Ad

Jimat Belanja Hanya Di PG Mall


Jimat Belanja hanya dengan PG Mall

Assalamualaikum , Bercakap tentang shopping ... mesti ramai yang sekarang memilih untuk berbelanja melalui laman online saja .  Termasuklah Lisa pon lebih suka berbelanja secara online je , kalau nak harapkan datang ke kedai-kedai and survey memang tak sempat la jawapnya  . Maklumlah Lisa sibuk bekerja dalam masa yang sama nak beli makanan anak-anak kucing 20 ekor tu . Bukan hanya penat... berat pon satu hal nak angkat semua tu . Cuba nak bershopping kat E-commerce PG Mall pulak. 

APA ITU PG Mall ? 



Dah agak lama ternampak kawan-kawan bercakap tentang PG Mall ni ,Lisa ingatkan PG Mall ni hanya jual emas sahaja .  ternyata  PG Mall ni dah establish since 2017 lagi dan disenaraikan oleh iprice insight sebagai Top 3 laman web online shoping paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia.

PG Mall www.pgmall.my adalah satu-satunya local e-commerce platform  di Malaysia  yang mana semua seller kat situ adalah dari dalam negara. Tak kisah la produk tu dari negara mana pun at least bila local seller, senang kita nak berkomunikasi tanya ini itu . 

Cara pembayaran di PG Mall selain online banking, Credit Card..korang boleh guna e-wallet, boost, grab pay, Touch N Go , MCash..  wah lagi senang macam ni sebab banyak pilihan .  




E-Penjana Shop Malaysia Online

Bermula 10 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020, PG Mall adakan  kempen Shop Malaysia Online dimana jika korang baru pertama kali  shopping di PG Mall ni, korang boleh dapat diskaun RM25 dengan pembelian minima RM80. Dan untuk Pembeli Sedia ada ,  DISKAUN RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 .  Bukan hanya itu sahaja tau ,  Dalam tempoh kempen ni jugak, shoppers boleh menikmati free shipping fee atau diskaun untuk kos postage sehingga RM8..  jimat berganda-ganda !! Oh ya tak lupa... dapatkan 50%  rebate voucher exclusive ketika facebook live. Yang ni korang kena on kan Notification   facebook page PG Mall agar tak terlepas peluang ini yaaa  
By Malaysians, to Malaysians






Proudly Local
Last but not least , jangan lepaskan kempen Proudly Local sehingga Disember 2020. Banyak juga rupanya barangan keperluan harian berjenama tempatan di PG Mall. Untuk penggemar kopi mesti tak asing lagi nama Old Town , Munchy's , Halal sambal ikan bilis Spicy Mama.. ( yang ni Lisa pernah tulis sebelum ini .. memang sedap ! ) , Biskut Hup Seng Cream ... ( makan dengan celup kat kopi panas-panas... aumm dah woh ! ) .. dan banyak lagi la jenama tempatan lainnya .

Jadi jom ler kita sokong produk tempatan  ! Dalam kempen #BarangBaikBarangKita ni, korang boleh claim beberapa coupon diskaun bernilai RM8, RM15, RM20 dan diskaun shipping bernilai RM25. Dengan syarat korang kena support local produk.

Apatunggu lagi.. jom jimatkan wang korang dengan berbelanja di PG MAll. Jangan lupa download apps PG Mall atau di website dia ok . 


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #Cashback #points


BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO , PERTAMA DI MALAYSIA .

Assalamualaikum .. hye guys pejam pelik tak terasa dah dekat 5 bulan pergerakan agak terbatas tak macam dulu. Nak shoping , nak keluar semua kena ikut cara yang baru . Lama juga rasanya tak turun ke EXPO , nak keluar tu kena fikir banyak kali . Sekarang korang boleh nikmati expo hanya di hujung jari tak perlu bersesakan turun ke padang dan jimat masa juga tenaga ! , hanya di 3D VIRTUAL WATCH EXPO bermula 29-31 AUGUST  2020 dari 10 am-12am .  Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia! Mantap , Gempak dan dengan norma baru .


BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO

 3D VIRTUAL WATCH EXPO ini dianjurkan oleh BEECOMB  , jadi sebelum korang join expo ni boleh download aplikasi BEECOMB di Playstore , Apps Store dan Huawei Apps Galery . Wah mudah sahaja bukan , hanya perlu guna mobile sahaja klik klik dah siap  . Last beli jam , dekat 2,3 tahun lepas juga.. rasa nak beli lagi la . Alang-alang ada Expo ni .. boleh la tambah koleksi. BEECOMB , Sebuah aplikasi yang dicipta untuk menjimatkan masa bagi pengguna dan  perniagaan dengan pelaksanaan tehnologi mudah alih seusai perkembangan zaman yang dihujung jari . 


Login dan pilih BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO


Ada banyak pilihan yang korang boleh pilih untuk membeli belah. Ada banyak pilihan untuk bershopping . 


Yang ini untuk mudahkan korang tempat yang hendak dituju. Yang hijau tu posisi korang dalam hall tu ya . 

Vendor yang terlibat kali ini diantaranya : 

High End

CIGA Design 
RAYMOND WEIL 
SEIKO 
CITIZEN
MAZZUCATO 

Designer
ROTARY 
TITONI 
MICHEAL KORS
FOSSIL
EMPORIO ARMANI

MID RANGE
TITAN
EVOX
ZOID
NSQUARE
ACHTUNG
ALBA
ROTARY
CASIO
G-SHOCK
BABY-G

AFFORDABLE 
EVO



SUPER GEMPAK EVO


Dari banyak-banyak jenama tengah buat expo sale , mata Lisa tertumpu pada SUPER GEMPAK EVO pula. Mana nak dapatkan harga yang super jimat macam di expo ni weih ... bayangkan  EVO RM 52.90 , EVO RM 83.10  pastinya while stocks last tau .! Siapa cepat dia yang dapat... sayang pula kalau terlepas . Yang ni lagi best ,  EVO RM 199 + RM 1  maksudnya Beli 1 jam seharga RM199 dan harga jam kedua korang hanya perlu tambah RM1 sahaja . WOW  ! bestnya ...





Jangan Lupa JOIN BEECOMB 3D VIRTUAL WATCH EXPO , 29-31 AUGUST 2020  bermula 10 pagi sampai 12 malam untuk dapatkan SUPER GEMPAK SALE untuk semua JAM diatas  . OK..  !! hanya perlu sediakan mobile phone korang boleh jimatkan  masa , tenaga dan duit korang ! Ehh haaa bagitau juga dengan kawan , sedara , family untuk sama-sama join expo ni tau . !


Byee.. nak sambung shopping arr.... 

SPICYMAMA SAMBAL IKAN BILIS KERING PEDAS


SPICYMAMA SAMBAL IKAN BILIS KERING PEDAS 

Assalamualaikum guys ! Pejam celik dah abes raya dah,, lama rasanya duduk dalam rumah ni semenjak Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lepas . Hari-hari masak sampai dah tak tau nak masak apa untuk dimakan . Dah malas masak , tapi perut lapar.. ha baru teringat aritu ada beli SPICYMAMA SAMBAL IKAN BILIS KERING PEDAS . Gaul dengan nasi putih panas-panas.. fuh menambah dua tiga pinggan weih . 

SAMBAL IKAN BILIS KERING PEDAS

SPICYMAMA Sambal Kering Ikan Bilis Pedas, Sedap tak ? 


