Ad

Showing posts with label Mak. Show all posts
Showing posts with label Mak. Show all posts

Memory 2019 , Mak

Memory 2019 , eMak


Belum habis cerita ayah ,, kini Mak pula diuji kesihatannya .10 July 2019 , Mak Baring Tak Respon Mak baring , kepala di utara , tangan mendekap di dada dan berselimut , mata terpejam tak berikan respon . Allahuakhbar.. hanya kepada-MU aku meminta pertolongan .

Masa ayah sakit lepas operation , kakak no.2 yang jaga ayah dirumahnya . Jadi mak aku tinggal seorang , selama ni ayah yang jaga mak . Makan minum semua , uang aku yang bagi setiap bulan jadi mereka duduk dua orang .... menikmati hari tua . Sebab ayah sakit , maka aku upah penjaga untuk mak ..temankan tidur tapi masa pagi tu pulang kerumahnya sendiri sebab nak masak dan kerja lain .  Nanti tengah hari datang semula datang teman mak. . Nak buat macam mana,, cucu jauh dan sekolah jadi tak boleh nak temankan mak .  Hujung minggu sahaja boleh temankan mak .  

Kakak ipar yang hantar makanan untuk sarapan atau makan tengah hari. Mak susah sikit nak makan , makan sesuap dua dah kenyang .. nasi pon dia tak makan dah ,, makan lauk je . Oh ya...  aku  anak bongsu dari 5 bersaudara. Semua duduk jauh , hanya akak no 2 dan isteri abang no 3 yang duduk berdekatan . Kenapa mak taknak duduk rumah mereka ? Sebab mak lebih selesa dirumah sendiri tu dicakapnya .

Masa hari kejadian , Zaky 12tahun dan Danish adik dia 7 tahun cucu mak dapat giliran hantar makanan , masa tengah hantar Danish nampak nenek ( mak ) terbaring , padahal awal lagi .. baru jam 9 pagi . Mungkin tidur jadi tak kejutkan.. tapi dia nampak disekitar mulut mak dah ada semut dan tolong sapu2 je . . Budak kecik.. mana la tahu sangat..

Pukul 10 pagi July 2019   , Penjaga mak datang dan panggil2 tapi mak tak menyahut.. dia masuk dan cuba bangunkan mak tapi tak berespon . Terus panik dan panggil jiran minta tolong serta panggil kakak. Jiran pon terkejut sebab masa pagi pukul 7 masih berbual elok dengan jiran sebelah dan main2 dengan anaknya . Sedara mara semua datang dengan akak tu . Baju mak dah basah lecun , sebab dah kencing di tempat dia baring tu . Masa tu panggil doctor datang.. mak tak respon .. darah naik ke 200 , doctor cakap gelaja stroke dan kena cepat larikan ke hospital .  Aku ditempat kerja dapat panggilan ,, menangis aku dibuatnya . Hati sapa yang tak luluh tengok mak tak bergerak macam tu ..

Sampai di Hospital , terus masuk emergency .. Scan Xray kepala mak takut jatuh terhantuk ke apa.  seperti ayah , wayar terpasang disana sini seluruh tubuh mak . Masih tak respon dan tak buka mata. Doc bagitau kena tunggu 48 jam untuk keputusan dari imbasan kepala tu . Lepas 48 jam .. Doc panggil seluruh keluarga untuk masuk , dan bagitahu .. ada pendarahan teruk di kepala mak . Bukan dari kesan jatuh .. tapi mungkin terlalu berfikir sampai pembuluh darah pecah dan harapan 50:50 untuk hidup. Kalau hidup pon mak akan lumpuh , apepun doc minta kami sekeluarga untuk banyak-banyak berdoa .

Sudah jatuh tertimpa tanggah , itulah yang aku rasa masa tu . Semua anak kena balik  tu nasihat doctor sebab semua anak2 mak duduk jauh , paling jauh akak no 4 sebab duduk di Hongkong . Abang no 1 terus flight balik jaga mak , jadi boleh bergilir dengan akak no2 yang kena jaga ayah dirumah . Kami tak beritahu keadaan mak kat ayah ,... kami just cakap mak OK . ayah focus jaga kesihatan je . Jantung ayah masih lemah lepas operate tu , kesihatan dia pon kejap ok kejap tak jadi kami taknak ayah terlalu berfikir .

14/07/2019 Mak dah buka mata ..
15/07/2019 Mak dah boleh bercakap...

Masa abang jaga mak , mak dah buka mata. Dan bagi respon , tangan dah boleh bergerak .. abang tanya .. mak kenal saya tak ? mak mengangguk dan cakap kenal . Time tu kami nampak ada cahaya mak akan sembuh .. stroke ? insyaallah pulih slow slow kemo ... kami sedikit gembira mak masih terselamat . Lepas makan ubat melalui tiub tu .. Mak ada kekuatan sikit.. dah boleh buka dan pejam mata. Makan ? masih tak makan... masih muntah kalau nurse suapkan susu.

