RADIAN ZING + , PEMBERSIH MUKA 3 in 1


RADIAN ZING + , PEMBERSIH MUKA  3 in 1 

Assalamualaikum ! hei hei..  nampak tak gambar diatas tu ha .. mesti korang ingat Radian tu compact powder .. ye dak ? NOPE ... sebenarnya ZING+ RADIAN ni pembersih muka tau , tapi dalam bentuk filem yang diletakkan dalam bekas yang exlusive so nampak macam compact powder. Senang nak bawa pergi mana-mana gitu , jimat ruang nak menyimpan . Iyelah.. biasanya kalau bawa pembersih muka yang bentuk botol tu leceh juga kalau nak bawa travel ataupun ke tempat kerja. 
"RADIAN ZING + adalah filem pembersih muka yang inovatif bertindak sebagai penanggal solekan disamping menjaga kelembapan dan kesihatan kulit "

ZING + RADIAN  , PEMBERSIH MUKA  3 in 1 

Pergi kerja kadang nak solat tu mesti kena tanggalkan makeup dimuka , Lisa lebih suka cuci muka daripada gunakan tissu pembersih makeup tu sebab takut masih ada sisa makeup yang melekat. Tapi itula seperti yang Lisa bagitau tadi , nak bawa pencuci muka tu yang malas sebab dalam bentuk botol leceh nah bawa kehulu kehilir . First time jumpa produk macam RADIAN ZING + ni , filem pembersih muka yang ada kelebihan 3 in 1 iaitu : 
  • Menyegarkan dan menenangkan kulit.
  • Disediakan dalam bentuk yang mudah dibawa kemana-mana 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit . 

Oh ya sebelum terlupa , Radian kotak merah ialah untuk wanita dan radian kotak hitam untuk lelaki . 
Tetapi , dua-dua boleh digunakan baik lelaki dan wanita hanya bezanya ada bauan dan tak je . 


Radian Male = Black (No Scent)
Radian Female = Red (Rose Scent)"

Dirumus dari bahan alam , untuk kesihatan semula jadi . 

Ramai pengguna sekarang yang memilih produk lebih kepada bahan alam , Lisa pun salah satunya . Sehabis mungkin elakan dari ambik chemical yang terlampau banyak . RADIAN ZING+ dirumuskan dari bahan alam , untuk kesihatan semula jadi . Bahan yang terkandung dalam Radian Zing + antaranya :- 

  • Royal Jelly , Royal Jelly tulen yang dihasilkan dari madu lebah Australia . Kajian sainstik pun ada tunjukkan yang royal jelly dapat membantu dalam pembaharuan sel-sel kulit dan tingkatkan pengeluaran kolagen . 
  • Aloe verra , Aloe Barbadensis atau lebih dikenal dengan Aloe Vera ni tak  menyebabkan kerengsaan dan alahan kulit dan sesuai digunakan untuk smeua jenis kulit . Ia juga anti-radang, anti-mikroba , antioksidan dan mampu lindungi kelembapan kulit . 
  • Minyak pati mawar , terkenal sebagai pelembab dan pemutih kulit yang mengurangkan kedutan , jeragat , dan pigmentasi disamping memelihara keanjalan kulit . Gebu gituu... 
  • Asid Sitrik mempunyai kesan luar biasa dalam memperbaiki tekstur kulit. selain itu juga membantu menyingkirkan sel kulit mati , kurangkan pigmentasi dan melembutkan epidermis , agar kulit nampak lebih putih dan  cerah . 
  • Witch Hazel Plum  adalah pembersih dan toner muka dari alam yang tidak mengakibatkan kerengsaan kulit. ia mampu menghasikan kulit yang lembut, licin dan bersinar. kandungan astringen semulajadi dalam witch hazel plum dapat mengurangkan bengkak dibahagian bawah mata , mengecilkan dan mengetatkan liang pori , serta membasmi masalah jerawat. 




Teruja dan rasa macam WOW , first time Lisa jumpa pembersih muka yang berbentuk filem . Tipis bak tisue , biasanya bentuk sabun atau cecair saja . Packing pon menarik dan kemas gitu , kalau nak gunakan Radian Zing + ni tinggal ambek je sehelai dan kemudian tutup semula dalam bekas tu . PSTTTT .. siap ada cermin sekali tu ! 

