Ad

Showing posts with label BK Network. Show all posts
Showing posts with label BK Network. Show all posts

Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing Asli - SUKA

Assalamualaikum , bayi yang baru lahir kebanyakannya akan kena jaundice (kuning), korang bakal ibu boleh berjaga-jaga awal tau. Masa Lisa syarat mengandung aritu ada kawan bagi tips cara untuk cepat turun kuning salah satunya dengan amalkan minum susu kambing 2 minggu sebelum melahirkan. Lisa cuba juga Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing Asli - SUKA.

Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing Asli 100% - SUKA

Jaundis boleh dielakkan dengan mencuba beberapa petua hilangkan kuning bayi seperti perkongsian di bawah. Masalah demam kuning adalah perkara biasa terjadi kepada bayi baru lahir. Cara paling senang nak hilangkan kuning bayi dengan minum susu kambing asli , boleh try SUKA ni . Sebab nak cari dedaunan or susu kambing fresh memang susah ya kat sini. 
  •  Asam jawa & daun kucai 
Ambil segenggam asam jawa, ramas dan tapis. Kemudian, ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus dan tapis. Campurkan kedua bahan dan tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal.Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.
  • Air daun inai
Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersebut setiap pagi.
  • Petua hilangkan kuning bayi – air ginseng 
Air ginseng boleh dibeli di kedai ubat tradisional cina dan mandikan bayi menggunakan air tersebut.
  •  Air rebusan pokok dukung anak 
Ambil secekak pokok daun anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam dan mandikan bayi menggunakan air rebusan tersebut.

  • MINUM SUSU KAMBING 
Petua Hilangkan Kuning Bayi dengan Susu Kambing yang ini memang boleh dicuba seawal 2 minggu sebelum bersalin lagi . Selain dari untuk cepat turunkan kuning bayi , juga boleh jadikan untuk booster susu ibu jadi nanti semasa dah bersalin susu melimpah ruah . Nak cari susu kambing yang fresh kat tempat Lisa memang agak susah , jadi yang senang beli je SUKA ni di shopee BKNETWORK. Senang tak perlu mencari-cari dah . 

SUKA- Susu Kambing 100% Tulen dan Tanpa Pengawet . 

Serbuk susu kambing ini adalah 100% tulen dan organik. Ia dihasilkan melalui kaedah "spray-dried" untuk menjadikan susu kambing segar kepada 100% serbuk susu tulen. Bahan mentah susu ini diimport daripada Belanda. Ada dua perisa iaitu Original Dan Cokelat. Lisa suka sebab Original Susu kambing asli tanpa sebarang pengawet. 
  • 💯 Fresh Goat Milk Powder
  • 💯 Pemprosesan "Spray Dried" Sahaja
  • 💯 TIADA Sebarang Pengawet Tambahan
  • 💯 TIADA Sebarang Perisa Tambahan
  • 💯 TIADA Sebarang Pemanis Tambahan
  • 💯 TIADA Sebarang Krimer Tambahan
  • 💯 Menggunakan Susu Kambing Baka Saanen
  • 💯 Imported From Holland
  • 💯 Lactose Friendly

KEBAIKAN SUSU KAMBING ASLI

  • ✅ Merupakan sumber susu terbaik selepas susu ibu
  • ✅ Membantu menguatkan tulang anda (sumber kalsium baik)
  • ✅ Membantu membaiki sistem metabolik dalam tubuh
  • ✅ Sumber magnesium yang tinggi
  • ✅ Baik untuk kesihatan jantung tubuh anda
  • ✅ Membantu meningkatkan imuniti tubuh
  • ✅ Membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh
  • ✅ Menyelesaikan masalah kulit yang kronik
  • ✅ Meningkatkan kesihatan otak anda
  • ✅ Membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh
  • ✅ Membantu menghindari tubuh daripada anemia
  • ✅ Menyihatkan dan menguatkan rambut anda
  • ✅ Lebih baik berbanding susu lembu
  • ✅ Boleh diminum oleh mereka yang alah susu
  • ✅ Sangat mudah dihadam
  • ✅ Memberi tenaga 
  • ✅ Lactose friendly

 CARA-CARA PENGAMBILAN:

  1. Untuk dewasa. Ambil 2 scoop (20gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam segelas air. Boleh diambil bersama gula perang atau stevia atau madu asli. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat.
  2. Untuk kanak-kanak. Ambil 1 scoop (10gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam setengah gelas sahaja. Boleh diambil bersama gula perang atau stevia atau madu asli. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat. Cadangan usia, 2 tahun ke atas sahaja.
  3. Untuk menguatkan ingatan. Boleh campurkan 3 helai saffron ke dalam setiap segelas susu kambing yang anda bancuh. Biarkan saffron larut sekurang-kurangnya 5 minit atau sehingga warna susu bertukar kekuning dan kemerahan. Baru diminum setelah airnya sejuk dan berubah warna menjadi kuning / merah.
  4. Boleh juga dibancuh untuk kegunaan haiwan peliharaan anda mengikut dos yang disarankan veterinar.
✨CARA PENYIMPANAN: 
Simpan di dalam bekas kedap udara. Simpan pada suhu bilik. Tidak perlu masuk ke dalam peti sejuk. Elakkan daripada terkena cahaya matahari atau suhu panas. Jauhkan daripada kanak-kanak.



