Ad

Showing posts with label kau aku kita. Show all posts
Showing posts with label kau aku kita. Show all posts

Penjual T-Shirt Yang Murah Hati

Penjual T-Shirt Yang Murah Hati || Salam Jumaat ,,, hehee . Dalam dunia jual beli sekarang ini yang penuh dengan harga tinggi bercampur gst memang susah nak dapat peniaga yang pemurah. Tapikan bukan la langsung takde  peniaga yang mempunyai sifat baik hati tu,, ada tapi 1 : 10 .. Kisahnya minggu lepas Lisa beli la Tshirt yang " KO PEHAL DOE ? " , Tshirt dalam instagram  Janna Nick yang jadi heroin "Iman" dalam drama Kau Aku Kita . Sehelai rm50 siap postage. Maka Lisa whatsapp si penjual tu sebab terminat nak beli pula. Bukan fanatik sangat.. tapi when lisa suka.. Lisa beli hehe. Trend atau tak trend tu urusan belakang la.



Isnin dia pos dan hari Selasa tu Lisa dah terima parcel T-shirt tu . Peliknya.. Lisa dapat dua bungkusan dengan nama pengirim yang sama , huhu. Mesti
ni terdouble hantar. Lisa whtsapp semula akak yang jual T-Shirt tu ,, bagitau yang dia terhantar 2 helai t-shirt and Lisa tanya lah nak hantar ke alamat yang sama seperti alamat pengirim tu ke ? Dan jawapan dia...
 " Yeke,,
 Kalau susah-susah adik ambik je lah .. 


Huwaa.. rezeki tak kan nak tolak .Pemurah  Sungguh Penjual TShirt Ini H
ehe Lisa pon ucapkan terimakasi la kepada akak tu . Alhamdulillah rezeki untuk Lisa .. dan semoga akak tu dimurahkan rezeki .  


Korang kalau nak beli T-Shirt ini contack and usha je dalam ig 
 

http://instagram.com/janna_nicker

http://instagram.com/janna_nicker

Beli la.. sebelum stock habis XD 

             

TONTON KAU AKU KITA EPISOD AKHIR

Tonton Episod Akhir KAU AKU KITA || Malam ini malam last episod cerita drama Kau Aku Kita . Lepas ni pasti akan rindu Im Aus (Syahrul Ridzuan ) and Iman (Janna Nick ) . Agak-agak macam mana la akhir cerita drama tu,selalunya cerita di Drama tak sama dengan novel. Dua dua ego tak nak cakap yang masing-masing saling suka ,sama-sama sayang...

Mungkin bercerai? Atau kekal bersama? Jom saksikan di TV3  pukul 9.00 . Atau untuk yang nam tengok online.. klik link bawah ni :)

~~TONTON ONLINE KAU AKU KITA EPISOD AKHIR ~

SENARAI PELAKON KAU AKU KITA

Pelakon Kau Aku Kita || Korang rindu tak dengan Syarul Ridzwan yang pernah mnejadi Hero dalam drama  Hati Perempuan ? Sekali lagi dia berlakon sebagai Hero di drama TV3 slot Lestary yang ditayangkan setiap Rabu dan Kamis jam 9.00 malam. Kali ini digandingkan dengan Janna Nick pula.. tapi best juga la drama ini, kelakar .  Iman Firdaus , Dua orang yang mempunyai nama sama tapi berlainan jantina then kemudian berkahwin . Menarik bukan ... jangan lupa tonton malam ini eh pukul 9 malam di TV 3. 

SENARAI PELAKON KAU AKU KITA 
Syarul Ridzwan sebagai Aus ( Iman Firdaus ) 
Janna Nick sebagai Iman (Iman Firdaus ) 
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Tunku Hanis  sebagai Wafa
Hafidz Roshdi
Shamsul Ghau Ghau
 Kay Maria

 SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA ||
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


LIRIK KAU BAGAI UDARA -Bahrain

LIRIK KAU BAGAI UDARA [ ost Kau,Aku, Kita ]|| Drama slot Lestary TV3 yang dibintangi oleh Syarul Ridzwan dan Janna Nick yang mempunyai nama sama . Nama mereka sama dalam drama ini Iman Firdaus , namun jantina berlainan ,, satu lelaki AUS ( Syarul Ridzwan ) dan perempuan IMAN (Janna Nick ) . Then mereka menikah.. macam pelik kan ? ..

 Jom dengar lagu OST  Lagu Kau Aku Kita , Kau Bagai Udara yang dinyanyikan oleh Bahrain .

LAGU TEMA / OST KAU, AKU, KITA
Lagu : Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain

LIRIK KAU BAGAI UDARA by Bahrain 
Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

(korus)
Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

(ulang korus)

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

(ulang korus)

© all rights reserved
made with by templateszoo