SELAMAT HARI RAYA ! [ 2018 ]


Assalamualaikum 
agak lama Lisa tak menulis entri personal .. hehehe almaklumlah sibuk menyambut raya dan kerja yang sekarang ni kena buat  2,3,4,5,6 kerja.. FUH! demi sesuap ketam nipah :P . Sementara masih dalam bulan Syawal ini , Lisa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin . Mohon maaf jika mungkin ada perkataan dalam entri yang selama ini ditulis , mungkin ada mengguris hati yang membaca. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Actually , Raya tahun ni memang sungguh bermakna ..sungguh meriah ! Penat tetamu datang sampai kemalam , alhamdulillah.. sebab itulah Lisa takda gambar raya kali ini. Sibuk membasuh pinggan didapur oih , kami memang tak hidangkan makanan dengan pinggan pakai buang . Heee.. So yang ada ni pun time masuk kerja di hari raya yang ke 3. 

Cun dak ? Dah dah jangan tengok lama-lama.. kang terjatuh hati pula ( eiiuww perasan pula ) 

Raya tahun ni sebenarnya sambut dengan sederhana je , means no spent banyak duit untuk sambut peraayan. Some Big is coming, kena berjimat cermat.. lagi pun Lisa ni kalau jenis baju raya atau bju kurung memang pakai sekali dua je selebihnya simpan dalam almari . Baju raya 5 tahun lepas pon masih helok dan cantik je wak ! So tahun ni berazam kengkonon tak nak beli baju raya kan , tapiiii.... last day puasa .. Lady Boss suruh pergi beli baju raya .. dia yang sponsor . PHEW! rezeki kan..tak kan nak tolak , dia suruh je beli baju lisa dan parents juga.. lepas tu nanti claim semula . Bertuah kan? walaupun dia berlainan agama.. 


Baju ni sebenarnya baju raya tahun lepas , size XS . Alhamdulillah masih muat lagi , sebab awal tahun lepas berat lisa naik 6kg . hahaha.. dari 44 naik menjadi 50KG. Time puasa aritu turunla 4 kg, boleh la kan banyak juga tu... sampai kehari ini masih lagi 46 kg.. nak dekat 45 :D 

Gambar raya tak ada.. tapi korang boleh layan video bawah ini la . jangan lupa follow Instagram :  @Mawar_biru89  dan tiktok : @ciksepet

A post shared by Cik Sepet (@mawar_biru89) on

{ 8 comments.. read them below or add one }

ai ai July 5, 2018 at 4:57 PM
Jeles nya.. Berat ai 50kg xnak turun dah.. Selamat hari raya lisa..
Izyan Balqis Izyan Balqis July 8, 2018 at 7:51 AM
Lisa nak tawen dah. Cantik baju lisa tu. Serius. Selamat hari raya lisa
POJIEGRAPHY POJIEGRAPHY July 9, 2018 at 9:22 AM
Selamat hari raya aidilfitri Lisa! Looking gorgeous there. Amboi kemain video tiktok tu! Hehehe
Sue Izza Sue Izza July 10, 2018 at 7:08 AM
Selamat hari raya lisa.maafkan salah silap kak sue ye,terlebih terkurang dalam berkawan.
Lisa Nurulain Lisa Nurulain July 10, 2018 at 9:08 PM
baju raya tahun lepas ni ha hahahaa