Ad

Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

KOLEKSI NINGRAT By TANA HASSAN

KOLEKSI NINGRAT By TANA HASSAN 

Assalamualaikum semua ! Musim kenduri kahwin dah mula datang silih berganti . korang mesti selalu fikir lama nak pakai tudung apa untuk pergi open house , kenduri kahwin kan . Mestila korang nak pakai tudung yang lawa supaya dapat impress orang. Baru ni Lisa cuba tudung koleksi Ningrat by Tana Hassan yang cantik dan boleh digayakan dibelbagai acara. Terdapat pelbagai pilihan tudung lawa yang confirm akan impress orang punya!! Jarang Lisa pakai tudung bawal dan juga selendang , nahh korang kena baca dan tengok sampai habis tau ! Pakai selendang sulam ni rasa ayu pula , klasik zaman-zaman dulu . 


Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan


Koleksi Ningrat atau dalam bahasa melayu klasik maksud Ningrat ni adalah bangsawan. So owner brand Tana Hassan ni nak tekankan konsep klasik dan tradisional untuk koleksi shawl dan tudung bawal sulam. 

Lisa menggayakan Selendang Sulam Koleksi Ningrat by Tana Hassan . Tudia .. nampak ayu kan ? classic zaman dulu-dulu .  cantiknya lahai bini siapa ni ... eh dah dah .. puji diri sendiri pula . Sekarang ramai pengantin pakai baju kurung dan veil pakai selendang sulam . Memang cantik ! 



Untuk shawl sulam ni menggunakan material chiffon yang sangat ringan. Masa nak iron/gosok tudung ni senang sangat sebab tak perlu struggle tekan kuat kuat ke apa. Just sekali lalu and kain helok tanpa kedut.

Koleksi Selendang Sulam daripada koleksi NINGRAT. Ianya mengembalikan nostalgia dan tradisi nenek moyang dengan memertabatkan fesyen klasik tradisional. Cik Tana Hassan mengetengahkan dua pilihan untuk peminat selendang sulam-sulaman agar mereka suka dan selesa menggayakannya.  Material yang digunakan adalah Chiffon Georgette. Saiznya adalah 180 cm x 75 cm.




Koleksi Ningrat ada beberapa jenis warna yang dikeluarkan.  Antara warna yang ada adalah, wood, smokey salmon, tan, misty rose, pale pink, army green, milo, ivory, creamy dan silver.  Banyak lagi sebenarnya, nanti korang boleh tengok dekat facebook Tana Hassan sendiri okay





Sejarah Penubuhan Tana Hassan 

Kewujudan Tana Hassan adalah merupakan rebranding daripada jenama asalnya iaitu Hijabulous Hassanah.  Hijabulous Hassanah sebenarnya telah menapak sejak tahun 2013 lagi.  Tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan ketika tahun 2018, Hijabulous Hassanah terpaksa dihentikan.  Sayang sangat tetapi founder Tana Hassan iaitu cik Hassanah tidak berputus asa tau.  Boleh dikatakan hampir setiap tahun cik Tana Hassan cuba bangkit semula dan akhirnya, wujudlah jenama Tana Hassan yang kini mula berkembang baik. Alhamdulillah. 

Banyak kisah disebalik kejayaan kebangkitan semula sehingga berpaksinya jenama Tana Hassan ini sebenarnya.  Menurut cerita cik Tana Hassan, sepanjang perjalanan kebangkitan semula, mereka menghadapi pelbagai dugaan termasuklah ditipu oleh scammer.  Namun semangat dan kecekalan cik Tana Hassan tidak melunturkan keingingannya untuk terus bergerak waima sedikit demi sedikit. 



BAWAL PRINTED TANA HASSAN .

Untuk tudung printed ini juga corak dia ialah exclusive di design dari owner Tana Hassan sendiri . Memang tak kan jumpa di lain tempat la . Cantik corak dia . Tengok Lisa gayakan pon nampak cun gitu .   Bawal printed pula ada bidang 45 dan 60. haa... ramai yang puji cantik , ni orang lain komen tau ... bukan lisa je yang rasa corak dan design ni cun . 

Tudung Printed ini selain corak yang exclusive , material kain juga lembut dan tak pekak masa dipakai . Kain sejuk tak panas dan juga senang dibentuk . Korang boleh gayakan labuh juga tau , confirm bakal mak mertua approve ! 
















Rambang mata nengoknya kan ? If korang kenan boleh tengok lebih koleksi Ningrat by Hana Tassan di link bawah ini . Jangan lupa follow sekali untuk dapatkan uptodate stock dan koleksi terbaru . 

Facebook: TanaHassan
Tiktok: tanahassan_
Instagram: tanahassan_ 


 

Cara Pakai Shawl Duck KLCC Deep Blue


Cara Pakai Shawl Duck KLCC Deep Blue 

Assalamualaikum ! Perempuan kalau ditanya berkaitan dengan tudung .. mesti dia ada banyak dalam almari rumah tu ha . Kan ? peliknya walaupun dah ada banyak.. tetap je rasa tak cukup .. rasa macam takde tudung .Hikhik,.. ala semua orang sama macam tu , Lisa pun gitu gak. Jadikan cerita.. si mr. Hati Batu dah mula perli perli bising , " beli tudung mahal tapi buat tukun "  .. sebab tempoh hari beli tudung 4 helai tapi pakainya tidak . Baziran ! Sayang nak pakai sebab mahal atau sebab tak reti pakai ? Cara Pakai Shawl Duck KLCC Deep Blue ni Lisa belasah  je la janji nampak lawa gitu . 

