Ad

Showing posts with label McDonalds. Show all posts
Showing posts with label McDonalds. Show all posts

Drama ''Kau Sundaeku'' McDonald's Kukuhkan Kedudukan Sebagai Majikan Pilihan untuk Belia

Assalamualaikum! Sebut pasal Sundae terus Lisa teringat dengan aiskrim McDonald's salah satu desert yang wajid dibeli kalau singgah McD.  Aritu ternampak drama siri di Instagram Reels McDonald's bertajuk "Kau Sundaeku" , lebih kurang ada 9 episod yang menceritakan tentang pengalaman golongan muda selama bekerja di Mekdi.  Menarik juga cerita ni , Lisa tengok sampai habis !


Drama ''Kau Sundaeku'' McDonald's Kukuhkan Kedudukan Sebagai  Majikan Pilihan untuk Belia

Zaman sekarang semua dihujung jari, orang pun dah banyak luangkan masa di media sosial salah satunya instagram. Media sosial sebagai platform utama untuk berhubung dan menarik minat generasi muda. Oleh kerana itu , McDonald’s Malaysia ingin dekati golongan belia  melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Dengan menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, restoran khidmat segera terkemuka ini keluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. 

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di Mekdi. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.  Mini drama ini yang mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod berdurasi masa satu minit.


Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.

Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. 

Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s:

  • Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. 
  • Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
  • Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015.
  • Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.


McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. 

Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.

Visi McDonald’s 2026

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Jangan lupa saksikan drama siri Kau Sundaeku di Instagram Reels McDonald's Malaysia . Bagi korang yang berminat nak sertai pengalaman kerjaya bidang makanan dan minuman, boleh la cuba join sertai Mekdi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my


Kempen Derma Darah bersama McDonald's Malaysia dan Pusat Darah Negara


Kempen Derma Darah bersama McDonald's Malaysia dan Pusat Darah Negara

 Assalamualaikum ! Dah lama rasanya Lisa tak join kempen derma darah . Last dulu masa sekolah lagi la .Tahukah anda yang 1 beg darah yang kita derma boleh selamatkan 3 nyawa? Jika korang berkelayakan untuk menderma silalah derma ya sebab bank darah kita semakin lama semakin menipis bekalan darah tu . McDonald's Malaysia Blood Donation Drive , Aktiviti  Kempen Derma Darah bersama McDonald's Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara berulang untuk kali ke-6, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah .

McDonald’s Malaysia Gesa Kakitangannya dan Orang Ramai Menderma Darah

McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Aktiviti menderma darah ini terbuka kepada orang ramai.

 

“Penganjuran aktiviti menderma darah ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan. Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil. Kami sedar kepentingan adanya stok darah dan kami sangat gembira dapat melaksanakan aktiviti menderma Darah pada tahun ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia. 


Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.



Lisa berada di Pintu masuk sebelum ke kaunter pendaftaran derma darah . Awal pagi lagi jadi tak berapa ramai orang ,  hahaha teruja sungguh untuk join aktivity derma darah . Jom Lisa bawa korang berjalan untuk merasakan suasana masa berlangsungnya acara derma darah yang bertempat di Head Office McDonald’s, Level 12, Bangunan TH, Uptown 3, Damansara Utama , pada 30 June 2022 yang berlangsung bermula dari 11 pagi - 4 petang . 

PROSES MENDERMA DARAH 




Lepas memasuki pintu utama , korang kena daftar dulu ya tanda korang hadir dalam McDonald's Malaysia Blood Donation Drive . Isi nama etc etc tu dulu tanda kehadiran . 


1. ISI BORANG UNTUK DERMA DARAH .

Disini pula korang kena isikan butiran-butiran sebelum masuk ke step seterusnya .
  "Alaa... Kena isi borang lagi ke untuk derma darah?"
Untuk makluman tuan, untuk menderma darah, seseorang penderma itu perlulah memenuhi setiap syarat atau kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pendermaan itu selamat untuk kedua-dua penderma dan penerima. Jadi mengapa borang pendermaan ini perlu diisi pada setiap pendermaan? Ini adalah kerana, kelayakan kita untuk menderma darah pada masa itu bergantung pada status kesihatan, sejarah perubatan, amalan dan gaya hidup kita yang terkini/semasa serta faktor-faktor lain yang ada kalanya mungkin kelihatan remeh bagi kita.


