Ad

Showing posts with label memohon. Show all posts
Showing posts with label memohon. Show all posts

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2015

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM 2015| Tahniah kepada calon UPSR yang mendapat keputusan cemerlang . Permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2015 tersebut adalahdialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2014 dan mendapat keputusan cemerlang. Makluman pemohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dan akan dibuka bermula 27 November 2014. 

Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Semenanjung Malaysia
-Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
-Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
-Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014
-Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember yang akan diadakan di MRSM yang telah dipilih

Muat turun (Download) Maklumat Lengkap Cara Permohonan 

Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian ( https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp), untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online.

Cara memohon melalui ONLINE : 
-Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma disemua pejabat MARA negeri, pejabat MARA daerah , atau MRSM berdekatan pada waktu pejabat bermula 27 November 2014.
-Pemohon hendaknya membawa salinan MyKid dan salinan keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan -semasa mendapat kata laluan.
-Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan diborang tersebut dihantar secara online .
Untuk maklumat sila kunjungi laman web MARA  di :  http://www.mara.gov.my/
-Pemohon memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihna pertama semasa mengisi borang permohonan online untuk menduduki ujian dan temuduga .
-Pemohon mestilah membawa cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan kepusat ujian yang dipilih.

Tarikh tutup permohonan online ialah pada 10 Disember 2014.


Permohonan Rumah PR1MA Secara Online

Permohonan Rumah PR1MA Secara Online | PR1MA tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk menawarkan perkhidmatan mengisi borang atau peruntukan khas untuk rumah PR1MA . Semua rakyat Malaysia yang berumur 21tahun keatas dan mempunyai kriteria kelayakan dalam senarai yang ditetapkan boleh memohon  dan mendaftar PR1MA secara online menerusi internet dan TIDAK dikenakan sebarang yuran pendaftaran.
SYARAT DAN KRITERIA ASAS  UNTUK PERMOHONAN KEDIAMAN PR1MA
1- Warganegara Malaysia
2- Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas
3- Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM10,000
4- Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
5- Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA

SENARAI DOKUMAN YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen dan maklumat berkaitan seperti yang diminta bagi memastikan proses pendaftaran yang lancar.Untuk mengetahui senarai semak dokumen tersebut sila layari pautan link dibawah ini  :

Cara Memohon Untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA,
Langkah-langkah permohonan untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA boleh didapati di laman web rasmi PR1MA, berikut:-

Untuk membuka atau daftar akaun PR1MA,
klik :  Daftar Akaun PR1MA
Sebarang maklumat yang lain  atau tindakan lanjut boleh didapati dengan melayari halaman utama portal rasmi PR1MA:-



© all rights reserved
made with by templateszoo