MUZIK JAM - PROGRAM MUZIK ONLINE TERBARU HURR.TV


HURR.TV MEMPERKENALKAN ‘MUZIK JAM’, PROGRAM MUZIK ONLINE TERBAHARU SEUMPAMANYA DIHOSKAN ISMAIL IZZANI & NAIM DANIEL

-Undi YouTuber kegemaran anda secara langsung!-


Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program muzik online terbaharu yang seumpamanya, ‘Muzik Jam’ menampilkan YouTuber yang bakal bersaing sesama mereka di mana penyanyi dengan undian yang tertinggi meneruskan saingan berikutnya.

 

MUZIK JAM - PROGRAM MUZIK ONLINE HURR.TV


Program ini dihoskan oleh dua penyanyi berbakat dan menyerlah ketika ini iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel dengan episod web pertama telah disiarkan secara langsung pada 28 Mac 2018 pada jam 8.30 malam di www.hurr.tv . Program ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Rabu untuk jumlah keseluruhan enam episod web sehingga 2 Mei 2018.

Untuk setiap episod web, ‘Muzik Jam’ akan menampilkan dua YouTuber yang diberikan peluang untuk menonjolkan kekuatan vokal mereka dengan menyanyi akustik secara langsung bagi lagu yang telah ditetapkan tema pada setiap minggu membabitkan genre berbeza antaranya balada, pop atau rock


Pada siaran secara langsung itu, penonton memainkan peranan penting untuk membuat undian bagi menentukan YouTuber kegemaran yang bakal muncul sebagai pemenang mingguan melalui undian yang dilakukan secara langsung.

Pemenang pada minggu tersebut akan bersaing dengan YouTuber berbeza mengikut lagu yang telah ditetapkan tema pada episod seterusnya. Setiap episod memerlukan penonton untuk mengundi siapakah yang layak kekal di pentas ‘Muzik Jam’. Pemenang pada setiap minggu berpeluang untuk berduet secara langsung bersama hos mingguan di penghujung setiap episod web



Minggu pertama yang disiarkan pada 28 Mac 2018 menyaksikan dua YouTuber yang bersaing adalah Yazmin Aziz dan Sheryl Syazwanie dengan hos pada malam itu adalah Ismail Izzani. Yazmin telah menyanyikan lagu berjudul ‘Marry You’ oleh Bruno Mars manakala Sheryl menyanyikan lagu berjudul ‘Perfect’ oleh Ed Sheeran.


Yazmin Aziz

Undian secara langsung pada malam itu berpihak kepada Yazmin Aziz yang muncul sebagai peserta kegemaran dan bakal bersaing dengan YouTuber lain pada 4 April 2018. Di akhir rancangan itu, Yazmin turut berduet bersama hos Ismail Izzani menyanyikan lagu ‘Demi Kita’.


“Muzik adalah satu elemen universal yang digemari pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, program ini merupakan sebuah kandungan segar dan terkini yang kami percaya mampu membuatkan penonton lebih menghargai bakat-bakat tempatan. ‘Muzik Jam’ adalah platform terbaik bagi YouTuber terlibat untuk lebih dikenali serta didengari dan dalam masa sama memperluaskan lagi pengaruh mereka untuk mendekati penonton baharu. hurr.tv juga adalah saluran online pertama yang memberikan peluang kepada YouTuber untuk bersaing sesama mereka. Siapa sangka, mungkin ini adalah detik perubahan bagi mereka untuk lebih dikenali,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.


Tujuh YouTuber yang bakal ditampilkan pada rancangan ini adalah 
  • Sheryl Syazwanie (Minggu 1),
  • Yazmin Aziz (Minggu 1), 
  • Alyssa Dezek (Minggu 2), 
  • Sarah Suhairi (Minggu 3), 
  • Shahida Supian (Minggu 4), 
  • Aqeesh Aleeya (Minggu 5) dan 
  • Mimi Nazrina (Minggu 6).


‘Muzik Jam’ dibawakan oleh muca dan MyMotor. Pastikan anda menonton ‘Muzik Jam’ setiap hari Rabu, 8.30 malam eksklusif hanya di hurr.tv dan undi penyanyi kegemaran anda! Saksikan episod web pertama di sini.


Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti di:




{ 8 comments.. read them below or add one }

YB Shehan YB Shehan April 9, 2018 at 9:32 PM
oo ada jugak la platform utk youtuber.. cekcinye yasmin tu. huhu
Asyiqin Asyiqin April 10, 2018 at 1:42 AM
Tak pernah dgr pun pasal chanel ni. nt boleh kin tgk. tq share
mas saari mas saari April 10, 2018 at 9:35 AM
Platform utk mereka kembangkan bakat, bagus!
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz April 10, 2018 at 3:19 PM
Ok la ni untuk yang nak kembangkan bakat masing2
ai ai April 11, 2018 at 8:44 AM
Selalu juga layan hurr.tv ni. Santai.
azlina ina azlina ina April 11, 2018 at 10:06 AM
wowww.. nak tengoklah nanti. menarik ni yer..
Julia Johari Julia Johari April 12, 2018 at 4:21 PM
Woww youtuber kegemaran...kena belek sorang2 ni mana kena dengan jiwa...nak tontonlah nanti...tq kongsi share hobi baru.