Ad

Showing posts with label DIA ISTERI LUAR BIASA. Show all posts
Showing posts with label DIA ISTERI LUAR BIASA. Show all posts

Episod Akhir Drama DIA ISTERI LUAR BIASA


Episod Akhir Drama DIA ISTERI LUAR BIASA | Rasa macam baru semalam drama ini ditayangkan dalam TV3, namun hari ini dah sampai ke penghujung episod drama ini.  " Dia.. Isteri Luar Biasa "  , Ditayangkan setiap Isnin sehingga Kamis setiap pukul 6.59 petang di Slot Akasia TV3 . Menggandingkan pelakon antara Syukri Yahaya sebagai Raden Amzar dan Fathia Latiff sebagai Dewi Yusra. 

Berbagai masalah muncul dalam kehidupan rumah tangga Dewi yusra dan Raden Amzar , namun dengan kesabaran dan ketabahan mereka berdua.. akhirnya mereka mampu menghadapi satu demi satu masalah yang telah muncul . Dulu Kak Long Zaharah ( Elizzad sharifuddin ) begitu membenci Dewi .. Namun setelah apa yang berlaku dalam rumah tangga kak Long , akhirnya kak Long Zaharah sedar yang Dewi tak buruk seperti yang dia sangka selama ini. Dan akhirnya mereka berbaik . 

Bagaimana akhir kesudahan drama ini ? Jangan lupa saksikan dan Tonton EPISOD AKHIR DRAMA  DIA ISTERI LUAR BIASA ,petang ini dalam pukul 6.59 di TV3 . DAP DIP DUP.. aish .. Fathia dan abg Shahriman akan bercerai dan rujuk kepada kak Long Zaharah ? 



link akan dikemas kini setelah tayangan selesai 



DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA TV3

 DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA TV3 | Setelah slot akasia sebelum ini Hati Perempuan Berakhir minggu lepas , kini TV3 Slot akasia menyajikan drama baru yang juga merupakan diadaptasi dari novel Umie Nadzimah yang bertajuk DIA ISTERI LUAR BIASA ditayangkan setiap Isnin- Kamis pukul 6.55 Petang . . Dilakokan dengan barisan pelakon yang memang tak asing lagi diantaranya Nur Fathia , Shukri Yahaya ( Hero dalam Asam pedas untuk dia ) , Elizad Sharifudin dan ramai lagi barisan artis yang memeriahkan drama ini. Yay dapat tengok semula Elizad Sharifudin dan jufa Shukri Yahaya .

WATAK PELAKON DIA ISTERI LUAR BIASA 
Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah Sebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA :

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?
Tak sabarnya tengok petang ini . Jom sama-sama tengok :D .Agak-agak sama tak ye  seperti dalam Novel , atau drama ini lebih nampak menarik dengan lakonan artis-artis yang kalian minat ? 

Lirik Lagu Potret by Akim The Majistret [ OST DIA ISTERI LUAR BIASA]

 Lirik Lagu Potret – Akim The Majistret [ OST DIA ISTERI LUAR BIASA] | Slot akasia di TV3 yang akan ditayangkan hari ini 18 May 2015 pukul 6.55 bertajuk DIA ISTERI LUAR BIASA , lakonan Shukri Yahaya dan digandingkan dengan Nur Fathia. Lagu bertajuk POTRET yang dinyanyikan AKIM and  THE MAJISTRET . Jom  dengar dan baca lirik lagu yang diputarkan dalam OST DIA ISTERI LUAR BIASA

Lirik Lagu Potret by Akim & The Majistret


 Lirik Lagu : Potret
Artis : Akim and The Majistret
Album : Single (2015)

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi


© all rights reserved
made with by templateszoo