Lisa memang jenis penggemar pedas terutama sambal.Bermacam-macam sambal Lisa dah makan.,Sambal Ikan Bilis Kering Pedas ni kali pertama makan. SPICYMAMA Sambal Ikan Bilis kering Pedas ni Sedap tak ? Dah kalau menambah nasi sampai tiga pinggan tu mesti korang dah boleh bayangkan betapa sedapnya sambal ni . Tak percaya ? Cubalaa hehehehe. Tambah membangkitkan selera Boleh tahan berminggu minggu kerana sambal ini kering dan garing. Biasanya kalau beli , sambal ni jenis oily jadi berat dan kena simpan dalam peti sejuk atau tutup rapat selepas makan agar tak basi atau sambal jadi rosak . SpicyMama sambal ikan bilis kering ni pula tak oily sebab ianya kering ,rangup dimakan . Packing pon ringan je boleh bawa pergi mana-mana la.. travel atau berkelah. 



SpicyMaMa- Sambal Kering Ikan Bilis Pedas
🔥Halal - Korang boleh tengok di label packing . 
🔥Buatan Malaysia
🔥Pedas
🔥Rangup
🔥Mudah dibawa kemana sahaja , ringan dan tahan lama . 
🔥Sesuai dimakan dengan Nasi , sayur  Tau fu ,bihun .. semua makanan arr.. nak padankan dengan kuih muih pon boleh juga . 


Bahan-bahan Sambal Kering Ikan Bilis Pedas  :
ikan bilis , bawang putih , minyak masak , gula , garam dan bahan-bahan lainnya . ( ada di label packing ) 

Nak rasa  ? untuk pembelian boleh klik link dibawah ini :

Shopee 🔗 
Lazada 🔗 



REVIEW LISA 
Sedap dan sesuai dengan selera tekak Lisa . Pedas sambal ni bukan acah pedas tapi betul-betul pedas dan sedap . Terasa rangup ikan bilis dan cili tu .. perghh terliur pula sambil menulis ni jadi perut lapar . Oh ya untuk korang yang tak berapa tahan pedas tu , ambil dan suap sedikit demi sedikit ya . Nak buat sendiri memang tak la ! Renyah , penat dan rasa tu tak sama. Dengan SPICYMAMA Sambal Ikan Bilis Kering Pedas ni ready to eat , tak perlu susah-susah dan senang dibawa kemana-mana . Pssstt penambah selera makan juga . 

GIVEAWAY 50 BOTOL Untuk Pembaca bertuah .


Nak cuba juga ? Kabar baik untuk korang... bulan JUNE ni SPICYMAMA ada buat giveaway dan 50 pembaca yang bertuah akan dapat SPICYMAMA Sambal Ikan Bilis Kering Pedas ni . Woah banyak tuuu.. Valid tuk bulan JUNE ni sahaja tau.. jadi cepat-cepat isi :D 

Caranya senang je ..KLIK SINI UNTUK REDEEM FREE BOTOL SPICYMAMA     . 
Cubalah mana-tahu bertuah kan ^^ 





Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000! Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad.


Assalamualaikum ! Bosan bosan duduk rumah ,, tengok TV , layan drama korea tambah best lagi sambil makan Pringles . Mesti ada salah satu dari korang yang buat sama macam Lisa kan.. hehehe. Hmm dah masuk dua tin Pringles ni tapi masih tak dapat tahu perisa apa didalamnya . Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!


"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.


"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.




Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!


• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!


Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.







Oh btw, clue boleh tengok di Facebook Pringles ya! Good luck korang!

Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Assalamualaikum ! pejam celik dah masuk Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan atau MCO sampena untuk pencegahan merebaknya virus covid-19 yang bertambah banyak  . Bagaimana dengan kalian selama 14 hari lepas di Fasa pertama PKP  ? Bosan atau masih ingkar dengan arahan ? Harap kita sama-sama untuk putuskan rantaian covid-19 di Malaysia ya... Untuk yang belum tahu , Kerajaan bagi peruntukan Percuma 1GB Data internet untuk digunakan selama tempoh PKP ni yang boleh dinikmati bermula 1 April - 14 April 2020 bermula 8 pagi sampai 6 petang dari telco Celcom , Maxis , Digi dan UMobile . Berikut Lisa sediakan Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Cara Mudah Tebus Internet Percuma Sepanjang Tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Cara Tebus atau Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020 , 8 pagi hingga 6 petang setiap hari;-

