Ad

Showing posts with label Nasi Ayam Penyet. Show all posts
Showing posts with label Nasi Ayam Penyet. Show all posts

Ayam Penyet Cinta

AYAM PENYET CINTA | Seperti biasa , ayam penyet menjadi menu favorit ku. Hari ini sebelum pergi kerja, aku belilah ayam penyet di tempat biasa beli iaitu di gerai kak kartika. Sembang-sembang kosong sambil menanti menu yang aku order siap. Dan ketika dah siap, maka aku bayar lah dan kemudian beredar dengan membawa bungkusan ayam penyet tu.

Sesampai di tempat kerja, aku buka lah bungkusan nasi itu.Ada yang pelik.haha ade nuget love la pulak hari ini. Sebenarnya tadi ketika aku nak order, dia tengah makan nuget love . Lepastu dia pelawa ke aku, tapi ku tolak . Bukan apa, yelah..biarlah dia makan. Tak kan nak kacau pulak. Mesti aku dan dia memang rapat. Kira aku pelanggan dia yg tetap la..sebab hampir setiap hari aku akan singgah membeli makanan ditempat dia. Hehehe tak perasan pulak dia letak nuget tu dalam makanan aku. Rezeki..

Nasi Ayam Penyet Green Point

Nasi Ayam Penyet Green Point | Mawar jenis orang yang cerewet sikit dan memilih dalam hal pemakanan. Ada beberapa jenis makanan yang memang Mawar tak makan, contohnya ; Mee , Kari , Nasi Lemak , Nasi Ayam ,laksa , chesee.Bukan sengaja nak memilih tapi memang tak nak makan. Kalau berdegil jugak, mesti akan sakit perut,demam ,atau sakit kepala. Mawar tak makan Nasi Ayam tapi mawar makan Nasi Ayam Penyet. 

Aik? Kenapa macam tu? Sebab nasi ayam penyet ,nasi tu nasi putih. Hehe..bukan nasi ayam. Kalau nasi ayam,memang akan request untuk tukar nasi putih. Salah satu tempat makanan yang mawar suka ialah; Nasi Ayam Penyet yang berada di sebelah pasaraya Green Point . Sedap.. akak Kartika pemilik gerai tu , beradal dari Medan ,Indonesia jadi menggunakan bahan rempah yang mungkin ada resepi tersendiri. Memang sedap ! Hehe.. murah pon ya jugak. Harga ? Rm6.00 . Kalau kalian datang di Kluang, Boleh la singgah ke gerai akak Kartika tu  , Buka Setiap Kamis sampai Selasa dan bercuti dihari Rabu, buka dari pukul 9 sampai pukul 4 petang. Bertempat di Bawah Pejabat Perangkaan Malaysia dan sebelah Green Point . Jangan lupa bawa saya sekali, tapi kalian yang belanja saya eh. Hehehe.
© all rights reserved
made with by templateszoo