Ad

Showing posts with label Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Show all posts
Showing posts with label Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Show all posts

Biodata Nabila Razali


 Nabila Razali , agak asing ditelinga Lisa , sebab tak layan sangat Akademi Fantasia . Single pertama Katakan Saja pernah menjadi juara di Suria.fm selama 10 minggu berturut-turut, wah.. hebat noh. Nabila Razali baru pertama kali berlakon dan jadi Waffeen wardah awalludin heroin di drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati , no wonder la Lisa tak berapa kenal.. hihi... Nak tahu lebih detail tentang biodata Nabila razali atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali ini , jom baca . 

Biodata Nabila Razali.



Nama Penuh: Nur Nabila binti Mohd Razali
Nama Panggilan: Nabila Razali
Umur: 25 (2017)
Penglibatan: Akademi Fantasia 2013
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon
Lagu Single: Katakan Saja dan Cemburu
Laman Sosial:
Twitter: https://twitter.com/bellarazali
Instagram: https://www.instagram.com/nabila.razali/



Comey orangnya .. hehe korang dah tengok dia berlakon belum ? Any pape komen tak ? 

Senarai Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati

 Wah ada Drama baru  , drama adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi . Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Razali. Agak baru juga la nama nabila tu di telinga Lisa . Yang penting ada Aliff Sattar , lama tak tengok dia berlakon , last pun Lisa tengok yang drama Dia Semanis Honey tu ... Oh ya Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini dah start bersiaran dari 24 April, korang boleh tonton setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD 135. Antara senarai pelakon yang memeriahkan drama ini : Alif Satar, Nabila Razali, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Aien Zahalan, Syafiq M. Nazri, Rykarl Iskandar, Yaya Zahir, Aneesa Sofea, Naseem Hafiy, Nur Iman Elweena, Zila Bakarin, Ruminah Sidek


Senarai Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Nah dibawah ini adalah pelakon-pelakon yang ada dalam drama hikayat cinta si pematah hati , mesti korang kenal ...



PELAKON WATAK
Alif Satar Rayyan Rayqarl
Nur Nabila Mohd Razali Wafeen Wardah Awaluddin
Hafreez Adam Daniel Elhan
Nadiyah Shahab Tengku Zarynn
Yaya Zahir Valqis Aulia
Syafiq M. Nazri Uwais
Aien Zahalan Hanna
Rykarl Iskandar Firdaus
Zila Bakarin Datin Ann

SINOPSIS HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI

Wafeen Wardah mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl.

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya.

Sementara itu, Daniel dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.


GAMBAR PELAKON




© all rights reserved
made with by templateszoo