Ad

Showing posts with label tiffinbiru. Show all posts
Showing posts with label tiffinbiru. Show all posts

Happy E'Id Mubarak

Happy E'Id Mubarak| Salam Syawal , Hari ini telah masuk pun hari ketiga dibulan syawal yang dinantikan . Bulan yang penuh kemaafan. Budak sekarang cakap " kosong-kosong ye " ..dah macam perlawanan bola pula. Lisa ingin mengucapakan selamat menyambut hari raya AidilFitri ,Maaf Zahir dan Batin . Salah dan silap yang mungkin tak tersengaja mohon dimaafkan. 

Takdak gambar selfie sekeluarga , selfie berdiri tayang baju sebab Raya ni Lisa demam. Suhu badan tinggi smpai 39 C. Tidur,tidur dan tidur..  Pinggang terasa nak patah pun ada. Semalam masak ketupat ,rendang ayam ,rendang daging,sambal sotong, lodeh ,kuah kacang. 
Sempat snap sayur lodeh je. Yang lain belum sempat ambil gambar,boss dah menyuap ke mulut . Hahaha.. aik.. boss? Yaloh .. sehari sebelum raya ,as per as request Dia Lisa masak menu-menu diatas untuk mereka makan. Dengan puasa dan tak boleh rasa ! First time masak pula tu. Hahaha entah apa-apa rasa makanan tu.




Bukan nak puji diri sendiri, boss and anak-anak boss cakap yang makanan tu sedap. Fuuuyhh , menjadi juga. Sebelum ni tengok mak masak je.. hahah kali ni Lisa lak kena masak. Sambil belajar persiapan nanti dirumah mak mertua. Ehh *berangan. 
Berbekalkan resepi dan cara yang Lisa tengok di blog che Mat Gebu  www.tiffinbiru.com ,finally dapat juga menunaikan hajat masak untuk boss Lisa. Untuk kalian yang tak pandai sangat masak tapi ingin belajar masak.. pi skodeng cepat-cepat blog dia. Ikut je dalam blog tu. Secukup rasaa.  

 Hahaha .. bos Lisa ni cina tapi suka makan masakan Melayu. 1 Malaysia ma... itulah sebabnya.. kami yang raya dia pula yang beraya sakan. 


Terimakasih BenAshaari Dan Che Mat Gebu

Terimakasih BenAshaari Dan Che Mat Gebu | Ben Ashaari , Nama yang tak asing lagi didunia blogger.Mr Mama yang mempunyai dua buah hati yang comel-comel ,Zahra dan Qhaliff  pastinya kalian kenal dia kan. Follower blog yang hampir mencecah 28 K . Waaww.. tak percaya ke ? Baca diblog beliau di www.benashaari.com Hehe.. terimakasih untuk apa ?
Tiffin Biru , milik che Mat Gebu , blog masakan yang penuh dengan sejuta idea dan resepi untuk memasak. Gebu ke ? apa yang gebu ? haha jejari dia gebu lee. setiap hari akan ada resepi baru yang pasti akan menggoda selera orang yang singgah di blognya.  Seribu rahsia yang terdapat disetiap bahan untuk memasak. Rahsia apakah ? Baca di www.tiffinbiru.com . Terima kasih untuk apa ? 



Terimakasih Ben Ashaari dan juga Che Mat Gebu kerana selama ini menyumbangkan trafik kepada Blog lisa yang baru nak menapak ini, hehe. Bukan senang nak masuk dalam bloglist blogger terkenal dengan follower puluh ribu . Riki-riki Ben Ashaari bermula dari twitter di tahun 2012 ,berbalas segmen twitter sampai akhirnya kenal melalui fb dan kemudian #KELABBLOGGERBENASHAARI , dan dari situ juga perkenalan dengan Che Mat bermula. dan menebalkan muka untuk req. masuk dalam bloglist. Dan kemudian diluluskan. ! Hehe.. terimakasih untuk ABen dan Che Mat.Insyaallah nanti berjumpa lagi. Hehe..

Blogger Popular Serang Saya ?

Blogger Popular Serang Saya ?|Siapakah Pemilik Blog terkenal itu? Dan kenapa menyerang saya? Gini ceritanya.. petang semalam, sedang ku membelek-belek handphone kesayanganku,tiba-tiba Lisa dikejutkan dengan notification yang masuk.

 Setelah kuberanikan untuk membuka notification tersebut, huwaa ternyata pemilik blog Tiffinbiru.com atau mesra dipanggil Che Mat ni serang instagram Lisa @Mawar_Biru89. Serang Instagram ya..bukan serang dok maki hamun gaduh-gaduh macam kes buli pelajar disekolah tu. Heehehe..
Ini salah satu dari banyak screen shoot yang Lisa dapat. Heeee...

Kemudian selepas tu.. ternampak pula pemilik Blog Denaihati.com /  +Denaihati Network  Like gambar dalam IG Lisa. Huwaa... terharu ! Nak juga kan buat entri kerana dapat like dari Blogger-Blogger Famous Benashaari.com +Ben Ashaari  juga +Mat Gebu  


Jom follow instagram saya ;)



© all rights reserved
made with by templateszoo