Makcik adik2 mak bergilir jaga mak ... dekat 3 4 orang juga. Dulu masa kecil mak yang jaga diorang diorang dan sekarang mak sakit ,, mereka yang jaga mak di hospital . Masa tu mereka cakap-cakap la dengan mak .. walaupun mak tak respon. tapi mak buka mata, mak paham .

16/07/2019  petang tu akak no 4 Yang dari Hongkong tu sampai hospital dalam pukul 3 .  Peluk cium , bagi kata-kata dengan mak. Cakap mak ... cepatla sembuh nanti saya basuhkan rambut mak ye esok ... bagi mak wangi-wangi biar badan fresh dan nanti kita boleh jalan-jalan mak . Mak senyum dan dalam mata tu seolah-olah meng-iyakan kata-kata akak . borak panjang.... lepas maghrib tu ... makcik berbisik .. cakap banyak-banyak apa yang nak dicakapkan dengan mak apa yang nak diluahkan dengan mak  . Bagi dia tetap sedar .. dia dah kosong pandangan mata masa tu .... dan tak lupa ajar mak mengucap.. :'( 




16 /07/2019 Mak menghembuskan nafas ... rehat dengan tenang untuk selama-lamanya .. 
Masa mak boleh bercakap dan tersedar dari tidurnya 15/07/2019.. doc ada bagitahu yang dalam beberapa hari lagi mak boleh dibawa pulang . Kami video call dengan ayah dirumah , bagitahu ayah yang emak dah sedar dan esok boleh bawa pulang kerumah . Ayah tersenyum gembira .. bagitau nanti nak kemas rumah sambil tengok-tengokkan anting emak yang hilang sebelah . Mungkin jatuh masa di hospital.. anting kesayangan mak dah 50 tahun mak pakai dan tak pernah tukar . 



Tak sangka ayat yang dimaksudkan doc sebenarnya 50/50 .. 50 bahwa mak meninggal selama-lamanya . tu lepas Isya'  , tekanan jantung mak drop , nurse dan doc berlari bawa mak ke ICU tapi ... Allah lebih sayangkan arwah Mak .. Mak menghembuskan nafasnya . Alhamdulillah dipermudahkan urusan kepergian mak , masih sempat mengucap sebelum pergi walaupun terdengar pelan .. 

Urusan pemakaman mak pun Allah permudahkan .

THE BIG LOST  2019 Ayah sakit perlukan 3 kali pembedahan dalam masa sehari.. 50/50 antara hidup dan mati . Alhamdulillah ayah selamat dan dipanjangkan usia sampai kehari ini masih bernafas lagi .

Kehilangan seorang MAK , kehilangan besar dalam hidup aku . Putusnya doa tanpa hijab seorang ibu.. tiada lagi kawan tidur , tiada lagi sesorang untuk bermanja.. tiada lagi seseorang untuk aku luahkan masalah aku , rindu nasihat mak .. rindu cerita-cerita mak .. Sampai hari ini aku masih rasa lost , bukan tak redha tapi kehilangan tu masih jadi parut dalam hidup ini . secara tiba-tiba mak dah takda... Biasanya di tempat kerja akan call dengan mak walaupun cerita hal yang sama berulang-ulang .

2019 ... aku keluarkan semua simpananku , so aku bermula dari 0 . sehelai sepinggang masa lepas mak dah takde. Uang untuk pengebumian mak , untuk nazar mak.. urusan hospital dan lain-lain ( rahsia ) ... Ya semua aku tanggung sorang je . 


Semoga aku tetap diberikan kekuatan untuk hari yang akan datang.. ,,
Sayangi parents korang selama masih hidup .. walaupun dah berubah sifat ke kanak-kanakan... tetaplah layan mereka dengan kasih sayang . Jangan tinggi suara ,..



Rindu Yang Tak Terucap , Mak...


Rindu Yang Tak Terucap , Mak...

Rindu Mak...
Hanya Allah yang tahu perasaanku saat ini. 
Ya Allah,,, pertemukanlah aku dengan mak dalam mimpi malam ini. Sekalipun hanya mimpi , itu dah lebih dari cukup. 
Biarkan aku memeluk Mak , tidur dalam riba mak.. dan melihat senyumannya seperti aku bermimpi tempoh hari . :-)
Rindu yang tak terucap dengan kata-kata ...Mak,,

Mak ... tenanglah disana . Allah dah angkat sakit Mak..
Dah tak perlu risau sakit kepala lagi .
Tenanglah mak dan berehatlah diSyurga,,

Aku kuat Mak... InsyaAllah..
Dah,, jangan risaukan anak mak yang sorang ni lagi ye.. 
Seperti biasa .. Anak mak ni akan sentiasa ingat pesan mak ..
Makan On Time , Tidur On TIme ... Jaga Kesihatan , Lau sakit.. Adik akan makan ubat. 

Jangan Risau tentang ayah ,, Adik akan jaga ayah .
Ayah dah sihat sekarang lepas operate tempoh hari , dah boleh jalan, makan , mandi , luka bekas jahitan pun dah pulih ... Mak Happy kan dengar ayah sembuh dan sihat? ('',) 

Selamat malam Mak... Dah 12 Malam , taknak buat mak risau ... Esok sambung lagi ye.. 
Adik sayang mak ;') 

Al-Fatihah Mak...

