Ad

Showing posts with label akulah balqis. Show all posts
Showing posts with label akulah balqis. Show all posts

EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS

EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS || Tak terasa dah habis dah cerita Akulah Balqis, Mengenai Seorang anak yang terpaksa  berpisah denan orangtua kandung sebab kedua orang tua tu harus tinggal di pusat pemulihan dadah , Balqis pulak di asuh oleh sepasang suami istri yang dah lama berkahwin tapi tak mempunyai anak lagi . Pertemuan mereka disebabkan Mil (Nadia Brian ) , istri Adi (Nazim Othman ) yang tak sengaja langgar Balqis sampai patah kaki. Meskipun mula-mula Mil tak suka dan benci dengan Balqis.. tapi lama-lama dia sayang dan anggap seperti anak sendiri .. Agak-agak mereka nak lepaskan dan pulangkan Balqis ke Ibu  (Nabila Huda ) Bapa  , Amin (Aeril Zafreel ) orang tua kandung tak ye ? 


Untuktonton semula kalian boleh tengok di www.tonton.com.my
ATAU 
di link bawah ini. 
TONTON EPISOD AKHIR AKULAH BALQIS 

SENARAI PELAKON AKULAH BALQIS


SENARAI PELAKON AKULAH BALQIS || Setelah drama Hello MR. Perfect berakhir ,kini Akasia TV3 menayangkan Akulah Balqis . Menampilkan  adik Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda. Turut dibintangi oleh Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Aziza Kazan dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, dibawah arahan Pali Yahya. Drama ini dilihat seperti pembikinan semula telefilem Balqis yang pernah disiarkan untuk slot Festival TV3. Jangan lupa saksikan di TV3 slot Akasia setiap Isnin -Khamis setiap 7.02petang . Macam sedih je cerita ini. Huhuhu apapun tengok la sendiri baru tahu macam mana drama ini ..   

Dan berikut Senarai Pelakon AKULAH BALQIS


PELAKONWATAK
Puteri Balqis Balqis
Aeril Zafrel Yamin
Nabila Huda Seri
Nazim Othman Adi
Nadia Brian Milda
Puteri Aishah Jenny
Amai Kamarudin Zali
Nabilah Dally Cikgu Nur
Fazlina Ahmad DaudTok Ma
Balkisyh Semundur KhanJun



SINOPSIS AKULAH BALQIS 
Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?




LIRIK SEMUA TENTANG KITA [ OST AKULAH BALQIS ]

LIRIK SEMUA TENTANG KITA [ OST AKULAH BALQIS ] ||Drama TV3 yang baru slot Akasia pengganti Hello, Mr.Perfect akan ditayangkan mulai esok 18 November di TV3 setiap hari Isnin sampai Kamis pukul 7.02 petang . OST  AKULAH BALQIS untuk Lagu yang dimainkan dalam drama ini , Semua Tentang Kita yang dinyanyikan oleh ASFAN SHAH. Lagu tentang dua insan bercinta dan dalam pada masa yang sama mereka mempunyai komitmen dengan insan lain  Jom dengar !




LIRIK LAGU SEMUA TENTANG KITA [ OST AKULAH BALQIS ]

Judul Lagu : Semua Tentang Kita
Penyanyi : ASFAN SHAH 
OST AKULAH BALQIS

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana

Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada berdahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
Semua tentang kita
Semua tentang kita
Semua tentang kita
© all rights reserved
made with by templateszoo