukul oleh pelanggan. Dipahamkan pelanggan tu bengang sebab bangla tu masuk dan duduk di kerusi depan kereta mewah tersebut. Dah nama pun cuci kereta..kalau nak vacum atau bersihkan bagian dalam memang lah kena masuk dan duduk kerusi depan tu . Nak vacum celah-celah bagian dalam kereta yang ada habuk atua pasir atau makanan ke . Selepas kejadian ini Majikan pun membuat laporan polis kepada pemilik kereta ini sebab pekerja bangladesh tersebut mengalami pendarahan teruk dan patah hidung . Uihhh  patah hidung tu .. memang teruk kena pukul. Apa yang sebenarnya berlaku sampai menyebabkan pelanggan lelaki tu memukul bangla sampai patah hidung sekali. Sebab duduk atas kereta ? dan pakaian bangla tu kotor ?
 



rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan myebabkan keretanya kotor... mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina... kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang rm1000 kerana duduk dan mengotorkn keretanya ketika mengelap cermin... siapa pun kita, sekaya mana pun kita... jgn terlalu angkuh dan bongkak dgn mereka yg dipandang hina... npk mmg sikit... tp smp skrg darah x berhenti... bangla refer klinik... klinik kata patah/bengkak teruk n refer hospital * semoga diberi hidayah kpdnya... saya maafkan & halalkn upah cuci kereta td... jangan terlalu mendongak ke langit...
Posted by Atie Abdul Hamid on Saturday, 17 October 2015

BIODATA SUFI AF2015

BIODATA SUFI AF2015 || Mohammad Sufie Rashid atau lebih mesra dipanggil SUFI Af2015 yang juga pemenang Akademi Fantasia 2015. Lagu ciptaannya , kisah dua muka memang sedap dengar . Penyanyi kelahiran Singapura menjadikan  Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan dan; Ramli Sarip sebagai inspirasinya dalam bernyanyi.  Sufi lebih menggemari lagu-lagu evergreen

BIODATA PENUH SUFI AF2015
Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun ( kelahiran tahun 1991)
Asal: Singapura


Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura.Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014).Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio.Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014).Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
Selain itu SUFI juga Berbakat mencipta lagu sendiri tau . Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass.

Tahniah SUFI sebab berhasil membawa pulang rm50,000.00 . Semoga berjaya dan semakin maju dalam bidang nyanyian. 

Lirik Kisah Dua Muka - SUFI AF

 Lirik Kisah Dua Muka - SUFI AF || Lagu yang diciptakan oleh peserta AF2015 dan juga merupakan pemenang dalam Akademi Fantasia 2015 tersebut  , siapalagi kalau bukan SUFI  . KISAH DUA MUKA ,membawa Sufi meraih juara  dan uang sebanyak rm 50,000.00 . Lagu menceritakan seorang isteri yang menyembunyikan kisah cinta dengan lelaki lain, bermanis muka didepan suami namun ketika suami bekerja.. dia bercinta dengan orang lain. PSSTTT sekarang pun ramai yang bertalam-talam ni ha.. bukan hanya suami isteri sahaja . Namun dalam disekeliling kita memang ramai kan kawan macam tu . Depan baik namun dibelakang tikam kita dalam diam .
JOM dengarkan lagu SUFI dan baca lirik lagu Kisah Dua Muka.


Lirik Lagu Kisah Dua Muka by SUFI AF2015 
Inikah caranya kau membunuh cinta Jiwa ku
 berdarah dah ditikam dusta
 Hanyut tak berdaya
Lumpuh tak bermaya

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung meringkuk durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar..biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung meringkuk durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar..biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Jika ku mati hidup kembali
Kau takkan ku rujuk semula

Biar..biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu


Kisah dua mukamu


JANGAN TONTON JWANITA

JANGAN TONTON JWANITA ! || Movie ini ditayangkan pada September. Movie arahan Osman Ali yang berkategori SERAM ! mana tak seramnya kalau semua darah -darah macam real . Jangan Tonton JWANITA kalau korang jenis penakut  .Sebab movie ini Seram gila aih !  Barisan pelakon hebat saperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzamme, Marsha Londoh dan Umi Aida. Lebih lagi Maya Karin yang menjadi pemeran utama sebagai  #JWANITA  . Fuh memang macam real. Nasib la Lisa tak tengok malam , kalau tengok malam memang tak berani tidur la jawapnya .Kalau nak tonton Jwanita minta orang temankan ye..

 Sinopsis #JWANITA  : 

Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan( Bront Palarae ).

Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika (Cristina Suzamme ) yang juga merupakan adik kandung Jwanita. Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat. Perempuan ini kemudiannya memuja dan membangkitkan mayat serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu hidupnya.