Al-Fatihah Mak...

Al-Fatihah Mak...

Hari ni , 46 hari selepas kehilangan Mak. Dah cuba move on , tapi tak mampu. Dah cuba tahan rasa sedih tu , namun tiap malam masih merindukan sesosok Mak, rindu yang tak terucap hanya mampu menangis sambil memeluk baju tidur mak yang selalu dipakainya . Berharap jumpa Mak dalam mimpi.. 

10 July 2019 
Penjaga datang rumah dalam kul 10 pagi , memanggil Mak.. tapi tak terdengar ada sambutan suara dari dalam rumah . Lepas masuk rumah , ternampak Mak sedang baring.. dengan selimut .,  sambil mendekap tangan didada .. dan kepala terletak diutara.  Panik... penjaga kemudian memanggil jiran dan juga kakak untuk segera datang , juga panggil dokter untuk datang kerumah . 

Malam tarkbir raya.. Ayah dikejarkan ke Hospital untuk jalani operation usus , buah pinggang dan paru-paru , tekanan darah naik .. gula naik.. Allah je yang tahu perasaanku  masa tu  . Bulan June lepas , ayah aku di kejarkan ke Hospital sebab tetiba mengeluh sakit perut dan terpaksa harus di kejarkan di ICU . 4 Hari koma , dan kehilangan suara selama beberapa minggu. Ibarat menjaga seorang bayi , latih ayah berjalan.. makan ... mandikan , pakaikan pampers. Sebak , alhamdulillah masih diberi peluang untuk jaga ayah masa tu .Sekarang ayah dah berangsur membaik .

Doktor tu sampai , mak tak respon .. tak bergerak langsung. Tubuh mak basah oleh peluh , padahal awal pagi tu masih berborak dengan jiran sebelah dan bersembang dengan orang yang datang rumah ziarah . Cucu mak pon datang hantar makanan , diingatnya nenek sedang tidur . Doctor bagitau suruh rujuk ke hospital terus , tekanan darah tinggi sampai 220 . 

Mak dikejarkan di Hospital , terus masuk ruang ICU . Xray kepala , takut jatuh terhentak atau apa.. takut kena stroke sebab mak pernah sekali jatuh dan doktor memang bagitau supaya berhati-hati dan jaga jangan sampai jatuh . Mak ada darah tinggi dan sakit Vertigo ( sakit kepala yang teramat sangat ) . Pernah sekali tu masa raya  3tahun lepas , mak jatuh pengsan secara tiba-tiba. mungkin kelelahan sebab nak menyambut raya .  

Lepas X-Ray , hari ke 3 dah dapat keputusan dari Doc,  bagitau Mak mengalami pendarahan di kepala , pembuluh darah dah pecah .. bukan sebab jatuh tapi sebab fikir yang berat sangat dan kemungkinan untuk sembuh hanya 50;50 . . Siapa tak sedih fikirkan ayah yang sakit, sebab ayah yang selama ni jaga mak. Ayah dan mak loving each others , sampai kekadang aku jeles . Doc bagitau yang kami kena berkumpul semua anak beranak dan juga prepare untuk apa-apa keadaan jua. Doa banyak-banyak itu ayat yang doc bgtau .


16 July 2019
 Mak di bawa ke HICU ... ada perkembangan positive hari ketiga tu , dah buka mata.. dah boleh respon.. dah boleh bercakap dah boleh minum susu. Dan seperti ayah , badan penuh wayar merata-rata untuk bantu pernafasan mak .Masa tu memang aku berharap yang mak boleh survive , sampai aku rela berhenti kerja semata nak jaga mak .Mak sempat tunggu akak no. 4 yang berada di luar negara untuk balik. Lepas kakak sampai , sembang banyak2 dengan mak... dan mak finally buka mata, tengok anak anak dia kemudian  malam tu mak meninggal ...  16 July 2019 , 9.30 malam. 


Allah permudahkan perjalanan Mak... Mak buka mata , tersenyum.. mengucap dan menghembuskan nafas terakhir . Sempat mak berjumpa anak-anak dia.


Mak... nampak tak? semalam ramai yang datang tengok mak .. sampai ke malam. 
Aku tengok mak, nampak macam tido seperti biasa... lena sungguh tido mak.. 
Mak... mak dah wangi... mak berbaju putih... wajah mak pun senyum... 
mak.. rehatlah dengan tenang . sebelah mak ada pakcik.. mak tak kan sunyi , dah ada teman disana... 
Mak, rindu mak :’)

Malam ke 7 lepas mak meninggal , alhamdulillah dapat berjumpa mak.. walaupun dalam mimpi . Aku tidur dan berbaring diriba mak . Mak senyum sambil usap kepala.. Aku menangis , ... bahagia .. walaupun jumpa dalam mimpi.

Biar kusimpan coretan ini untuk kenangan setahun , sepuluh tahun. sampai la anak cucu ku nanti .. mengubati luka kesedihan yang tak kunjung berakhir .

Al-Fatihah Mak.. semoga tenang disana dan ditempatkan di golongan orang beriman .

© all rights reserved
made with by templateszoo