Ad

Showing posts with label kelabbloggerbenashaari. Show all posts
Showing posts with label kelabbloggerbenashaari. Show all posts

Selamat Tahun Baru 2018


Selamat Tahun Baru 2018


Bunga api dan tahun baru memang tak dapat dipisahkan . Malam tadi pastinya ramai yang berpusu-pusu pergi dataran untuk count down dan tengok bunga api ,menunggu tahun baru 2018 . Awal pagi  , Lisa dapat gambar bunga api ini dan ucapan selamat tahun baru 2018 dari kawan yang juga seorang photographer, abg Dayat . No wonder la kan lawa gambar dia .... hehe .. 

Tahun baru korang sambut  kat mana pula ? Mungkin ada yang pergi Dataran , pantai , berkonvoi ? , atau tidur dirumah . Lisa sendiri dalam pukul 11 lebih dah tidur , lagi-lagi dari Natal hari tu kat sini memang hujan tak berhenti . Sebenarnya , Lisa  tak pernah rasa countdown New year , dari kecil sampaila besar macam ini. Mak ayah tak bagi.. sob sob..susah sikit nak kuar, lagi-lagi keluar malam hari . Tunggu dah kawen nanti kot boleh keluar malam , dengan suami la for sure . hahaha tu pon kalau masih ada hasrat nak countdown kat tengah orang ramai . 

Azam dan Harapan pada 2018 

Apa azam dan harapan aku pada tahun 2018 ini ? hmm.. menunaikan azam tahun lepas ( hampir semua orang akan ada perkataan ini sebab azam tahun sebelum sebelum ini tak sempat nak tunaikan hahaah ) Waktu , pengalaman telah mendewasakan Lisa .( walaupun masih ada aura kebudak-budakkan ... dan tetap mempunyai wajah budak lepasan SPM hihiihi ) . Yang aku harapkan untuk tahun ni semoga lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini  . Buang yang negative dan ambik pengalaman yang positive. Semoga dipermudahkan urusan yang akan datang. Untuk azam baru  , Lisa rasa lebih baik cakap dalam hati je ... hehehe.. mana tau kalau simpan dalam hati nanti jadi kenyataan , Kalau dizahirkan nanti jadi susah pula nak tertunai . SOMETHING BIG WILL HAPPEN THIS YEAR ... tunggu je nanti Lisa update semula . cewahh speaking pula ye .. 


Selamat Tahun Baru untuk sahabat ciksepet.com yang sudi meluangkan masa untuk baca cerita budak sepet selama ini . Semoga dipermudahkan urusan kalian semua pada tahun-tahun yang akan datang . 


Tak lupa.. kami warga KBBA9 mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018. 

Rezeki Datang Dari ALLAH

Rezeki Semua Datang Dari ALLAH 


Assalamualaikum , Jodoh , Rezeki , dan Ajal semua datang dari Allah .. sebagai hambanya , kita hanya mampu untuk berusaha dan berdoa . Ada yang ditakdirkan untuk jadi orang miskin tapi bahagia ada yang ditakdirkan kaya duit berkepuk-kepuk tapi hidup tak bahagia ,ada sahaja yang buat dia rasa tak tentram . Ada yang dapat kerja dalam satu company yang  mungkin perlu menghadap boss yang cerewet , gaji pula rasa tak pernah cukup . Mungkin ada yang pilih bekerja sendiri , tapi alhamdulillah cukup untuk keperluan rumah tangga dan mampu untuk menyimpan lebihan , bagaimana dengan korang pula ? 

Petang tadi tertengok video seorang usahawan terlajak laris marah-marah berkaitan dengan rumah yang baru dibangunnya, usahlah disebut nama dia kerana kebanyakan dah tahu siapa dia . Dahulu uangnya dicuri dan dilarikan oleh pekerjanya , kali ini masalah dia ..tak puas hati dengan rumah banglow dia yang katanya hasil kerja pekerja tu macam rumah kampung , dan buat kerja lembab sampai 4tahun tak siap lagi . Walaupun kaya , tapi tak sepatutnya keluarkan kata kesat seperti itu , jangan la menghina.. apa salah rumah kampung sampai masuk dalam script tomahan dia tu . Kaya ... tapi riak dan ego , kalau ditegur... tak terima pula.

