Ad

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Senyuman Palsu

Senyuman Palsu | Kadang kala kita mencintai seseorang,namun seseorang itu memilih orang lain. Namun kita hanya mampu melihat dan mendoakan kebahagiaanya dari jauh. Kita tak sanggup melihat dia bersedih. Ya.. meskipun pahit dan perit , kita memberikan hati kita kepadanya dengan harapan dia akan membalas rasa sayang kita semula. Dia menerima hati dan kasih sayang kita ! Yay.. tapi setelah dia sembuh dari kelukaan dan sedih hati itu,dia pergi meninggalkan kita dan mengejar orang yang dia sayang ,orang yang sebelum ini menghancurkan hatinya dan membuatnya bersedih. Tinggalkan kita berseorangan menahan sakit hati dan kesedihan,namun kita masih tetap gagah mengukirkan sebuah senyuman palsu. 

Cinta itu untuk memberi tanpa mengharapkan balasan . Mendoakan kebahagiaan orang yang kita sayang meskipon kebahagiaan itu bersama dengan orang lain. Sambil berkata , aku bahagia melihatmu bahagia bersamanya . 

Love Is ...


LOVE IS .. " Love is About Finding One's Real Self ,When You're Spending Your Precious Time With Your Lover,You Discover The Undiscovered Part's Of Your Life "
Kalau sedang bercinta , macam gambar diatas tu ha ..
Tiap malam bergayut dalam telephone sampai tertidur . Orang sedang hangat bercinta lah katakan .
Tapi kalau dah menikah ,takda lah sembang dalam HP sampai tertidur , kecuali yang duduk berjauhan tu . Manalah tau kan ,sebab saya pon belum menikah. Hehehe

Pabila isteri tidak lagi dipandang....




Pabila Istri Tidak Lagi Dipandang | Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renungkan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplain tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak-anak, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan layaknya seorang suami istri.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Harihari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya  tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. "

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."



Lagenda Budak Setan 3



LAGENDA BUDAK SETAN 3 | Berakhirnya sebuah lagenda cinta abadi ,apakah Kasyah akan kekal bahagia dengan kate selepas bernikah? Dan kemudian bekas suami dan rakan kerja Kasyah kate muncul kembali untuk merosakkan hubungan Kasyah dan Kate.  Filem yang menyaksikan lakonan hebat Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae telah ditayangkan di pawagam 11September lepas. 

Bagi yang tak sempat nak tengok dipawagam, jadi siang tadi baru sempat nak layan movie online " Lagenda Budak Setan 3". Almaklumlah takda geng's nak hajak tengok movie sebab cuti tak sama time ! Huhu..
Nangis, Marah , Sedih, dan Tertawa , itulah perasaan yang saya gambarkan time tengok movie tu .Hahaha..kalau kalian tak tengok lagi, harus tengok sekarang ! Rugi aihh..
Klik link dibawah :
Lagenda Budak Setan 3

Contest My Lense Story-Ulat dan Cinta


CINTA | cinta itu menerima seadanya , segala baik dan buruk pasangan kita. Mencintai bukan mencari seseorang yang sempurna ,akan tetapi seseorang yang menyempurnakan kehidupan kita  . Dan keduanya harus saling bertolak ansur satu sama lain, barulah tercipta sebuah keserasian dalam hidup.
Disebalik ulat , akan tercipta sebuah kupu-kupu yang cantik. Kenapa orang tidak menyukai ulat ? padahal sebelum menjadi kupu-kupu yang cantik , ulat lah yang berada dalam kepompong itu. Mengapa? adakah memilih dari paras dan rupa ? Ingatlah, Allah menciptakan semua yang ada didunia ini berpasangan dan bersebab. Perancangan Allah lebih indah dari yang kita fikirkan . Ulat sebelum kupu-kupu , dan begitu juga dengan manusia.. mungkin seseorang itu dia mempunyai latar belakang yang tiada berapa baik namun ingatlah , pabila Allah mengkehendaki maka dia boleh bertaubat dan menjadi lebih baik . Mungkin juga lebih baik dari kita , yang buruk datangnya dari kita dan semua yang baik datangnya dari ALLAH .

Cinta rasul dan cintai Allah , carilah jalan keredhaan. Kerna sesungguhnya cinta sang Pencipta lebih kekal dari cinta kepada manusia.

Mini Contest My Lense Story
Mini Contest My Lense Story ini dianjurkan oleh kizmyself, dengan kerjasama Pingje.Org, Blog Melayu Terkini, Media Info
© all rights reserved
made with by templateszoo