Ad

Showing posts with label CIK REEN ENCIK NGOK NGEK. Show all posts
Showing posts with label CIK REEN ENCIK NGOK NGEK. Show all posts

BIODATA DINI SCHATZMANN

BIODATA DINI SCHATZMANN

" Abang Naqib.. pencuri hati cik Reen " .  Dini Schatzmann , watak Naqib dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek . Pelakon yg baru menceburi bidang lakonan ini dah mencuri hati penonton , dengan perwatakan yang handsome dan badan sado gitu .  Nah ramai nya yang tertanya dan mencari biodata Dini Schatzmann ni kan , baca sampai habis kayh ! 

BIODATA LENGKAP DINI SCHATZMANN 

Nama Penuh : Dini Azan Schatzmann
Asal : Penang , Malaysia 
Keturunan : Mix , mak asal Penang ayah Switzerland
Agama : Islam 
Pendidikan : Bachelor of Materials Engineering
Kerjaya : Vegan Athlete , Pelakon 
Media Sosial : 
Instagram : @DINISCHATZMANN 
Twitter : @DINICHATZMANN

Walaupun campuran Penang dan Mat Salleh , Dini piorr taw cakap telo Penang . Kalau cakap melayu susah sikit la sebab dia tak sekolah di Malaysia , tapi loghat Penang tu memang fasih . Dini juga pernah join dalam masuk kelas lakonan asas bersama ibu Fauziah Nawi . 


GAMBAR DINI SCHATZMANN 









PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya Maya Adira akan diadaptasi ke sebuah drama untuk slot Megadrama di saluran Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Wah tak sabar tengok Farah Nabilah berlakon , Drama ni ditayangkan bermula 1 Oktober 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek diantaranya ; Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali

SENARAI PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK 



PELAKON WATAK
Farah Nabilah Azreen
Fikry Ibrahim Harris Zakuan
Haneesya Hanee Zaza
Iswan Ismail Iman
Scha Elinnea Izyan
Farhan Asri Iqram
Dini Schatzmann Naqib
Nabila Razali Siti
Badrul Muhayat Che Azhan
Farisha Irwayu Che Embun
Rania Humaira Anum
Nik Adam Mika Qalish


LAGU TEMA / OST

Satu Peluang - Andi Bernadee

SINOPSIS CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut.

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak.

GAMBAR PELAKON



credit : myinfotaip







© all rights reserved
made with by templateszoo