Pendapat aku , Alangkah lebih baik kalau diselesaikan dengan berbincang face to face . Dan walaupun berharta ,  tak sepatutnya dia keluar kata yang menghina  . Korang rasa akan selesai ke kalau hina , maki macam tu ? tak boleh cakap elok ke ?  Buat apa kaya tapi hati tak pernah tenang . Kalau ditegur , dikomen negative ,,, lagi la suka dia. Marketing sampah... bukan dia kesah , janji pemes... kan tu la yang Lisa rasa .


Kawan... Ingatlah ,,, ucapan yang keluar dari mulut itu akan diminta pertanggung-jawapan kelak kalau kita dah meninggal . Awak kaya ., bagila contoh yang baik-baik sahaja . Bila tak reti nak bercakap elok , lebih baik diam.




Hoodie #kelabbloggerbenashaari Edisi Terhad !


Assalamualaikum !!cakk.. Merah menyala hoodie Lisa . Alarhh sekali sekala takpa kan hehee.  Bukan selalu  upload gambar full macam ni . Sekarang ni Lisa pakai hoodie  Kelab Blogger Ben Ashaari , edisi terhad sahaja  . Jadi kalau korang nak beli memang tak da lagi di pasaran . Kena tunggu open order untuk public la . Nanti Lisa akan bagitau la kalau dah open ... okayh . So.. sekarang ni sila tengok gambar cik Lisa menggayakan hoodie  ni , heehehehe.. 


Ada gaya jadi model tak ? hahaa.
Dah jadi kebiasaan yang  setiap tahun #kelabbloggerbenashaari akan keluarkan design T-shirt terbaru . Lisa ada dekat 10 helai dah Tshirt tu . Macam-macam warna pun ada , yang latest kaler hitam putih dan hitam gold . Kali ini  Kelab Blogger Ben Ashaari buat kelainan pula , Hoodie ! Hoodie ni tak berat dan tak tebal , kain lembut dan memang selesa kalau pakai . Patut pun haritu ternampak blogger lain dekat event FIM Asia Supermoto Championship ,  diorang dah rasmikan dulu.. sob sob..  



Hoodie dari belakang . 



 Hoodie dari depan , KBBA 9 dan Cosmoderm . Smart kan model ni ... ? Eh silap .. smart kan hoodie ni ? Haa ramai yang cakap smart...dan Model nampak hensem gitu . Hahahaha.. Terimakasih untuk Kelab Blogger Ben Ashaari dan Cosmoderm selaku penaja hoodie ni . Tahu je kan sekarang musim tengkujuh ..best best.. sedap pakai .




Kalau korang nak Taja busana pengantin Lisa pun boleh juga.. malah di alu-alukan , takpun make-up ke , Photog ke , bridal ke ? haaahaha (euww perasan sungguh )
Jika berminat untuk iklankan produk korang di blog www.ciksepet.com sila emailkan ke therylisa@gmail.com . Insyaallah berbaloi sebab entri akan kekal di blog ini .. 




ICE WATCH Glitter White Gold jadi Milikku !

ICE WATCH Glitter White Gold jadi Milikku ! || Dari kecil lagi Lisa memang minat pakai jam ,  Ayah Lisa lah orang pertama belikan jam , sebab ayah pun suka pakai jam tangan . Seumur hidup , Lisa memang tak pernah beli jam untuk diri sendiri . tapi minggu kemarin Lisa keluarkan uang dari poket  guna duit sendiri dan beli ICE Watch Glitter White Gold.  Teruja beb... sebab selalunya orang belikan , 



Uzu pemilik blog emasputih.com dalam senarai finallis Top-5 APO2016

Pertama kali tengok pun dah jatuh cinta dengan Ice watch glitter . Kaler gold  favorite tuu..lawa weii.. Jam ni sebenarnya kepunyaan abg BEN . Semua yang masuk dalam finallis TOP-5 APO2016 dapat seketul Ice Watch glitter . ABen open untuk Lelong Jam ni.. wahh apalagi.. Lisa beli la. Beli kat luar mahal. dalam RM 580-700++ . 





pilih  ke No 15 dan pilih BEN ASHAARI  !
Jangan lupa log in guna FB / Twitter / GOGGLE!

Undian korang amat dihargaiiii sgttt!!
Jangan lupa SHARE pada yang sudi

Terima kasih. info selebihnya baca di TAHNIAH BEN ASHAARI



Kalau kalian ada 2 facebook.. boleh juga undi uzu, blog  [ www.emasputih.com ]


Terimakasih ABen dan Uzu untuk Jam ini !




psttt DJ LIN pun ada juga tau...