2. TIMBANG BERAT BADAN . 
 Syarat untuk menderma darah biasanya 45kg keatas , sesiapa yang ingin menderma darah tapi berat bawah dari 45kg memang tak dapat ya . Tunggu berisi dulu baru boleh menderma , sebab takut pengsan pula nanti .Dan juga orang yang punya HB rendah tidak boleh menderma darah ya . Selain dari itu korang kena berumur 18-65 tahun sahaja , 17 tahun boleh menderma tapi kena ada kebenaran dari ibubapa /penjaga . Perlu diingat , sebelum menderma korang tak boleh makan ya  & pendermaan terakhir 3 bulan sebelumnya . 


3. CHECK JENIS DARAH


Di Bahagian ini pula , darah kalian akan di ambil untuk check sama ada layak menderma darah atau tidak , dan jenis golongan darah apa yang korang miliki. Ingat ya , jika korang mempunyai penyakit jangan menderma sebab ianya boleh menjangkiti orang lain . 


4. Re-confirm balik semua data tentang tiada penyakit lain yang merbahaya dan juga  pastikan tidak melakukan sebarang hubungan kelamin dengan pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh kurang dari setahun .
 


Check tekanan darah ,seterusnya jumpa doktor untuk diambil tekanan darah. Minimum bacaan mesti sekurangnya 100/70 mm Hg.  history sakit dan semuanya pastikan betul betul sihat baru menderma sebab jangan lepas derma nanti pengsan pula sebab kesihatan drop . 



5. Dah lulus semua, tiba masa untuk derma darah.
Tiba masa untuk menderma darah , darah akan diambil ada beg besar beg kecil dan akan ada petugas kesihatan disini korang ikut je la arahan yang diberikan . Kena baring dan wat rilek lepas tu tangan menge-pam bagi darah tu keluar . Boleh tahan laju juga untuk proses ni . 




Boleh pilih nak tangan kanan atau kiri. Sebelum cucuk misi akan bagi bola untuk genggam untuk melancarkan aliran darah dan senang untuk cari urat. 


Biasanya untuk penuhkan beg darah itu ambil masa dalam 10-15 minit dan misi akan suruh kita rehat dalam 10-15 minit lagi.












Selepas menderma darah , korang akan dapat goodies bag berisi biskut , susu dan roti yang diberikan . Selain itu  korang boleh reedem makanan guna baucar yang diberikan . .Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir . 








McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selaras dengan seruan kerajaan untuk lebih banyak darah didermakan untuk menambah stok dalam tabung darah negara kita.  Mendermalah dari sekarang sebab mungkin ramai yang kat luar sana amat memerlukan darah kita yang cukup berharga ni tuk meneruskan hidup. Ni pun kira amal jariah la jugak kan.. 







REVIEW AYAM GORENG McD Ekstra Pedas 3X

REVIEW AYAM GORENG McD Ekstra Pedas 3X

Assalamualaikum ! Baru ni ternampak iklan McD , menu terbaru Ayam goreng McD EKSTRA PEDAS 3X . Makanan yang pedas-pedas ni la yang terasa nak cuba ni har.. hihi betul-betul pedas atau hanya gimik semata jer? Tengok review dan komen ramai pula yang cakap pedas sampai keluar masuk tandas . So kali ni Lisa nak cuba sendiri lah menu terbaru dari McDonalds ni .  