1. CELCOM
- automatik terus masuk


2. DIGI
- tebus data ini melalui aplikasi MyDigi , atau secara manual di *128*88#
  • Bagi pelanggan Digi Prepaid, anda boleh klik pada “Get” di bahagian laman Box of Surprise pada aplikasi MyDigi.
  • Bagi pengguna Digi Postpaid, internet percuma boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi di bahagian MyDigi Rewards.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkannya dengan mendail kod UMB *128* 88#. Setelah selesai menebus, internet percuma ini akan diperbaharui secara automatik.
3. MAXIS ( Perlu Tebus Setiap Hari )
- tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option.
Bagi pelanggan Maxis, penebusan data internet percuma tidak diberikan secara automatik yang bermaksud anda perlu menebus secara harian.
Untuk menebus:
  • Pengguna Maxis Postpaid – Menerusi aplikasi Maxis, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass.
  • Untuk pelanggan Hotlink Postpaid & Fibre, anda akan menerima pas 30GB dengan tempoh sah 30 hari. Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi Maxis dengan cara klik pada Get More Data dan pilih FREE 30GB 30-Day Pass pada bahagian Time Based Pass. Hanya sekali penebusan boleh dilakukan sepanjang tempoh kawalan ini.
  • Pengguna Maxis Business Postpaid – Menerusi aplikasi Maxis Business, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass.
  • Pengguna Hotlink Postpaid – Menerusi aplikasi Hotlink Postpaid, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass.
  • Pengguna Hotlink Prepaid – Menerusi aplikasi Hotlink, klik pada Homepage Banner dan pilih FREE 1GB/Day Pass. Pas ini juga boleh ditebus melalui tab Shop.
    Masa penebusan bagi pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Business Postpaid, Hotlink Postpaid adalah sepanjang hari manakala bagi pelanggan Hotlink Prepaid, penebusan boleh dilakukan bermula 6 pagi sehingga 6 petang.
4. UMOBILE
  • Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
  • Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer
  • Data harian percuma ini boleh digunakan bagi semua pelanggan U Mobile iaitu pengguna prabayar, pascabayar dan jalur lebar. Akan tetapi ia tidak boleh digunakan oleh pengguna WeChat. Untuk mendapatkan 1GB data percuma tersebut, anda boleh menebus melalui aplikasi MyUMobile atau manual seperti diatas.
5. ONEXOX
Tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau USSD *150#.
Bagi pelanggan ONEXOX Prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile, internet percuma boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#, pergi ke “[More]” dan pilih “Daily Free 1GB” serta tekan “Redeem Now”. NOTA : Penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dalam tempoh pemberian internet percuma ini. Setelah itu, 1GB percuma akan dikreditkan secara automatik pada hari-hari seterusnya.⁣ Bagi internet percuma yang tidak habis digunakan, ia akan dilupus selepas 6 petang secara harian.

6. TUNE TALK.
Hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222.
Terlebih dahulu, pelanggan Tunetalk perlu memastikan akaun adalah aktif bagi menikmati tawaran ini. Untuk menebus, hanya perlu SMS STAYHOME dan hantar ke 2222. Kemudian, anda akan menerima notifikasi bagi setiap pengaktifan yang berjaya dan anda akan menerima internet 1GB secara automatik untuk setiap hari.
7. Unifi MOBILE 
  • Unifi mobile telah menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020.
  • Penawaran ini adalah buat pengguna Unifi Mobile Postpaid ( unifi mobile 99 , webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid ( unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
  • Pengguna tidak perlu membuat penebusan kerana ia akan diaktifkan secara automatik .
  • Untuk langganan baru , pass ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan akaun .

8. REDONE
Automatik masuk , atau *123# dan pilih number 2 .

Nota : Perlu diingat ya untuk reedem atau tebus internet percuma ni number kalian semestinya harus active dan bukan kena sekat atau tarikh tempoh kredit dah mati .