FINALLY dapat Tshirt KBBA9 Limited Edition !!

 Tshirt KBBA9 Limited Edition !!
FINALLY  dapat T-shirt KBBA9 Limited Edition !!  || Finally Lisa dapat juga t-shirt ini. tshirt yang hanya keluar 1 kali je . Tshirt ini keluar rasmi di perasmian tapak HAN Eco Resort oleh YB Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Emy  , Taman negara , Pahang hujung bulan Februari 2016. Dengar cerita berebut woo nak dapatkan t-shirt ni . Ya .. T-shirt ni limited edition sahaja .

Kalian pasti tertanya-tanya mana nak beli Tshirt #KBBA9 ini kan ? 
Caranya senang je ,,,kalian boleh Contact angah 
 Facebook ;  ANGAH JUDIN 
 Whatsapp /sms : +60 18-661 4215

 Tshirt KBBA9 Limited Edition !!



Baca disini : http://www.benashaari.com/2016/03/han-rainforest-resort-taman-negara.html

Perkahwinan Blogger Diapit Blogger KBBA

Perkahwinan Blogger  Diapit Blogger KBBA | Hiasan bunga satu persatu mula mewarnai dinding rumah itu , warna warni putih purple atau ungu menjadi pilihan menambah suasana keceriaan .Blogger #Kelabbloggerbenashaari , Hari ini 14 Februari 2015 menjadi hari pernikahan antara blogger lelaki dari KBBA iaitu KYLE dengan gadis yang juga merupakan seorang Blogger KBBA , Qaseh Dahlia .

Blogger menikah dengan blogger diapit oleh blogger ! wah.. pening tak baca ? haha dari kiri , uzu [emasputihdotcom ] , kak SUE weddingplaner {[myputeri21dotblogspot ] , kak Yanty Lee [ yantydotmy] , kak Fiza [dismybelogdotblogspot ] , Faizal [faizalfredelydotcom] , Najeeb [najeebabdullahdotblogspot] dan yang terakhir abam EdDY [ blog private] ,

Selamat pengantin baru untuk qasehdaliadotcom dan juga kylerildotblogspot , semoga dipanjangkan jodoh until jannah dan diberikan banyak anak . HEWw hew.Maaf banyak-banyak nooh takleh datang ke majlis awok berdua Di Jerteh Terengganu.


Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 | Dari banyak-banyak BLOG, Lisa mempunyai senarai tersendiri untuk pilih blog tersebut berada dalam Malaysia Best Blog 2015. Malaysia Best Blog 2015 contest yang bagus ,selain hadiah yang cukup lumayan  besar dan sebab lain  secara tidak langsung akan menambah rakan ,trafik, dan juga backup URL . 
Dan pemilihan Malaysua Best Blog 2015 ini Ianya berdasarkan pilihan Lisa , bukan sebab undian SMS atau pemilihan random.org hehe. Dan dari pilihan itu , Lisa memilih

Senarai  Malaysia Best Blog 2015 

1. www.tiffinbiru.com


Blog yang berisi tentang resepi makanan dari makanan tempatan sampailah international. Bahan-bahan yang mudah di cari di supermarket dan juga penyampaian cara memasak yang memang senang untuk diikuti oleh semua orang .Blog ini juga mempunyai follower lebih dari 17RIBU pengikut ! . Kategori Blogger Masakan , isa memilih blog tiffinbiru.com sebagai pilihan. Nak masak tapi tak tau masak ? singgahlah kat blog Che Mat Gebu ini.

2. www.benashaari.com 

Parenting blogger yang menggunakan bahasa santai dalam penulisan entri ini mempunyai lebih dari 27 pengikut dalam blog. Walaupun menulis mengenai personal dan juga anak-anak dalam blog , tidak putus-putus orang berkunjung ke blog benashaari. MR MAMA yang menjaga anak dan juga seorang blogger terkenal yang ramai dimintai oleh pengikut ini mempunyai badan tegap dan juga sado. 

3 Denaihati.com
 Siapa yang tak kenal dengan blog DENAIHATI,blog berisi perisian SEO , contest, islam, isu semasa , kisah kehidupan dan banyak lagi. Blog ini juga selalu mengadakan Seminar untuk berbagi tips-tips berblogging .

