TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken. 


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  - PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.



TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


HARGA TISU LEMBAB ANTIBAKTERIA AIKEN

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.





{ 17 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof March 1, 2018 at 2:34 PM
kalau akak kan,mmang wajib ada handbag..Kalau ada anak kecil lagi bagus nak bersihkan diorang..
Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan March 1, 2018 at 4:19 PM
Nanti nak cuba cari jenama Aiken pulak. Selalu guna yang baby punya je..
Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 March 1, 2018 at 4:48 PM
Akak mmg slalu standby wet tissue dlm handbag, nanti leh laa try yg Aiken plak.
noorhaidaz eyda noorhaidaz eyda March 1, 2018 at 5:54 PM
Selalu pakai bedak Aiken je... tisu lembab pn ade rupanya.murah pulak tu
mas saari mas saari March 1, 2018 at 7:31 PM
Lama dah jenama Aiken ni, masih dipercayai hingga kini.
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip March 2, 2018 at 12:03 PM
wet tissue wajib ada dibawa kemana saja. penting nak tanggal mekap hehe..
Julia Johari Julia Johari March 2, 2018 at 2:28 PM
Lepas ni nak cuba aiken la...sis suka beli tisu pelembab...senang pelbagai guna.
PERMATABIRU PERMATABIRU March 2, 2018 at 3:51 PM
farah pun guna jenama aiken nie.simpan dlm handbeg senang nak guna kalau nak ke mana2.
Gja Gja March 3, 2018 at 5:51 AM
Tisu lembab ni memang antara benda penting la juga.. senang utk emergency dsb
Nurjuwaini Nurjuwaini March 3, 2018 at 5:53 AM
Jenama aiken ni boleh dikatakan mmg dipercayai kan.. biasa guna bedak aiken je
akubiomed akubiomed March 5, 2018 at 12:08 AM
Wajib ada tisu basah untuk digunakan bila-bila masa.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz March 5, 2018 at 2:01 PM
Memang best .. kakya pon guna tisu lembap aiken.. nak2 skarang ni musim panas .. boleh gak lap2 peluh hehehehe..
Afina Afina March 5, 2018 at 3:22 PM
Tisu ni amat selamat dipakai pada badan bayi yang mempunyai kulit lembut. Ia tidak akan jadikan badan bayi gatai.
Nor Ain Rusli Nor Ain Rusli March 7, 2018 at 5:04 AM
Wahhh Aiken dah ada wet tissu ye.
Ai biasa guna pencuci muka dan shower gel jenama Aiken.
Best. Bau herba, wangi.
Nadia Johari Nadia Johari March 21, 2018 at 10:18 AM
Yanhg aloevera wangi..oren bau teh