Terma & Syarat - Pascabayar Semua talian aktif redONE yang mempunyai pelan data akan menerima data tambahan PERCUMA 1GB setiap hari daripada 8pagi – 6 petang sepanjang tempoh PKP. Data percuma ini akan diaktifkan secara automatik dan satu notifikasi SMS akan dihantar.Untuk pelan data yang baharu diaktifkan di bulan April, data tambahan 1GB setiap hari akan diaktifkan secara automatik bergantung baki hari tempoh PKP.
Untuk semak status anda, sila dail *123# → pilih 5 COVID-19:1GB → pilih 1 Check Status

Anda tidak akan menerima 1GB data percuma setiap hari jika status talian anda adalah: 1. disekat atau digantung, 2. Tiada Data ( NDATA)
Jika anda ingin menebus data PERCUMA, anda perlu: 1. Unbar talian anda atau 2. Unsuspend talian anda atau 3. Tukar data daripada NDATA ke PPU Dan, tebus data 1GB PERCUMA setiap hari dengan mendail *123# → pilih 2 Redeem
Nota Penting:
Semua pelan Machine to Machine (M2M) tidak layak untuk pelan ini.
Terma & Syarat - Prabayar
  • Semua talian aktif Prabayar redONE akan menerima tambahan 1GB sehari dari jam 8 pagi hingga 6 petang secara automatik sepanjang tempoh MCO. Data percuma akan diaktifkansecara automatik.
  • Untuk pelan yang baharu diaktifkan di bulan April, data tambahan 1GB setiap hari akan diaktifkan secara automatik bergantung baki hari tempoh PKP.
  • Anda tidak akan menerima 1GB data percuma setiap hari jika status talian anda adalah disekat atau digantung.
9. YooDo
  • Lain daripada telco lain , YooDO menarik dengan tawaran penggunaan data percuma yang boleh digunakan tanpa had dan boleh digunakan sepanjang hari. 
  • Data percuma ini adalah bermula 30Mac sehingga 14 April 2020 buat akaun yang masih aktif dan akan dimasukkan kedalam akaun secara automatik. 
  • Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada .
  • Seabgai contoh jika baki anda ada 5GB , YooDo akan tambah 1GB menjadikannya 6GB apabila menerima data percuma itu .
  • Data yang tidak habis digunakan juga boleh dikumpul dan gunakan bila-bila masa sehingga pelan anda luput . 

Hari pertama untuk tebus Data percuma ni difahamkan yang pengguna Digi dan Umobile mengalami masalah ,ianya mungkin sebab ramai yang nak tabus jadi trafik sesak .Esok sila cuba lagi ya :)

Apepun semoga Covid-19 ni cepat dapat vaksin , untuk korang juga jangan lupa jaga kebersihan , Social Distance dan jangan lupa #DudukRUMAH ! Tak lupa juga Terimakasih untuk jasa para Frontliner Semoga dipermudahkan urusan !
#StayIn #StayHome #StaySafe #StayHealthy . 

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Assalamualaikum ! Pernah dengar LATOK ? makanan yang terkenal di sabah , sejenis rumpai laut atau mungkin lebih kurang anggur laut sebab bentuknya seperti anggur. Sering mendengar kawan ramai tulis caption rindu nak makan Latok ... tu yang buat Lisa teringin nak cuba la juga . Yela duduk semenanjung mana nak dapat Latok yang hanya ada di Sabah ni . Finally dapatla juga merasa lepas ada orang open order di Facebook dan diforwardkan sampai ke Lisa. Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut .  Sedap ke Latok ni ?


LATOK ( ANGGUR LAUT ) 


Teruja weih pertama kali nak cuba latok ni . Ada kawan yang 'geli' nengoknya sebab rupa latok ni biji-biji kecil gitu dan dalam ada air masin . Tapi sebab makanan ni 'rare' , teringin nak cuba juga . Sebelum nak makan korang kena basuh dulu ye , takut ada cacing atau pumpun yang melekat hahaa  , basuh dan tos-kan . Basuh yang mana nak makan je , jangan korang basuh semua pula nanti cepat lembik dan busuk kalau dah cuci lepastu tak makan. Juga , latok ni tak boleh simpan di peti sejuk . Lepas basuh latok tu korang cicahla dengan sambal asam dia , atau letak cili ke .. buat kerabu ke. Haa ada macam-macam cara nak makannya . 