4. Hasrulhassan.com
Blog ini terkenal dengan niche blogger SEO , untuk kalian yang nak ingin belajar atau sedikit banyak ingin mengetahui mengenai SEO .. Boleh terjah blog ini dan belajar. Blog yang mempunyai banyak tips dan juga cerita mengenai parenting .

5. Fatin Liyana 
http://honeykoyuki.blogspot.com/

Blogger yang juga merupakan seorang Dr ini bermula dari student dan sekarang telah mendapat gelaran seorang dokter . Dan baru-baru ini telah melangsungkan pertunangannya dengan seorang Dr. Anwar Fazal yang masih kerabat Shamsul Yusuf. Selain Blogger yang cantik,  Penulisan yang menarik dan membuat orang mengikuti perkembangan dia dengan singgah di blog fatin liyana.

6. www.ohduit.com
Khairul Hazwan lah  yang juga penganjur di contest SEO MALAYSIA BEST BLOG 2015 . Blog Ohduit.com yang telah wujud semenjak bulan Julai tahun 2009. Jadi sekarang, usia blog ini sudah mencapai 5 tahun 6 bulan. Pada permulaan blog OhDuit.com ini hanya fokus kepada penulisan pengalaman sendiri dalam bisnes online terutamanya eBay & bisnes offline. Nak usha-usha atau belajar bisnes online boleh singgah dan terjah entri dalam blog ini.

7. MIALIANA.COM
Blog kepunyaan akak Mia ini banyak up entri mengenai giveaway. Giveaway yang menawarkan berbagai hadiah. Jadi kaalu kalian rajin nak join giveaway , singgahlah diblog dia ye.

8. MELVISTER.COM
Selalunya kalau Lisa ingin mencari informasi mengenai isu terkini dan rujuk kepada GOOGLE , selalu akan nampak mevister.com pada tempat teratas. Selain itu kenapa Lisa suka dan ingin menyenaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015 , sebab setiap hari akan ada isu terkini dan info terbaru dan pastinya orang tengah tercari-cari info tersebut.

9. Azhafizah.com
http://www.azhafizah.com/ | Blog Graphic design dan juga lifestyle ini juga selalu masuk dalam carian google. Kenapa lisa pilih blog ini ? sebab blog ini membuat tempahan design mengenai blog atau watermark , dan hasilnya cukup memuaskan . Selain design yang cantik, dia juga mampu menyelesaikan dalam tempoh yang cepat.

10. kujie2.com
Kisah Hidup Yang Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Ertii | Blog yang sempoi dan juga banyak menceritakan mengenai kucing , tips dan juga info .. Hey.. saya suka kucing memangla selalu mencari info yang berkaitan dengan kucing . 

Itulah 10 Blog yang Lisa mampu senaraikan di entri contest SEO ini, walaupun ada banyak entri lagi namun rasanya tak cukup tangan sampai ke esok kalau ingin tulis semuanya . Contest SEO -MALAYSIA BEST BLOG 2015 ini di anjurkan oleh ohduit.com  , dan akan berlangsung dari 15 Januari 2015- 31 MAC 2015 , penyertaan akan ditutup pada 18 Februari 2015. 

Pemenang pertama akan mendapat hadiah sebanyak RM1,500 wang tunai
dan untuk pememang kedua-sepuluh akan mengapat wang sebanyak rm50.00 ,
Hadiah Backlink Percuma untuk setiap penyertaan.



Jom la join sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com

Selamat Tahun Baru 2015


Selamat Tahun Baru 2015 | Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya dan berganti 2015. Terlalu banyak kenangan dan juga memory terukir di sepanjang 2014 ini. Berbagai ujian telah datang melanda Malaysia dan juga negara negara lain. Dan aku,. mungkin tahun ini telah menutup azam-azam tahun sebelumnya yang tak mampu menjadi kenyataan dan akhirnya aku memilih redho. 

Namun ada juga keinginan Lisa yang dah tercapai; salah satunya; jumpa dengan Founder blogger Kelab blogger ben ashaari , "ABen " bukan Ben Ten ye.. tapi Ben Ashaari. Dan juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogers lain . Dapat jumpa dan dukung Qhaliff  , anak abang Ben. Blog Lisa pon dah ada peningkatan berbanding dari yang sebelum ini. Mengenai hati? Biarlah rahsia. Hehe... mengenai kerja ? Erm.. rezeki ada dimana-mana kalau kita berusaha. 