PAUTAN ENTRI : TONTON ONLINE JWANITA . 
Bagaimana pengakhiran cerita ini ? Apakah Julaika akan Mati ? Mula-mula memang tak seram sangat .. sampai minit ke 40 macam tu dah mula seram. Ketika NONA (Marsha ) di ganggu oleh Jwanita dan kemudian dibunuh . Waahhh tengok dengan gentel-gentel tudung sambil tutup mata. Seram aihh.. Dan membuat Lisa menangis di babak penghujungnya .. huwaa seram , takut ,sedih bercampur menjadi satu !

Jangan Tonton Movie JWANITA sambil makan , konfem korang rasa nak muntah .

Untuk yang tak sempat tonton movie ini , korang boleh tonton di chanel Astro  atau di pautan link berikut : 

HARGA IPHONE 6S Dan iPhone 6S PLUS MALAYSIA


HARGA iPhone 6S dan iPhone 6S Plus MALAYSIA || Hari ini 16 Oktober 2015 menjadi hari yang ditunggu tunggu oleh para peminat gadget jenama APPLE . Ya.. hari ini iPhone 6S mula dijual di Malaysia , yang sebelum ini di keluarkan di Singapore . Dan harga yang ditawarkan serendah 2,998 untuk device sahaja.


Berikut Harga untuk iPhone 6S dan iPhone 6S Plus di Malaysia 16 Oktober 2015 ;

1 . iPhone 6S 16GB  seharga rm 2,998.00
2. iPhone 6S 64GB seharga rm 3,498.00
3. iPhone 6S 128GB seharga rm 3,968.00

1. iPhone 6S Plus 16GB seharga rm 3,498.00
2 .iPhone 6S Plus 64GB Seharga rm 3,968.00
3. iPhone 6S Plus 128GB harga rm4,438.00

LANGKAWI SYURGA COKLAT !

LANGKAWI SYURGA COKLAT ! ||Banyaknya coklat , adik jual ke ? Hahah tetiba ada customer yaang datang bayar bill dan tanya macam tu kepada Lisa . Yelah,. banyak sangat coklat . Daro Lindtt LINDOR , DAIM dan juga Ferrero Rocher !  memang nampak seperti orang berniaga. Apa reaksi korang kalau ada coklat sebanyak ini di depan mata korang ? Mesti happy. Perempuan walaupon takut gemuk tapi suka pulak makan coklat. Kalau diberi coklat memang tak akan tolak la , gerenti 100 % ! Sebab saya pun suka makan coklat , ehehhehe tapi saya bukan takut gemuk . Badan Lisa comel comel je iaitu slim =P perasan la pulak . 

Kesemua coklat ini dari siapalagi kalau bukan Mr. Hati Batu . Alang-alang dia sedang pergi Holiday ke Langkawi .. Lisa kirim sahaja la Coklat . Mula-mula nak kirim kat kak Yanty tapi dapat tau mr hati batu pun ada disana .. so minta mr hati batu belikan je la. Hehehehe... Bukan apa, tak nak susahkan kak TY. Kat sana kan Free Tax , dan harga pun lebih murah dari yang dijual di Kedai . Lisa lebih prefer suka makan Fererro sebenarnya jadi kalau tanya nak makan coklat apa , memang la tak tahu . Dan coklat yang dia pilih , LINDT LINDOOR , DAIM , dan Ferrero Rocher . Rileks je ,, Lisa boleh habiskan kesemua coklat ini , ALL It's MINE ! Kalau nak cari kedai dengan harga coklat yang murah
. Boleh try beli di Kompleks Haji Ismail Group

 Lindtt LINDOR

lindtt lindor
Lindt LINDOR coklat dan Vanila. Tak pernah rasa pulak coklat yang ni. Dan ternyata rasa coklat ni manis ! Buka bungkusan dan gigit, rasa meleleh dalam mulut coklat dan vanila tu . Yela .. Buka dari  bungkusan kotak tu memang tak masuk peti ais lagi . Kena masuk peti ais ni, dah meleleh dah sebiji. Terlebih lagi suhu udara yang panas .

FERRERO ROCHER

Nyummi... menggoda sungguh gambar coklat ini kan . Coklat Ferrero yang semua orang mesti kenal dan suka . Sedap weii coklat ini. Harga pun boleh tahan. 3 biji coklat ni biasa dijual RM4.xx . Rugi la siapa tak makan coklat ini. 

DAIM 

2 Bungkus Daim , dalam 45 biji coklat kot . Tak kira la pula berapa banyak coklat tu. Tau makan je la. Hehe.. Rasa keras sikit .. rasa coklat campur karamel . Kawan cakap beli Daim sedap .. okla.. sedap la juga. Leh masuk dalam beg macam gula-gula. Elak semut datang sudah !

Tengok dalam coklat Lindor tu , meleleh leleh .. nyummi .. sedap. Tapi kalau makan banyak mesti nanti jadi Muak. 


