Ad

Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts

Lazada 11.11 Online Revolution: Shop The Universe

Lazada 11.11 Online Revolution: Shop The Universe


Assalamualaikum ! Hai korang... tinggal 2 hari lagi debaran untuk tunggu SALE gila gila 11.11 . Banyak jenama dan tempat shopping yang bagi sale gila-gila . Biasanya akan berlaku dari pada hujung tahun . Kalau bertuah la kan boleh dapat harga yang murah teramat sangat weih . Seperti tahun lepas , Lisa tak nak ketinggalan dengan JUALAN HEBAT LAZADA ONLINE REVOLUTION  : SHOP THE UNIVERSE yang bermula dari 11.11 sampailah 14.12 nanti . Apa la ye barangan yang Lisa nak beli kali ini.

Barangan yang pertama kali beli secara online


Ada sesetengah orang ni takut kalau beli barangan online. Takut tak dapat barang , takut kuantiti tak elok , dan ada yang takut kena skem la katanya . Lazada ? Beli barang online ? boleh dipercaya ke ? ... Ha.. tau dah , mesti soalan tu akan bermain di fikiran korang . Jangan risau , Lisa dah beberapa kali beli dari Lazada , dan semua selamat sampai tangan . Barangan pertama yang Lisa beli secara online , Urm... agak lupa-lupa ingat sebenarnya , iyala.. dah banyak kali beli barang secara online , mana nak ingat kan . Rasanya kalau tak silap... Lisa beli Filter lense untuk DSLR Canon 60D . Kualiti OK , harga pun murah . Pastu penghantaran cepat ... membeli belah dalam talian ? WHY NOT...


Jenis produk mana yang Lisa lebih suka membeli dalam talian?


Bercakap tentang beli produk secara online , biasanya Lisa akan beli barangan untuk DSLR atau kamera seperti lense ,backdrop untuk photoshoot  , pastu Makeup , Skincare , dan yang terkakhir Lisa beli haritu ialah Korset. Hahaha...murah berbanding beli dengan seller IGSHop weih . Kenapa nak belanjakan lebih kalau dapat yang lebih berbaloi ,, ye tak ? zaman sekarang ni kena bijak berjimat, tidak nanti habis la gaji kita wakk. 

Apa Yang Lisa Suka Online Shopping ? 


Sekarang ni zaman serba canggih dan moden , semuanya boleh dihujung jari je . Yang Lisa suka dengan Online Shopping ini diantaranya sebab 
  • Jimatkan masa dan tenaga , Tak perlu susah nak bersesak dengan ramai orang .
  • Kualiti elok , iyelah barang sama mana tak eloknya .. bukan beli barang fake , 
  • Tak perlu berpanas dan tempuh jem . 
  • Jimat duit .
  • Lebih banyak diskaun 
  • Boleh bandingkan kedai A dengan Kedai B 
  • Banyak Pilihan 
dan banyak lagi la... nk list kan takut sampai esok tak habis baca nanti . hihihi. 

Produk Yang Nak Lisa Beli Semasa Online Revolution Sale 


Dari tahun lepas lagi Lisa nak beli  Sony E 35mm f1.8 OSS SEL35F18 Mirrorless Lens untuk my beloved  mirrorless Sony a5100 . Tahun lepas nampak ada SALE tapi tula duit takdak lagi. Harap tahun ini dapat beli dengan harga diskaun kaw kaw. Ni belum sale je dah nampak diskaun -26% mana tau nanti dapat potongan harga 50-70% ... wuih.. terus shopping Lisa . 





Senang la nanti Lisa keje sebagai bloger kan , boleh snap gambar makanan, gambar review , bawa pergi berjalan , event . Nampak tak disitu banyak kegunaan dia . Bukan saja-saja nak beli . 






So apa tunggu lagi.. Jom la ramai-ramai serbu Lazada , setahun sekali je Online Revolution dengan diskaun gila-gila seperti ini. Save the Date JUALAN HEBAT LAZADA ONLINE REVOLUTION  : SHOP THE UNIVERSE  bermula dari 11.11 sampai 12.14 2017. Jangan Ketinggalan !


Perasaan Jika Kamera DSLR Jatuh ?

Bulan lepas dipenuhi dengan hal-hal yang buatku happy je , tapi bulan ni macam bulan penuh kesedihan je . Musibah yang tak pernah Lisa bayangkan sebelum ini , DSLR  jatuh terhentak 3 kali. Atas jalan tar pulak tu .. berkecai hati beb ! nak nangis pun ada , buat-buat hati sado je la sebab depan bebudak. Arghh sudah ... tahun ni baru tak nak berazam shopping macam-macam , nampak gayanya kena kuarkan duit tabung juga ni .


Apa Perasaan Jika DSLR Jatuh ? 

Alkisahnya , Lisa turun dari kereta dan bawa 3 beg isi kasut , baju dan beg barang review . Lisa lupa.. dalam beg barang review tu ada kamera sekali . Kaut la tali yang beg kasut dan beg baju , lepas tu tutup pintu kereta dan jalan. Time tutup pintu kereta la beg review tu dengan kamera sekali... jatuh atas jalan tar. FUhhh.. terhentak 3kali . Dalam kepala ni alamak... macam mana la dengan kamera aku ? lens pecah ke ? longgar ke ? patah ? oh tidakkkk ! 



Sampai bilik , cuba keluarkan kamera tu . Nasib baik yang pecah ni filter lens jek yang lain semua elok . Lens pun tak longgar , body DSLR pun tak calar , lain-lain semua cun je . Tak jadi nangis .. hahaha. 



Pengajaran semalam , nampak gayanya kena beli beg untuk my BF DSLR ni la. Seram sejuk je rasa time dengar bunyi jatuh tu masih terdengar dalam telinga . Nasib la filter ni tak mahal mana .,  dah beli yang baru. Harap lusa dah sampai la .. takut jadi mcm tu lagi . Walaupun ada lens lain , tapi kena jaga juga yang 50mm ni , hahaha. saya sayang disetiap inch BF saya . EH.. jangan salah paham pula.. BF Lisa tu atas tu ha.. DSLR . hahaha... 

© all rights reserved
made with by templateszoo