Sebab-sebab perempuan pakai tudung yang sama


Ahakss... sebab kena bebel tu la , Lisa selongkar kotak dalam almari , cari tudung yang beli beberapa bulan lepas ... sebelum puasa lagi oih.. tak ke lama tu . Duhai kaum lelaki , kalau perempuan pakai tudung yang sama tu sebenarnya dia bukan takde tudung .. tapi dia dah suka & selesa dengan tudung yang dia pakai tu . Rasa macam macth dengan semua baju gituuu..... Cara Pakai / gayakan Shawl Duck KLCC Deep Blue : 
  • Letakkan shawl atas kepala sebelah panjang dan sebelah pendek 
  • Pin kan dibawah dagu . 
  • Tarik bahagian yang panjang dan pin dibahagian atas kepala . tarik ujung tudung tadi ke depan .
  • Kemaskan.. 
  • Tada.. dah siap macam gambar atas tu ha. 
Nanti insyaallah kalau rajin , Lisa akan buat tutorial .. hahahaa... jangan lupa subcribe youtube chanel Lisa tau : www.youtube.com/lisanurulain . Tudung original dan tudung klon harga 15-30 ringgit ni kain dia tak sama ya ... time pakai tudung tu pun rasa tak sama . 

Kalau nak disenaraikan..ada banyak je ni aih sebab-sebab perempuan pakai tudung yang sama : 


  • Malas Iron , ada sesetengah tudung kena iron dulu baru lawa kalau pakai , contoh : tudung bawal , tudung satin , dan banyak lagi la . Seminggu kena iron tudung tu .. perghh ... memang memerlukan kerajinan level tinggi la. 
  • Suka dengan satu tudung tu je .
    Haa.. yang ni la jadi pada Lisa sekarang , korang pernah nampak kan..seseorang tu pakai tudung patern sama je , atau  pakai warna yang sama . Sebenarnya mereka selesa dengan tudung itu .. dan rasa keyakinan diri tu tinggi walaupun tudung kena tiup angin ke hape.. level confident tu penting tau

  • Tudung tak perlu iron .
    Ahaks... Lisa suka pakai tudung shawl keknis.. sebab senang je tak payah nak iron bagai . Yes.. selama ni pakai tak pernah iron pun .. hihi.. murah pun murah harga tu hanya rm10 gitu je. 


  • Tak reti pakai or gayakan tudung
    Jangan ingat semua tudung tu senang dibentuk ya .. kalau nak explain satu-satu memang tak habis sampai esok la . Lisa tak pakai sangat tudung 4 helai yang beli tempoh hari tu sebab tak reti nak gayakan.. kalau just pin then flip kebelakang reti la.. haha .. iskk maklumlah baru nak belajar .

  • Tiada masa untuk pakai tudung dengan pelbagai gaya. Betul tu .. memang pakai tudung ni perlukan kesabaran yang tinggi . Sebab tu la perempuan kalau bersiap ni lama ! Hek ele.. tapi kalau lisa pakai je la yang keknis tadi..pin kat dagu then pusing tarik kedepan . Settle .. hahaha 



Dan last... Lisa malas pakai tudung lawa-lawa sebab tak kena dengan baju kerja . Lain la kalau nak berjalan atau kemajelis ke ... perayaan ke .. jumpa mertua ke .. Ehhhh...tetiba je kan.. Tu sebab pakai tudung yang sama jenis je . 

Itu je la bebelan Lisa kali ini.. harap korang kaum lelaki ni paham ye . Dannnn kalau bini korang iron tudung tu .. jangan sentuh tudung tu !... kang jadi perang dunia ke III hehehehee








Cara Memakai Tudung Bawal Pintal | Tutorial

 


Cara Memakai Tudung Bawal Pintal | Selamat Petang !
Hari ini Lisa ingin memuat naik Vlog yang dah lama dah, tapi nak #throwback semula disebabkan ada kawan di Instagram yang bertanya macam mana cara memakai tudung bawal pintal .

Yang perlu kalian sediakan :
- 2 helai tudung bawal lain warna (kalau ada saiz besar lagi bagus sebab boleh dilabuhkan )
- Pin
- Kerongsang




Cara nya :
1. Pakai tudung bawal seperti biasa .. pastu pin dtudung tersebut dibawah dagu .
2. Pakai secara  lepas tudung bawal yang kedua diatas tudung bawal yang pertama tadi . Pastikan kedua hujung sama panjang . 
3.Ambil satu bahagian tudung bawal yang pertama dan tudung bawal yang kedua , pintalkan secara longgar . Tarik ke bahu , dan pinkan .
4. Ulangi step yang sama seperti step yang no. 3
5 . Ditudung yang dibahagian depan, pinkan ditengah-tengah supaya tertutup rapat.
6. Bahagian atas , kalian boleh pin dengan kerongsang bunga-bunga atau apasahaja ikut kesukaan kalian supaya tudung itu tak senget ketika tertiup angin .
6.Kemaskan dan SIAP !

if you feel free follow me di Youtube Lisa Nurulain 
© all rights reserved
made with by templateszoo