Turut berduka cita atas kemalangan dan juga musibah yang banyak berlaku sepanjang tahun ini. Untuk mangsa banjir .. semoga diberikan kekuatan .Semoga tahun depan menjadi tahun yang diberikan kebahagiaan untuk semua orang,termasuk aku. AZAM tak dak ka ?  Dah tak da nak berazam-azam dah. 

Saya mengucapkan selamat Tahun Baru untuk follower dan juga reader yang sudi singgah ke blog saya. Semoga dihadapan Lisa lebih ada peningkatan lagi dalam kehidupan dan dunia blogging . Amin.




Selamat Hari Lahir Untuk Saya

  Selamat hari lahir untuk saya | Pejam celik pejam celik dah 25 tahun  mawar bernafas diatas bumi milik Allah swt . Alhamdulillah masih diberikan kesehatan untuk menjalani kehidupan ini . Terimakasih untuk rakan-rakan yang memberikan doa ucapan dan juga terimakasih untuk hadiah dan juga kek "mawar biru" dari my brother dan juga jelly cake blue rose dari my big boss. Dan thanks sebab buat party kecil untuk celebrate hari lahir saya. 
  

25tahun dahhh... ! Tak pe.. umur je 25, muka macam 18tahun.. haha betul lahh kan..kann..kann...
Cantik kan kek mawar biru tu ? semalam time nak potong rasa sayang le pulak. Sebab cantik sangat. Huwaa..

Semalam,30 November  juga merupakan  hari lahir Founder #kelabbloggerbenashaari yaitu abg Ben Ashaari yang ke.... ? haa kalau nak tahu umur abg Ben Ashaari tu berapa .. meh terjah  DISINI
 Ada kek Sado , Huwaa mesti best kan dapat raikan dengan geng Blogger yang lain . Plan nak pergi and join , tapi ade rancangan tersendiri pula time seminggu sebelum date.
"Selamat hari lahir untuk kembar saya  abg BEN , 
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki !

Tak pe la, takda rezeki. But banyak hal di tahun ini yang membuat aku happy dan juga tercapai juga hasrat nak jumpa Qhaliff anak abang Ben  DISINI dan juga dapat jumpa Abang Ben. Hee.. bukan senang nak jumpa artis dan juga bukan senang untuk Mawar berjalan jauh ,sensorang  atau tanpa family. Sebab tu kena tapis dan fikir juga kena minta keizinan dulu kalau nak pergi kemana-mana tempat yang jauh.

Kek Mawar Biru Atau Kek Sado ? 

Gambar Official Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari

Gambar Official Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari,White STUDIO |Setelah menunggu sekian lama akhirnya dapat juga copy hasil penggambaran di MYCPS White Studio yang berlangsung 2 November 2014 lepas. Mula-mula malu lah, cakap tak reti posing lah.. tapi nasib baik ada abang AIMAN selaku photographer yang ajar macam mana pose. Dan inilah hasil dari penggambaran untuk Official Photoshoot #kelabbloggerbenashaari  dan juga blogger-blogger yang terlibat :



Founder : http://www.benashaari.com/

 
http://redscarz.blogspot.com/


http://www.mawardiyunus.com/

http://marqiscareno.blogspot.com/

http://katanajeeb.blogspot.com/

http://www.razzwey.com/
http://hafizrahim.com/


http://www.erazfadli.com/

http://www.fazrol.com/
http://www.faizalfredley.com/

http://ruby.my/

http://myputeri21.blogspot.com/

http://dismybelog.blogspot.com/

http://www.kisahemasputih.com/

http://hasyanaurah.com/

http://www.yanty.my/

http://www.bubblynotes.com/

http://fatinbella.com/

http://www.qasehdalia.com/

http://yayaflanella.blogspot.com/

http://www.dkna.my/



http://miszrockers.blogspot.com/
http://kisahpondokkecil.blogspot.com/

Jangan tengok dan baca sahaja ya.. terjah blog mereka juga tau  . 

Thanks to penaja-penaja kami yang sudi menaja :

Studio : Mycreativepixel studio
Penaja Utama Kelab Blogger Ben Ashaari: Cosmoderm
Shawl by Tya Salmid ,
Pin Hijab by Dania Facon
Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon @etty_garib @yanneskay.

© all rights reserved
made with by templateszoo