Ayam goreng McD EKSTRA PEDAS 3X

McD dah bagi amaran ye , Makan atas risiko sendiri.. berani makan berani tanggung akibatnya . Lisa beli time pagi , baru tak ramai orang... dan stok ayam masih banyak . Lisa order lah  Ayam goreng McD EKSTRA PEDAS 3X , set yang 2 ketul ayam + fries + air tukar lemon tea. Harga dalam Rm12. ++ gitu . Merah sungguh time baru buka kotak tu , bau harum semerbak hihi... Bismillah , jangan lupa baca doa ye sebelum makan . 



Bermula makan dari kulit ayam dulu , rangup disetiap gigitan !  satu gigitan ok lagi.. masuk gigitan kali ke 3 dah mula terasa pedasnya . Fuh... ! tapi tahap kepedasan tu 3.5 /5 bandingkan dengan Samyang Korea tu . Dah makan kulit.. cuba makan isi ayam pula.., rasa juici dan  pedas juga weih . Ingatkan hanya kulit je ... tapi kepedasan tu kurang sikit dari kulit tadi .  Makan selang seli dengan minum air la... dan alhamdulillah habis juga akhirnya . 


REVIEW LISA : 

Rasa pedas menu AYAM GORENG McD Ekstra Pedas 3X , Lisa bagi 4 bintang untuk Lisa yang memang makan pedas. Rasa isi ayam yang juici dan lembut , kulit ayam goreng yang rangup .. sedap ! Dan cubalah.. tapi bagi yang tak tahan pedas tu harap berkongsi dengan insan tersayang baik kawan atau family gitu supaya tak membazir . 

Lepas dua jam makan , perut rasa senak ., rasa macam kena tendang. Dan hampir 4 kali masuk dalam tandas juga la.. bukan cirit birit , perut tak pedih  .. just membuang tu boleh tahan banyak kali juga la .  Jadi jika korang bukan penggemar pedas, jangan paksa habiskan makanan ya . :D 


Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?


Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken


Hye... ! Assalamualaikum ..lama tak share entri makan-makan . Dulu Lisa pernah kongsikan Spicy Burger Korea McD , sekarang  kita try menu yang lain pula . Korang dah try tak menu baru Burger Mcd , " Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin Chicken" ? Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ? Ada yang cakap pedas , ada yang cakap rasa dia standart je . So kena la cuba sendiri baru tahu , pedas ke tak .. hehee. Minggu lepas Lisa baru berkesempatan makan dan rasa sendiri burger Spicy Chicken McDeluxe. Nak tau juga la berapa rate kepedasan , sampai ada challenge yang makan Burger ni tanpa minum air .

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

Ada 2 Menu yang boleh korang coba , sama ada nak ambil yang Spicy Chicken McDeluxe atau Double Spicy Chicken McDeluxe . Untuk Lisa , cukup yang biasa-biasa je .. sebab takut nanti tak habis pula. Lagipun bukannya Lisa boleh makan ayam sangat ! Uhh... makan ni pun tak habis. Suruh kawan habiskan ...hihihi. 

Satu set Spicy Chicken McDeluxe , ada Burger  , Fries , air coke , sebabkan Lisa tak minum air ber-gas .. Lisa tukar dengan Mc Coffee Cappuccino . Orang cakap sedap, Lisa nak cuba juga. 



Spicy Chicken McDeluxe , Ya.. burger ni ada ayam , sayur , mayonese , dan roti bun . Takde timun , hihii.. takde letak cili powder. Lebih kepada rasa dekat daging tu 



 So simple , am i right ? kosong dan kecil sahaja bukan ... 


Gigitan pertama , rasa pedas juga ... tapi kurang umph... korang nak pedas kena tambah cili sos tu baru terkeluar rasa pedas tu . Tapi takde la pedas sangat macam ayam McD yang spicy tu , tu memang betul-betul pedas. Lisa pun tak boleh tahan . Gigitan ketiga dah tak rasa pedas tu , yang rasa masin ayam tu jek . Hahaha... adeh . Tapi ini komen dari Lisa yang memang makan pedas la , korang yang tak biasa makan pedas ... jangan pula terus tuang sos cili pada gigitan pertama . Kang sakit perut ,Lisa tak tanggung jawap tau . 