CARA MAKAN LATOK :



Basuh mana yang nak makan sahaja , mana yang tak makan lagi letak dalam tapis sahaja. Jangan masukkan dalam peti sejuk . Jangan kena air nanti rosak latok . Letak kat tapis luar je .
Cara buat pencicah  pencicah cara makan latok style sabahan cili padi,air suam,limau kasturi garam sikit & aji (air lada putih) 😋😋😋

Latok boleh buat kerabu kering, potong bawang,cili,perahan limau kasturi,mangga totok 😋😋😋 + ikan bakar nyummy ikut selera masing².



REVIEW LISA ;

Latok ni rasa masin , yelah sebab anggur laut dah hidup pun di laut masin ler jadinya. Makan dengan air asam baru sedap . Sedap sangat tu taklah ( untuk lidah Lisa ) , just bolehla.. mungkin sebab Lisa bukan jenis yang suka makan masin . Rasa masin tu masih terasa walaupun dah makan dengan air asam . Hahaha . Mungkin inila pertama dan kali terakhir makan latok. Oh ya sekarang ni latok dah senang di dapat di semenanjung ,walaupun still kena pre-order hehe.

Korang dah rasa atau belum ? 


CELCOM MEGA 2020 UNLIMITED INTERNET


CELCOM MEGA 2020 UNLIMITED INTERNET

Assalamualaikum ! Finally celcom keluar juga pakej unlimited data . Selama ini selalu ternampak soalan , Celcom takda unlimited internet ke ? Ha... kabar baik untuk semua , celcom keluarkan pakej terbaru untuk 2020 ini , CELCOM MEGA 2020 UNLIMITED INTERNET yang telah hadir dengan unlimited data , internet tanpa had untuk korang gunakan streaming , video , dan juga game dan juga speed yang laju bukan setakat 3 atau 5 mbps je  .  Sesuai untuk korang yang selalu wat Live Streaming , main game , tengok video , dan juga update Blog ( Lisa la tu )


POSTPAID CELCOM MEGA 2020 


Basically Pakej postpaid / pasca bayar CELCOM MEGA ni , bermula dari RM80 untuk 30Gb  tiada pecahan internet  weekends / weekdays , kemudian korang boleh add on pakej  M ( RM18 ) , L ( 6) , dan XL ( RM 108 )  . Untuk detail boleh tengok di bawah ini ;

CELCOM MEGA 

  • 30GB monthly high-speed Internet
  • Unlimited Calls to All Networks
  • RM0.20 per SMS
  • RM80/bulan 




Package DetailsMEGA™ plan
Sign up for MEGA™ planMonthly commitmentRM80
Monthly Internet30GB
Voice callUnlimited calls to all networks
SMS (all network)RM0.20 per SMS
Video call (all network)RM0.20 per minute (60 seconds/block)
Credit limitRM300
Upfront paymentRM80
Supplementary lineSubscribe up to max 3 Family Lines / principal





UNLIMITED INTERNET ATAU TAMBAH KUOTA ?
Awalnya aku pon keliru juga , yang ni ada 2 pass rupanya satu untuk ulimited data , dan satu tambah kuota GB  . Perbezaannya :


Pass Unlimited Kuota :
Korang boleh layari streaming , gaming , music tanpa had tapi dihadkan dengan speed 5Mbps untuk pakej M dan 15Mbps untuk pakej L . Hotspot pula dibagi dua iaitu 5Gb free untuk pakej M dan 10 GB free untuk pass unlimited L . Untuk yang ambil pakej unlimited ini tak avaiable bundle dengan device ya . So kalau korang nak beli phone atau nak tambah family pakej , kena ambil CELCOM MEGA with Lightning Mobile Internet Spedd , bahasa mudahnya tiada unlimited data. 98 untuk 40GB . 


