Ad

Showing posts with label airasia. Show all posts
Showing posts with label airasia. Show all posts

T-Shirt AirAsia MAKNA Kempen Kesedaran Kanser


T-Shirt AirAsia MAKNA Kempen Kesedaran Kanser

Assalamualaikum ! Kanser , salah satu penyakit yang sampai sekarang masih belum dapat diketahui tanda-tanda awal . Pesakit biasanya akan tahu jika kanser tu dah merebak sampai stage 3 atau stage 4 . Dan wanita paling banyak terkena kanser terutamanya kanser payudara . Kakak Ipar Lisa pun salah seorang dari Cancer Survivor , tahun lepas baru je buat pembedahan untuk buang payudara . Terkejut juga sebab dia sendiri pun tak pernah tahu yang dia ada kanser . TAHUKAH ANDA ? AirAsia mengadakan kempen kesedaran terhadap kanser sejak beberapa tahun lepas. Dengan setiap pembelian T-Shirt AirAsia Makna , dana itu akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional ( MAKNA) untuk membantu pesakit kanser yang memerlukan . 

T-Shirt AirAsia MAKNA 2018 #AirAsiaMakna

AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai. T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan. 

Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

Lawati laman www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Kesemua hasil dari jualan t-shirt ini akan disalurkan terus kepada Majlis Kanser Nasional Malaysia. Kami berharap dapat membantu dan menyumbang terhadap membasmi kanser, begitu juga dalam memberikan kebajikan yang diperlukan bagi mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen #AirAsiaMAKNA. Lebih dari seratus ribu pesakit kanser yang menerima bantuan dari MAKNA dan kami berharap dapat meningkatkan lagi jumlah tersebut menerusi jumlah yang terkumpul dari kempen ini.”
Baca juga : Limited Edition AirAsia MAKNA T-Shirt 


Bagaimana Untuk Membeli T-Shirt AirAsia Makna ?


T-Shirt ini edisi terhad , jika korang nak buat pembelian , kalian boleh layari di website ini : https://makna.org.my/airasiamakna/ . Size dan ukuran semua ada dilaman itu . 

Jom bantu mereka yang memerlukan . #FIGHTFORCANCER 


Biodata Kapten Juruterbang Wanita Air Asia

Biodata Kapten Juruterbang Wanita  Air Asia | Comel orangnya , kecik perwatakannya . Dialah Noor Hafizah Mohd.Idrus , seorang waita yang telah membelah awan biru dilangit . Gadis kelahiran Taiping perak ini memutuskan berhenti dari pengajiannya  dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah melihat iklan iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut. 

Pengorbanan Noor Hafizah melepaskan pengajian di UKM berbaloi kerana kini beliau berjaya menjadi kapten. Kini dia telah mencapai impiannya membelah awan biru , dan dialah sesosok wanita yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang .wanita pertama yang bertudung dan mengendalikan pesawat Air Asia tersebut juga tidak lupa untuk menunaikan solat disepanjang penerbangannya . 

Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah, dia kini (ketika artikel asal ini ditulis) bergelar Senior First Officer, iaitu satu tahap lagi untuk meraih gelaran kapten.

Nak tahu Biodata lengkap kapten juru terbang bertudung ini ? Berikut detailnya : 

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun (2014)
Asal: Taiping Perak
Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
Ibu: Rohaya Kassim
Bapa: Mohd Idrus Abdul Hamid
Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik
Pendidikan: Kolej Tunku Kurshiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Penerbangan Malaysia
Kerjaya kini:  Senior First Officer Juruterbang Air Asia









Pesan Noor Hafizah, bagi remaja yang mempunyai cita-cita untuk bergelar juruterbang sepertinya, teruskan impian dan berusaha gigih.

“Setiap kerjaya mempunyai cabarannya sendiri dan tidak terkecuali jika menjadi juruterbang namun apa yang penting, seseorang perlu mempunyai minat mendalam dan buangkan sikap takut untuk mencuba.

“Jangan sesekali putus asa dalam berusaha mencari yang terbaik untuk hidup kerana masa depan terletak di tangan sendiri,” katanya menutup perbualan.

Sumber : Thevocket

My Air Asia Free Seats !


http://www.airasia.com/my/en/home.page

Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia , saya akan pergi ke SABAH  . Dan saya akan bawa bersama keluarga saya dan beberapa orang rakan bloggers yang rapat. Kenapa? Saya bawa keluarga saya sebab saya ingin bercuti dengan mereka, ingin  meluangkan masa untuk mereka. Kami jarang dapat luangkan masa yang berkualiti bersama, banyak masa saya habis dengan kerja dan kerja. Saya juga memilih beberapa rakan bloggers saya kerana mereka adalah blogger sepenuh masa, mereka juga merupakan travel bloggers di Malaysia.

Saya memilih sabah sebab memang dah lama teringinkan berjalan-jalan meluangkan masa dengan orang-orang tersayang . Diantara tempat yang menarik di Sabah yang ingin saya kunjungi ialah:

1. KUNDASANG 
Celyn Resort, Kundasang
Kawan-kawan selalu bercerita yang di Kundasang ni tempat dia best. Itu lah yang membuat saya teringin pergi sana . Mesti best !sebab dari bilik resort tu kita boleh nampak Gunung Kinabalu. Dengan suhu yang rendah, tak payah guna aircond dah .








2- Jesselton Point




 Jesselton Point merupakan jeti di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak tidak jauh dari Suria Sabah. Bot-bot disediakan untuk ke lima pulau berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.





                                       3.Pulau Manukan, Sabah


Ha,,, nampak tak ikan-ikan yang comel-comel tu . Bagi yang suka snorkeling , pulau manukan memang tempat yang tepat sebab air yang jernih dan kita boleh melihat ikan-ikan dan semua yang ada dalam laut .

                                                                            
                                                                       5. KAKI GUNUNG KINABALU


Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi,dan semoga hasrat untuk sampai puncak sana akan tercapa juga satu hari nanti. 











Dengan promosi  'My Air Asia Free Seats " semua orang boleh terbang kemana-mana destinasi yang orang inginkan dengan harga yang murah . Tempah tiket penerbangan anda sekarang ! bermula dari 25-31Aug 2014 . 

Untuk keterangan lebih lanjut , semak Air Asia
|| www.airasia.com || 

Atau tekan gambar berikut  
http://www.airasia.com/my/en/home.page


















© all rights reserved
made with by templateszoo