APAKATA LISA Tentang  Spicy Chicken McDeluxe Pedas  ? 
Review Lisa lepas makan ni , rasa burger Spicy Chicken McDeluxe Pedas  tak berapa spicy ( rate 3/5 star )  . Rasa Burger tu sedap juga tapi tak habis la ,, sebab rasa  banyak pula. Makin lama makin rasa masin  ayam tu , roti tu sedap . Sayur banyak ,, i like it . Lisa rasa kena tambah timun la baru sedap . keseluruhan Lisa baru 3.5 /5 bintang .  

Pendapat ini atas lidah Lisa ye , masing-masing orang ada taste sendiri kan ..Jadi kena try baru tau pedas ke tidak . 




Durian McFlurry Malaysia , sedap tak ?


Durian McFlurry McDonals Malaysia , sedap tak ? 

Bulan Julai lepas McDonalds Malaysia keluarkan menu burger Korea , yang terbaru pula McFlurry Durian  yang keluar secara rasminya pada 24 Ogos 2017 . Agaknya durian mcFlurry sedap tak eh ? Beratur sampai panjang oih ketika hari pertama launch menu ni . Adeh.. yala.. mesti semua nak jadi yang pertama rasa . Ada yang cakap sedap , ada yang cakap tak sedap .. macam mana tu ? so Lisa try la beli dan rasa sendiri ., dan rasanya sedap bak kata Lisa. 


McFlurry Durian Sedap ! 

Lain orang lain taste , bagi Lisa rasa McFlurry durian ini sedap . Macam makan durian yang di blend dan campur aiskrim , sedap-sedap gitu ada rasa durian terselit kat gigi . hehehe.. rasa manis . Dengar cerita durian dalam McFlurry ni adalah  durian gred D24 , tengok kat banner la . Tapi memang betul rasa durian tu je . Ada yang cakap tak sedap ? Boss cakap la,, kalau nak makan mcd yang sedap..pilih tempat yang francais besar , kalau kecil ni agak kurang sedap makanannya . Kawan ada juga cuba makan di francais besar tapi rasa tawar , mybe sebab ramai orang nak beli tu yang dia kurangkan resepi durian tu hahaha. Entah ler.. Lisa beli sedap dan banyak durian tu . Lisa beli pun dah 3 hari selepas keluar menu ini , 3 hari pertama selalu SOLD OUT .. ramai gak yang beli rupanya 

Boleh tahan mahal la juga harga untuk secawan McFlurry Durian ni berbanding dengan Mcflurry biasanya . RM 7.99 ala senang cakap rm8.00 . Kalau takut dapat tak sedap , boleh la tong tong beli mcFLurry ni , kalau rasa sedap .. beli lagi , kalau tak sedap..takdela kan membazir duit .

Lisa bagi  4/5 bintang untuk rasa McFLurry durian ni . Tahap kemanisan 5/5 , rasa durian 4/5 . 




Korang dah try ? Sayangnya dengar cita dah habis duration ni .. 29 Ogos lepas dah diumumkan dah SOLD OUT dan akan kembali lagi 2018 nanti . tapi ada kawan yang masih dapat beli mcFlurry ni .. mana satu yang betul ni ?hihi 




Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ?

Spicy Korean Burger McDonald's

Korang pernah dengar nama ramen korea yang pedas meletop tu ?  alaa... yang pernah viral beberapa bulan dulu.. McD pula ada menu baru iaitu Spicy Korean Burger McDonald's  ,.. rasa sama pedas dengan maggi ramen tu ke ? tengok iklan macam gempak je .. sampai menangis-nangis sebab pedas. So malam tadi Lisa cuba juga ler... agak-agak sedap tak spicy korean burger mcdonalds tu ?


Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ? 

Spicy Korean Burger McDonald's ,  dari bentuk pun dah lain.. roti warna hitam , limpahan keju , dilengkapi dengan daging burger marvelous .... ehh macam iklan pulak .. Nampak menyelerakan kalau tengok gambar atas ni , rasa macam mana pulak ? Ada yang komen memang pedas , ada yang cakap sedap.. dan ada yang cakap kurang sedap. So kena try sendiri la  baru tahu rasa ni ha .. 



