Ad

Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Teruja Makan Nasi Daun Pisang !

Teruja Makan Nasi Daun Pisang ! || Assalamualaikum ! Selamat tengah hari. Lunch tadi kalian makan apa ? Semalam Lisa try makan Nasi Daun Pisang . Apa kata kalian try makan juga ? sedap woo..., Nasi Daun Pisang mesti dah selalu dengar .Nasi yang memang terkenal di kedai Mamak , selain dari nasi beriyani dan roti canai.

 Untuk kali pertama Lisa makan nasi tu , boss belanja . Sebenarnya Lisa tak boleh makan kari .. perut tak sesuai .. tapi sebab boss belanja , nak tak nak kena makan juga .  Teruja sangat sampai kawan Lisa  tanya .. " lisa duduk planet mana ? " hahah mungkin PCL pelik kot Lisa tak pernah makan nasi daun pisang .  


Lisa jeling meja sebelah... ada 2 amma dan appa makan nasi daun pisang juga. Kami tengok je dah berselera .. ya la.. dah nama pun teruja baru pertama kali makan .

Nasi  ni disajikan bukan dengan pinggan tapi dengan alas daun pisang . Nasi putih , sayur , acar timun dan nanas , keropok papadom , sayur kelor , dan lauk tu kalian boleh pilih terpulang selera masing-masing sama ada ikan , ayam atau kambing . Memula ingat sayur panjang tu sayur petola.. tapi dah masuk mulut , keras pulak kulitnya . Tanya dengan mamak tu pon tak tahu tu sayur apa. Hahaha.. uncle Indian sebelah meja bagitahu ,, tu namanya sayur kelor . First time juga makan sayur ni .


Blurppp.. (heyyy tak senonohnya ) , Alhamdulilah kenyang ! sangat teruja sampai tak perasan yang nasi dah habis.. dan tak tahu macam mana kari tu boleh masuk perut Lisa. Ah sudah.. memulas pun memulas la  .. fikir belakang nanti . Dah siap makan... lipatkan daun pisang tu macam gambar Lisa diatas ni . Heee belajar dari uncle dan aunty india sebelah tadi.

Komen Lisa :
Nasi daun Pisang memang sedap weii.. ! nasib baik ada sayur tu .. Lisa tambah dua kali sayur tu . Hehehe korang kena tau . Tempat makan pun bersih .


Lokasi : Bharathabhavan Restaurant (Sebelah klinik Shuba) 
Jalan Dato Teow Siew Khor , Kluang -Johor
Berhadapan dengan taman permainan sebelah AM BANK Kluang .

Resepi Pisang Goreng Chesee

*gambar  google
Resepi Pisang Goreng Chesee | Pisang Goreng Chesee ? sedap ke ? Itulah yang ada dalam fikiran Lisa ketika dengar perkataan Pisang goreng Chesee . Hurm , Lisa ni sukapisang goreng tapi tak suka chesee, tak leh masuk dalam mulut. Sekarang di facebook sedang viral orang upload gambar pisang goreng chesee dan sedang hangat diperbualkan.Rasa terliur pon ada sebab nampak macam sedap , tapi ada chesee .Takut nanti tak lalu makan lepas tu buang , sayang ! bazir amalan setan .

Dan akhirnya aku terjebak juga ,imanku telah goyah disebabkan dah ternampak sejenis makanan yang bernama pisang goreng chesee didepan mata. Hahaha,, kenapalah kaki ini gatal sangat nak melangkah ke gerai abang tu.. Dan akhirnya aku mencoba membeli 1 bungkus Pisang Goreng Chesee set kecil , nama je set kecil..tapi dalam ada 8 buah pisang . Mana tk kenyang nye! Murah pulak tu. Di gerai ini tak payah beratur,sebab Lisa beli ketika time orang bekerja, selamat sikit.

Sampai sahaja di tempat Lisa bekerja,terus ja buka bungkusan pisang goreng chesee tu . Orang cakap , makan ketika panas-panas lagi sedap daripada makan ketika dah sejuk . Nasi ? tolak ketepikan dulu. Suapan pertama membuka selera makan ku. Rangup,sedap, manis. Waahh.. macam tak percaya ,finally Lisa makan chesee juga.Hahaha.. Sedap, murah . dan rasa yang memang manis . Tengok cara abang tu buat macam senang je dan kalian boleh try dirumah .

Berikut resepi yang sempat Lisa culik dan intai dari abang tu.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk
secubit garam
1 sudu besar butter
1 biji telur

 Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
chesee Cheedar 
Choc Rise atau parutan coklat masakan

Caranya : 
Cairkan butter ,Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, serbuk kunyit , baking powder, santan dan telur ,kacau rata. Tuangkan butter cair ,Kacau sebati. Masukkan pisang ,Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang hingga kuning keemasan .Angkat dan toskan minyaknya.

Dalam kuali yang bersih, cairkan butter. Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju Kacau rata Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai.
Taburkan dengan Chesee cheeder dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Sedap makan ketika masih panas.
Nak lagi senang?  beli je pisang goreng kemudian beli cheddar cheese dan tabur. Hahah simple dan senang. Betul tak ?

Selamat mencoba ya ! 

Nasi Campur Termurah , RM 3 Sahaja !

Nasi Campur Termurah  RM3.00 Sahaja  | Alkisahnya hari ini aku keluar beli makanan dengan akak . Aku memang kurang suka bawa wallet kalau beli makan di gerai makanan , sebab nanti rambang mata nak beli barang-barang lain pulak. Biasalah kan, wanita dengan shoping tak terpisahkan .

Sampai di kedai makan  Abang Man( gerai makanan yang selalu aku singgah ) , macam biasalah aku dan akak aku ambil nasi dan lauk ikut apa yang aku nak makan. Aku ambil 2 bungkus berisi Nasi +Ayam +Sayur + telur mata , dan akak ambil 1 bungkus. Hurm.. Time sampai counter nak bayar makanan, aku seluk poket aku. Aik? yang ada RM1.00 , tadi macam dah bawa rm10.00 tapi rupanya aku tersilap ambil duit , bukan ambil rm10.00 tapi rm1.00 . Muka aku dah cuak dah.. Akak aku pon bawa rm10.00 sahaja.

Adeh, otak jamed dah tak tau nak buat macam mana. Nasi pon dah bungkus.Kak Nor bagi cadangan  Kalau tak cukup pon bayar esok, boleh ke ? Hurm, tak pernah aku berhutang untuk makanan yang aku nak makan. Dan abg Man pemilik kedai makanan itu kira lah nasi itu. Mungkin sebab tengok muka aku yang blurr ataupon dia tadi ternampak aku hanya mengeluarkan rm1.00 sahaja, tetiba abg Man bagitau jumlah yang perlu dibayar untuk 3 bungkus makanan dan teh o ais tu rm10.00 sahaja .Kira 1 bungkus nasi rm3 sahaja. Murah kan !

Aik.. Betul ke ni ? sebab biasa rm4 untuk 1bungkus nasi . Dia ulang semula rm10.00 untuk kesemua makanan dan air tu . Wahh.. beruntung la aku hari ini, kalau tak.. tak tau lah nak buat macam mana.Rezeki aku, lepas ini memang kena tengok betul-betul lah duit yang nak dibawa tu.
© all rights reserved
made with by templateszoo