 

Kelebihan Zing+ Radian  , 3in1 .


Radian Zing+ nampak exclusive kan ! Cantik uollss... disebut 3in1 sebab 3 dalam satu iaitu :-

  • Rumusan yang tak memedihkan mata 
  • Rumusan untuk kulit selembut bayi sesuai untuk semua peringkat umur . 
  • Solusi penjagaan kulit ,semua dalam satu yang mudah dibawa kemana-mana : Semasa bercuti dihujung minggu , Dirumah , Di tempat kerja  ,dan Ketika dalam perjalanan yang jauh . 



CARA PENGGUNAAN ZING+ RADIAN :- 


1. Keluarkan 1-3 keping filem pembersih muka zing+ radian dengan perlahan . Pastikan tangan korang kering ketika keluarkan filem tersebut ya . 

2. Cairkan filem pembersih muka secara lembut dengan air selama 3 saat 

3. Sapukan buih yang terhasil tadi keseluruh wajah dengan gerakan membulat . 

4. Bilas seluruh wajah dengan air suam atau bersihkan dengan kapas muka. 

Rujuk gambar dibawah ini 





HARGA  ZING+ RADIAN 

Kandungan dalam Radian , cara pemakain... lisa dah explain diatas , nah lisa share pula Harga Radian  ialah : -


1 Box Radian korang boleh dapatkan dengan harga  RM 199 . Dalam 1 Box terdapat 200films , RM199 ni dah termasuk sekali dengan harga postage baik di Semenanjung ataupun di Sabar Sarawak . 
Nak lagi murah? korang boleh beli 3 Box sekaligus , sebab harga yang ditawarkan untuk 

3 Box Radian [ 600 filems ]  ialah  RM 471 sahaja  ,! Murah banyak bukan ? Ajak lah kawan ke adik atau sedara beli sekali..boleh dapat harga lagi murah . Harga ni termasuk dengan postage di Semenanjung , dan +RM 25 untuk postage di Sabah dan Sarawak . 
1 box = 1+3 refill packs1 pack = 50 films1 box = 200 films



Untuk pembelian dan info yang lebih detail lagi boleh terus contant bawah ini ya  : 
CJ Winners 019-7503887
Adrisha Affendi 012-6821248


TESTIMONI : 








Nota :
-100% dirumus dari bahan semula jadi , dikilangkan di  China
- Kebanyakan lelaki pun lebih memilih Radian Radian (female) sebab mereka suka dengan bauan Rose yang terkandung didalamnya . psttth :- Stating that the scent is not only fragrant but also mild and not overpowering.


REVIEW LISA : 

Dari apa yang lisa dah cuba dengan Radian ni , memang sesuai sangat untuk korang yang sentiasa utamakan kebesihan muka. Lebih -lebih untuk wanita yang berkerja macam Lisa ni ha..  Kerja pakai makeup , sampai masa nak solat kena bersihkan muka untuk ambil air wudhu .. muka kena bersih betul-betul wo.. kalau bawa pencuci muka yang botol kan dah makan space dan leceh .

Since ada filem radian ni jimat space pula dan boleh bawa dalam poket baju kerja . Senang la nak pakai gitu , kulit muka jadi lembut ... sukaaa ! Korang cuba la... :D 


5 comments.. read them below or add one

ina ina June 28, 2018 at 10:56 PM
best radian ni.Dahlah mudah dibawa.. dan tak perlu risau lagi bab terpenyek ke ape.sbb dia dlm bentuk kepingan begitu
shark shark June 29, 2018 at 10:51 AM
bekas dia tu mmg smart.
nampak maskulin jugak bila laki pakai.
Suzlin Azreena Nordin Suzlin Azreena Nordin June 29, 2018 at 1:55 PM
Eh mudah sangat ni kakak! Compact senang nak bawa kemana-mana.
Normi Nieza Normi Nieza June 29, 2018 at 6:03 PM
senang nak bawak travel ni.. ltk dalm handbag jer..:)
nila anggraini nila anggraini June 29, 2018 at 6:28 PM
wah cantik bekasnya.Mudah dibawa kemana mana