Harga Satu set Spicy Korean Burger ni RM15.++ , berisi  : Air Fanta + McDonalds spicy korean burger + kentang chips . Air Fanta , rasa fanta ler.. tak kan kopi pulak , Ye dak ? Lisa tak minum minuman yang bergas .. so macam biasa la akan tukar ke Lemon tea . Anyway.. dari set ni , yang paling Lisa suka ialah kentang . Kentang ni sedap beb... kriuk kriuk .. tak cepat masuk angin ... Bentuk menarik , rasa pun sedap.. Lisa bagi 5/5 bintang ! 



Bagaimana dengan rasa burger pulak ? Roti lembut tak seperti roti yang biasanya yang agak sedikit melekat , yang ni dia lembut ... kaler hitam sebab dibuat dari arang kot .. hehehe gurau jek la. Tapi mesti korang terfikir gak kan ..macam mana roti tu warna hitam ? Hek ele.. tak kan tak tahu..dah namapun roti.. mesti dah dicampur dengan pewarna .. itupun tak tau ke?? ehh ehh hahaha..  OK Cheeze dia memang melimpah weih.. siap meleleh leleh. Fuh.. penggemar cheeze memang suka ni .. Tahap pedas tu takde la pedas sangat , standart je ...
RATING LISA
  • Roti : 5/5 
  • Cheeze : 5/5 
  • Daging : 4/5 
  • Rasa burger : 3/5  

KOMEN LISA: 

Rasa Spicy Korean Burger McDonalds ni tak berapa sedap , takde la pedas mana pun macam iklan di TV tu . Bandingkan dengan McDeluxe lagi pedas yang Mcdeluxe .. sebab tu Lisa bagi rating 3/5 je. Lisa takleh makan habis semua burger tu .. huhu.. takleh nak masuk tekak . Tekak setiap orang lain-lain.. so komen ni pendapat pribadi aku la memandangkan tak suka cheeze dan penggemar pedas ,, boleh komen tang pedas tu je . Tak pedas sangat , dan rasa tu dah mati sebab tertutup oleh rasa cheeze .  Spicy McDeluxe tetap jadi pilihan !! Untuk kentang chips tu Lisa leh makan habis... sedap weih .. hihi

Mungkin bagi korang sedap.. so kena try sendiri la.. tekak orang kan asing-asing.. selera pun tak sma . 


McFlurry Green Tea Tak Sedap !

Hebat sungguh kan iklan Ayam Goreng McD ni , viral seh sampai selalu SOLD OUT kalau nak beli. Pernah nampak orang beratur sebab nak beli ayam tu . Lisa pula memang dah makan ayam goreng since belum viral lagi , memang kaw pedas giler seh spicy ayam goreng Mc Donalds . Tapi dengar cerita ayam goreng sekarang tak spicy mana pun dari sebelum ini,,, entah la..tak try yang spicy lagi . Kalau yang original dah try , boleh tahan pedas jugak la . Ehh cerita pasal ayam pula.. 


McFlurry Green Tea Tak Sedap ! 

Lisa penggemar green tea , sedap beb.. dari starbuck , FnF Grean tea , semua makanan dan minuman yang ada green tea memang Lisa suka . Baru-baru ni McD keluarkan aiskrim McFlurry perisa Green Tea ., dan Lisa try la beli , dah namapun hantu green tea . Tapi.. rasa menyesal pula sebab beli , last-last Lisa buang sebab rasa mcFlurry Green Tea tak sedap !! Huh.. rasa makan serbuk green tea, pahit weih !

I think more better if kurangkan serbuk green tea tu , McFlurry Milo ball lagi sedap . Huh...

Francais McD di Malaysia sekarang dah bertukar tangan kepada Arab .
© all rights reserved
made with by templateszoo