DIMANA NAK BELI ? 

Untuk pembelian SUKA korang boleh terus ke shopee BK Network . Harga RM39 je untuk Semenanjung dan Sabah Serawak RM49.



LINK PEMBELIAN 


REVIEW LISA 

Lisa sempat minum selepas bersalin dan balik rumah , anak kena tahan Wad NICU aritu sebab G6PD dan hari kedua kuning tinggi. Lisa gagah juga pergi balik hospital bagi susu badan, dan akhirnya lepas 3 4 hari boleh balik dah . Walaupun prolong jaundice tapi masih di paras yang normal dan tak perlu ke NICU dah selepas 14hari tu . Selain itu, lepas bersalin je haritu sempat la juga menyusukan anak 24jam , susu badan pon melimpah ruah walaupun beranak anak sulung. Ha.. lagi satu, semasa puasa ni memang masa sahur Lisa amalkan minum segelas jadi boleh berpuasa sepanjang hari sambil menyusukan anak . 

Walau bagaimanapun, sekiranya kuning si manja anda semakin teruk, segera dapatkan nasihat dan rawatan pakar. Jangan biarkan.

Semoga bermanfaat!






 

Oxymel Khal In-Sanivir Alternatif Legakan Batuk

Oxymel Khal In-Sanivir Alternatif Legakan Batuk Semasa Mengandung

Cuaca yang tidak menentu sekarang ini memang salah satu punca mudah terserang penyakit salah satunya demam , batuk dan selsema .  Baru-baru ni Lisa batuk hampir dekat sebulan , semasa mengandung pula tu . Memang tersiksa sampai terkencing kalau batuk tu kita pula tak boleh nak ambil ubat batuk . Biasa cara semulajadi untuk legakan batuk dengan campuran madu + pudina, tapi nak buat tu leceh dan malas! haha.Sekarang ada cara yang senang Lisa minum Oxymel Khal In-Sanivir alternatif legakan batuk semasa mengandung,  beli dekat BK Network aritu. 


Apa itu Oxymel Khal In-Sanivir? 

Oxymel Khal In-Sanivir merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dahulu kala. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sãnivir adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang demam, selesema, batuk, pening dan seangkatan dengannya. Ia juga dapat mengurangkan mukus dan kahak di rongga udara. 

Ketiga-tiga ramuan digabungkan untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan. Ni bukan cuka biasa, tapi cuka sesuai diminum untuk melegakan tekak. Rasa Oxymel Khal In-Sãnivir, rasanya sedap dan berangin, dan teksturnya tak terlalu pekat. Rasanya berangin sebab ada ekstrak pudina dalam Oxymel Khal In-Sanivir ini. 



Bahan-bahan dalam Oxymel Khal In-Sãnivir

  • Cuka kurma ajwa
  • Madu Hutan Tropika
  • Ekstrak Daun Pudina
  • Ekstrak Rumpai Laut
Yang best dari Oxymel Khal in-sanivir ni tiada bahan campuran lain, tiada bahan pengawet, perisa, pewarna tiruan dan ramuannya hebat, jadi selamat juga digunakan untuk ibu mengandung ataupun kanak-kanak juga. Diperbuat dari bahan semua semulajadi yang masing-masing mempunyai kebaikan tersendiri. Siap dah dalam satu botol ada semua bahan ni, tinggal minum sahaja. 


Keistimewaan OXYMEL KHAL InSanivir

  • 100% HALAL dan diyakini suci lagi bersih
  • 100% Buatan tangan
  • 100% Perapan sendiri
  • 100% Tiada Bahan Kimia
  • 100% Tanpa Bahan Pengawet
  • 100% Tanpa Sebarang Gula
  • 100% Tanpa Sebarang Perisa
  • 100% Tanpa Sebarang Pewarna


KEBAIKAN CUKA KURMA PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir

  • Sangat bagus untuk kesembuhan selesema, batuk, demam
  • Meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu
  • Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya
  • Meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
  • Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
  • Bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan common flu
  • Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema
  • Membuang angin dalam badan
  • Badan akan mudah sendawa dan membuang angin

Cara minum Pati Oxymel  Khal In-Sãnivir


Sila goncang dahulu sebelum minum. 

Dewasa 
- 1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

Kanak-kanak
- Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.
- 1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.



Cara Penyimpanan

Pati Oxymel Khal In-Sãnivir boleh disimpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais. Produk ini sesuai untuk para preppers. 
TIADA tempoh luput had masa. Boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak rosak. Simpan di tempat kedap udara pada suhu bilik, rasa tidak berubah bahkan menjadi lebih likat dan enak.


REVIEW LISA

Lisa minum rasa dia sedap dan manis campuran dari Kurma Ajwa dan Madu. Ditambah dengan adunan daun pudina sebab tu rasa sejuk berangin menyamankan tekak kita ! Alhamdulillah lega batuk. Menyiksakan batuk time pregnant ni , boleh sampai terkencing ,, nak makan ubat pon takut effect kat baby. Nasib baik kawan rekomenkan Pati Oxymel Khal In-Sanivir ni , boleh jadi ikhtiar untuk batuk aritu. Ini juga boleh jadi salah satu alternatif / cara untuk legakan batuk dengan semulajadi . 


Untuk pembelian korang boleh dapatkan detail dibawah ni:





© all rights reserved
made with by templateszoo