Ad

Showing posts with label cinta si wedding planner. Show all posts
Showing posts with label cinta si wedding planner. Show all posts

Biodata Elvina Cinta Si Wedding Planner

Biodata Elvina Reylv || Dayana, mesti kalian tertanya-tanya siapa sebenar Dayana ,P.A Heroin Mira Filzah dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang pernah famous sebelum ini . Lisa pun tercari-cari juga. Dayana atau nama sebenar Elvina .. cantik , comel, dan berlakonpun tak macam kayu .

Muda lagi rupanya Elvina  , lahir 25 Januari tahun 1995 , baya adik la kan.. tapi dia tinggi ,, Lisa cenonet. hahaa



 Instagram: 
https://www.instagram.com/elvinateylv25
Facebook 
https://www.facebook.com/profile.php?id=100008427169150
Twitter : 
https://twitter.com/elvinateylv25


Instagram Elvina haritu nampak macam public, sekarang dah private . Kalian pepandai la add dia.. heheh mana tahu approve .

Lirik Kekal Bahagia Ippo-Hafiz [OST CINTA SI WEDDING PLANNER ]

#CINTASIWEDDINGPLANNER , sekarang tenga trending hastag drama tu kan. Pagi tadi di Hot FM  AM KREW , tetamu spesial yang datang ialah hero and heroin drama tu ,, Adi Putra dan Mira Filzah . Sama-sama nyanyi lagu Kekal Bahagia , ippo hafiz + Adi Putra + Mira Filzah . Sokong Mira dan Adi dengan trending hastag #cintasiweddingplanner , insyaallah nanti mereka akan melangkah kedepan untuk masuk dalam layar lebar. Hehee tu yang diorang pesan pagitadi .  Jom dengar !



CINTA SI WEDDING PLANNER - Kekal Bahagia (LIVE) - Akustika AM ...
Jom layan #KekalBahagia versi akustika featuring Adi Putra & Mira Filzah. Siapa yg tgh sangkut dgn lagu ni? Jom tag diorang :P
Posted by HOT FM on Tuesday, 2 February 2016

Lirik Kekal Bahagia - Ippo Hafiz [ OST CINTA SI WEDDING PLANNER]


Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku 'kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya
Kekal bahagia selamanya

Lirik Takkan Pergi Hyper Act ( OST Cinta Si Wedding Planner )

Lirik Takkan Pergi Hyper Act ( OST Cinta Si Wedding Planner ) || Lagu ini dah release tahun lepas dan pasti kalian selalu dengar di radio , lagu dari Hyper Act ni memang pandaikan mencuri telinga si pendengar.. termasuk Lisa hehe. Lagu ini juga yang jadi OST Drama TV3 yang tayang di Slot Akasia setiap 7 petang .. mesti kalian tahu ,, yes betul ! OST Cinta si Wedding Planner. Macam biasala.. adaptasi dari novel. Sebab Lisa tak suka beli novel ,,, nti tak surprise la kan jalan cerita drama tu , walaupun bukan 100 % sama .

4 tahun bercinta tapi akhirnya tak boleh bersatu time decide nak kahwin.. huhu kesian dekat Bazli pon ada sebab tak boleh terima yang Zara tu adik kandung bazli. Dalam drama tu pelakon baru yang comel dan cantik dan dulunya seorang blogger juga .. Mira Filzah  dan pelakon-pelakon senior seperti Adi Putra.. , Senarai Pelakon Cinta si Wedding Planner  

Lirik Lagu Takkan Pergi – Hyper Act [ OST Cinta Si Wedding Planner ] 

Hari ku yang pergi hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah hilang dalam sedar
Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir

Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi


Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Kelibat cinta permain rindu kecewa
Bisikan indah khayalan ku seketika
Airmata ini mengalir ku sendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi



SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER

SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER|Macam kalian tahu kan,,sebelum ni drama Akulah Balqis dah berakhir 29 Hb Disember 2015 ,sekarang drama Tv3 slot Akasia yang baru bertajuk Cinta Si Wedding Planner ,gandingan pelakon lelaki yang dah tak asing dimata kalian Adi Putra sebagai Fariz (heroin) dan pelakon Baru Mira Filzah sebagai Zara (Heroin) . Mira dulu blogger juga tau..sama seperti Hanis Zalikha. 


CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd

Senarai Barisan Pelakon Cinta Si Wedding Planner;
Pelakon Watak
Adi Putra Fariz Adryan
Mira FilzahIzara Batrisya
Shiqin Kamal Shira/ Nadia
Fadlan Hazim Bazli
Dian P.RamleePn.Marina
Rosnah JohariMak Lang
Idris MD. DiahPak Lang
Aleza Shadan Pn.Aisyah
Airis YasminNadrah
Wan SharmilaDina
ElvinaDayana
Hanif SafuanHakimi


Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner


Drama Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.
Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.
Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.
Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner
Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz,  Zara tetap menerima pinangan tersebut.
Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.
Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.
Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.
Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?




Biodata Mira Filzah

Biodata Mira Filzah || Ingat lagi tak kalian dengan gadis cantik yang pernah viral gambarnya sebab memakai unifrom anggota  JPJ satu ketika dulu ? walhal sebenarnya itu hanya sebuah lakonan di drama Dunia Lola tahun 2010 ,, gadis cantik tu bernama Mira Filzah . Dan sekarang dia berlakon di drama TV3 Slot Akasia , Cinta Si Wedding Planner lakonannya dengan Adi Putra (HERO ) dan Mila Filzah sebagai Heroin ,ZARA

JOM ketahui lebih banyak mengenai Biodata Mira Filzah
Nama Sebenar  : Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman
Nama PopularMira Filzah
 Umur 23 Tahun (2016)
Tarikh Lahir 2 April 1993
 Asal Bangi Selangor
Kelahiran Ipoh Perak
 PendidikanPerniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam
Pekerjaan TerkiniPelakon, Pengacara, Blogger, Model
Senarai Drama :  Dahlia (2013) Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2015-2016) Lakonan TelefilemDin Sardin (2015), Abang Haji (2015), Abang Beduk (2015), Nasi Dagang Lembu Korban (2015)
  Instagram

 https://www.instagram.com/mirafilzah 

 Twitter 










© all rights reserved
made with by templateszoo