Lightning Mobile Internet Speed :
Penambahan kuota , yang ni takda unlimited tapi.. boleh Full Hotspot . Speed pula boleh lajuuu sampai la 72mbps ( setakat Lisa pernah cuba selama ni )
Kelebihan :
Boleh bundle dengan device , sama ada nak reedem free handphone atau nak beli device bayar bulan-bulan .
Boleh ditambah dengan family pakej , untuk korang yang dah berkeluarga nak bagi mak atau anak sebab tak guna internet banyak , sesuai untuk pakej ini ya . 15GB akan diberikan kepada number subline . 




REVIEW LISA : 

Selepas mengkaji , nak mudahkan korang paham pakej ini. Untuk Celcom Mega unlimited 98 tu dia bagi speed ke 5Mbps , dan hotspots free 5GB setiap bulan  sedangkan pakej Celcom Mega unlimited 148  korang akan dapat speed 15mbps dan free hotspot 10Gb setiap bulan . Pakej unlimited ni  Tak boleh sign pakej dengan phone dan tiada family pakej .

Jika nak ambil pakej dengan phone sekali , korang kena bertukar ke pakej Celcom Mega GB . Rujuk gambar size Up for more internet quota . 

Korang boleh kekalkan number lama , nak guna number baru pon boleh , dari celcom first atau pelan lama nak tukar ke pelan Celcom Mega ni pun boleh . Perlu diingat ya , jika dah bertukar ke celcom mega , korang tak boleh tukar semula ke pakej lama . :)
|




REVIEW MAMEE MONSTER LIMITED EDITION

REVIEW MAMEE MONSTER LIMITED EDITION


Assalamualaikum ! ada sesiapa yang pernah cuba MAMEE MONSTER pek misteri ni ? walauapun dah lama keluar tapi susah bebenar nak dapatkan MAMEE MONSTER limited edition ni . Ni kali pertama Lisa nak cuba makan . Review  MAMEE MONSTER LIMITED EDITION . Lain dari yang lain pek ni berwarna hitam biru , dan diluar ditulis warning, “Eat at your own risk,”  dan sticker “Not recommended for children.”



Warna mee dia  hitam gelap , lepas tu ditaburi perencah cili . Fuh seperti apa la rasanya so let's TRY IT ! 

 “Not recommended for children.”


Suapan pertama , boleh tahan lagi rasanya . Masuk suapan kedua dah terasa pedas melekat di bibir weih .Pedas tu rasa macam gigit cili , tak hilang walaupun minum air sebotol ( 1 Liter ) , adeh ..  FUH FUH meleleh air hingus dan air mata ni . Patutla tak sesuai untuk kanak-kanak... orang dewasa yang tak tahan pedas ni pon belum tentu leh habiskan . 

Makan sebungkus je dah give up , lepas setengah jam ... tudia perut dah senak sebu . Rasa macam first time makan McD ayam goreng 3X Spicy yang keluar baru-baru lagi masa tu . Apalagi.. perut memulas pedih dan masuk ke tandas la ceritanya . Ni sampai sekarang masih lagi terasa pedas tu kat perut . 

Not recomend for u alls yang tak tahan pedas . Serius beb jangan menyesal pula lepas makan ni . Tapi yang suka makan pedas , ha... korang kena cuba . Mybe sesuai dengan lidah korang  hehehe . 

REVIEW LISA :  

I'm still prefer with MAMEE Barbeque than MAMEE MONSTER . Perut dah tak boleh makan pedas selalu ni .. adeh . Ok la... nak cuba kan , jadi masih boleh tahan . Rasa mee tu still ok lagi , mungkin rasa perencah cili tu yang buat lidah pijarrrr . 
Lisa bagi 4 dari 5 Bintang . 


 “Eat at your own risk,”   



© all rights reserved
made with by templateszoo