Ad

Showing posts with label hello mr perfect. Show all posts
Showing posts with label hello mr perfect. Show all posts

EPISOD AKHIR HELLO MR PERFECT

EPISOD AKHIR HELLO MR PERFECT || Wahh tak terasa dah sampai penghujung ye cerita drama HELLO MR PERFECT ! Drama 28 episod ini menggandingkan Nur Ruhainies dan Fattah Amin  menjadi Heroin dan Herroin dalam drama ini. Menariknya Nur Ruhainies memegang dua watak , Heroin dan watak Jahat. Wahh.. tak susah ke ? Tapi ramai orang cakap yang dia lebih ok berlakon watak jahat dari watak baik . Korang rasa ?

Episod semalam ,  Izzul (Fattah Amin ) sedang berusaha untuk memujuk Alya (Nur Ruhainies ) untuk kembali kepadanya . Mungkinkah  mereka akan bersatu semula di EPISODE AKHIR HELLO MR PERFECT yang ditayangkan hari ini , 17 November 2015 ? Jangan Lupa saksikan di TV3 pukul 7.02 petang .
Untuk kalian yang terlepas tonton episode sebelum ini boleh saksikan tayangan ulangan :
TONTON ONLINE HELLO MR PERFECT

SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT

SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT || Drama baru lakonan Fattah Amin dan Ruhainies  dalam Hello Mr. Perfect yang ditayangkan dalam TV3 menggantikan drama sebelum ini iaitu Mencintaimu . Korang rasa kenal tak dengan pelakon-pelakon yang ada dalam drama Hello Mr Perfect tu ? Heee jom kenal-kenal Pelakon-pelakon yang memeriahkan drama slot akasia tersebut . 


SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT :

Nama ArtisWatak
Fattah Amin Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah Alya Adriana dan Nurul Ain
Rafiq Razali Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar Rahim
Mimi ErnidaLina
Nafiez Zaidi Azizi
Keena Mentor Hana
Afzan A.Rahman Fauzi
Kay Maria Mak Temah
Eizlan Yusof Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim Datin Seri Rosni
Chomel Fana Amani
Ammar AlfianAizat


Pautan : BIODATA NUR RUHAINIES HEROIN HELLO MR. PERFECT 

Amacam.. kenal tak ? Jangan lupa saksikan di TV3 Isnin sampai Khamis pukul 6.58 petang .

Biodata Nur Ruhainies Farehah

Biodata Nur Ruhainies Farehah || Pelakon baru yang menjadi Alya Adriana & Nurul Ain Heroin dalam drama Hello Mr. Perfect ini  sebelum ini menjadi watak sampingan  di Sofea Jane . Bagaimana Lakonan artis cantik yang lebih mesra dikenal dengan nama Ruhainies ini ? Kaku macam kayu atau pandai membawakan lakonan dalam watak drama tersebut ? Itu korang kena tengok la dalam drama Hello Mr. Perfect petang ini di TV3 pukul 6.58 . Dan ternyata... dia ini adik  Adik kepada Nur Risteena, heroin drama Playboy Itu Suami Aku . Tapi bukan sebab menumpang kefamousan kakak dia . Namun keluarga mereka mungkin menyukai atau ada bakat dalam bidang lakonan.


Biodata Nur Ruhainies Farehah watak Alya Adriana & Nurul Ain , Heroin Hello Mr. Perfect : 
Nama Penuh: Nur Ruhainies Farehah bt Zainul Ilyas

Nama Popular: Ruhainies
Umur: 23 Tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 27 Julai 1992
Pekerjaan: Pelakon, pengarah dan duta produk Ruza
Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/NurRuhainies
Instagram Rasmi Ruhainies: https://instagram.com/ruhainies7
Drama: Sofea Jane (Watak Sampingan), Hello Mr Perfect 2015 (Watak Utama Wanita)








LIRIK SORRY SORRY SAYANGKU [OST HELLO MR PERFECT ]

 LIRIK SOORRY SORRY SAYANGKU BY NOMAD [OST HELLO MR. PERFECT] || Sorry Sorry sayangku.. I Love You ..! Lebih kurang macam tu lah lirik dalam lagu yang menjadi ort drama Hello Mr. Perfect slot Akasia yang ditayangkan di TV3 ini. Lagu yang dinyanyikan oleh NOMAD dan diciptakan oleh A.Aida . Jom dengar sama-sama . 




LIRIK SORRY SORRY SAYANGKU [OST HELLO MR PERFECT ]

Penyanyi : Nomad 


Hello hello Mr Perfect
Siapakah kau? Cantikkah kau?
Perfect-kah mu untuk menjadi kekasihku
Namun ku tidak pernah mengalah
Tetap juga mahu bersama dengan aku
Akhirnya aku mula sedar
Yang aku mula menyintai mu
Tetapi disaat itu kau telah pergi

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

Sorry Sorry Sayangku,
Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku
I Hate You
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Maafkanlah aku sayang
Aku mengaku selalu curang
Selalu menyakiti hatimu
Selalu mencari salahmu
Ku tidak pernah menghargai kasih sayangmu
Namun kini segalanya telah terjawab
Baru ku tahu ku tidak boleh tanpamu
Dan sesungguhnya ku telah jatuh cinta denganmu

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

Sorry Sorry Sayangku
I Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku
I hate you
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Kembalilah padaku

SINOPSIS HELLO MR. PERFECT

SINOPSIS HELLO MR. PERFECT  || Drama Mencintaimu yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson telahpun berakhir. Kalau kalian penonton setia mesti tau la kan. Hehehe.. Sekarang ini Hello Mr. Perfect pula yang menggantikan drama Mencintaimu . Drama Helo Mr. Perfect ditayangkan setiap hari Isnin -Khamis pukul 6.58 di TV3 . Siapakah pemain dalam drama ini yang menjadi Hero dan Heroin ? Drama ini dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Muhammad Izul Islam dan pelakon baru ,Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain  Heroin dalam drama ini.  " Biar hati yang mengucap cinta " , wah macam best sahaja kan ceritanya . Jom baca sedikit sinopsis drama ini !
Sinopsis Drama Hello Mr. Perfect : | Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.


Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

© all rights reserved
made with by templateszoo