Tadaaa... Pagi-pagi abang SKyNet dah tunggu depan pintu tempat kerja  bawa bungkusan ini. Tahu dah mesti coklat. Sebab kalau antar guna pos laju memang tak jadi apa lah sampai sini nanti . Ingat lagi aritu pos kan pelam Harum Manis 10 KG, pecah dan hancur tak leh makan dah buah tu sebab hantar guna jasa POSLAJU .  Jadi kalau makanan atau Gaget atau barang komputer memang tak kan hantar menggunakan POS LAJU . Kompom kena baling oi ! Lepas dari kes pelam hancur , balut elok-elok . Tebal bungkusan dari luar sampai kedalam ada bubble wrap . Haha... adeh penat nak buka .


Selamat menjamu COKLAT dan selamat menternak Lemak untuk diriku ! If nak cari Kedai coklat yang murah di Langkawi...Kalian boleh singgah di Kompleks Haji Ismail Group

BIODATA FATTAH AMIN

BIODATA FATTAH AMIN  || Pelakon muda ini  semakin laris je menbintangi beberapa drama di layar TV. Ye dak? sapa tak kenal Fattah Amin,  sebelum ini berlakon dalam Play Boy Itu Suami Aku , sekarang jadi Hero dalam drama Hello ,Mr. Perfect yang bersiaran di TV3 slot akasia setiap Isnin sampai Kamis pukul 6.58 Petang. Berlakon sebagai Muhammad Izul Islam dalam Hello MR. Perfect.. Jom kenal biodata mengenai Fattah amin . 

BIODATA FATTAH AMIN 



Nama Penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin) 
Nama Popular: Fattah Amin 
Umur: 23 Tahun
 Pendidikan: Mahasiswa Bidang Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 Status: Pelajar Sepenuh Masa 
Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon 
Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/fattahamin




Dapat Surprise Beg Vincci

Dapat Surprise Beg Vincci  ||  Terjawap sudah siapa pemberi Hadiah surprise yang bermain di minda  . Memang terkejut , sebab time sedang focus kerja tiba-tiba ada kurrier hantar bungkusan Besar. Dengan muka blurr sambil recall ade ke order barang , macam tak ada je . Siap tanya dengan abang kurrier tu  nak bagi kat sapa bungkusan tu , dia jawap memang untuk Lisa . Number hp pon number  lisa, pelik nye .. tak ada order barang pun. Buka bungkusan itu dan ternyata,,, Beg Vincci !! Waahhh terharu sampai nangis , haha. Serious la nangis . Sebab tak pernah dapat surprise macam ni . Pandai pulak pilih beg casual untuk saya  . Sehari sebelum dapat beg tu , memang sedang tengok-tengok beg jenama Vincci di laman web online. Dan keesokkan harinya dapat lah pualk beg tu , Macam mana dia tahu ni ?
Nampak mewah dan casual kan. Sebenarnya dulu memang pernah ada sembang-sembang dengan si Pengirim tu , nak beli beg baru sebab beg Prada yang beli tempoh hari sayang la pulak nak guna untuk kerja . Then sehari sebelum Lisa terima hadiah beg tu , dia sempat tanya .. Nak beg baru ke ? , ofcourse la Lisa jawap NAK ! kalau dia belanja . Hahah bukan selalu dia bagi greenlight beli beg. Cakap membazir la , apa lah.. biasalah sesetengah lelaki ada tak minat dengan Beg ke kasut ke. Terlebih lagi mr hati batu macam dia . Tanya macam tu je , then esok terus dapat . FUHH laju gila ,
BEST nya dapat beg, ! kan ? Apalagi perempuan.. memang macam mengantuk disorong bantal lah .

Beg Vincci

casual bag cincci

Cantik Beg ini, I LIKE IT ! saya memang suka yang simple sahaja . Dan kaler yang soft , sebab nak guna untuk kerja je pon. Lainlah kalau nak guna tuk weeding ke , majlis ke , jalan ke . Simple like my life je la. Romantik kan MR Hati Batu ? Romantik la sangat... kami swap hadiah . Memandangkan bulan 11 nanti hari jadi kami ,,, Kira Swap hadiah je la , bagi barang yang dia nak hari tu . Memang selalu bagi hadiah  awal. Macam tahun lepas pun dapat awal. Terimakasih banyak-banyak Mr Hati Batu yang garang macam singa tapi hati ada taman la jugak =P 


Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H || Jom sertai segmen dari hasrulhassandotcom  . Bukan selalu dia wat segmen ;)

Caranya menyertai Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H 


1.Masukkan blog www.hasrulhassan.com di dalam bloglist anda.
2.Follow blog  menerusi Google Plus (https://plus.google.com/+Hasrulhassan) dan klik +1.
3.Buat satu entri khas bertajuk 'Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H' dan tampal atau letakkan banner segmen ini di dalam entri tersebut. Pastikan ia link ke entri ini. 


Senang kan ? Jom join.. segmen ini berakhir 16 Oktober 2015 ;) Penyertaan terhad

Klik banner untuk join 
© all rights reserved
made with by templateszoo