Miskin Ke Kalau Tak Ada SMIGGLE ?


DIEJEK MISKIN SEBAB TAK ADA SMIGGLE ?

Dah masuk musim sekolah ni mesti banyak cerita-cerita yang akan didengar dari budak-budak  .Tahun ini tak ada cerita kepala budak sekolah tersepit kerusi lagi , gambar cikgu lawa pun jarang nampak di media sosial ,  tak macam tahun lepas gitu . Tapi... dengar cerita budak sekolah diejek "MISKIN" kawan sekolah lain sebab tak de barangan sekolah jenama SMIGGLE . Huk aloh , time Lisa sekolah dulu.. sapa yang ada pensel warna 24 kaler jenama faber castle tu pon dah kira kaya oih . macam-macam budak sekarang ni . 

Miskin Ke Kalau Tak Ada SMIGGLE ? 


First yang aku fikirkan or mungkin dari beberapa orang mesti akan terdetik , ibu bapa yang kurang peka mendidik anak , wait.. ni pandangan general je , pendapat je tak semestinya betul.. jangan melenting  . Apepun kalau melibatkan budak mesti mak bapak akan kena  dulu kan , betul ke tidak tu hal belakang  .Tapi , mana tahu budak tu dari golongan parents yang terpisah ? atau mungkin mak dan ayah dia sibuk bekerja sampai kurang pantau anak dia .

Secondly ...  SMIGGLE boleh tahan mahal benda tu , so mungkin budak yang menghina tu terpengaruh dari drama-drama TV yang tak mendidik langsung , yala mungkin parents busy kerja tu anak kat rumah bosan dan tengok la drama-drama tu .. Acah-acah berlagak sebab mak bapak kaya . 

Lebih lagi sekarang dah ada media sosial seperti Facebook , Instagram , Wechat.... , anaklahir je ada segelintir parents yang dah buka akaun media sosial untuk anak-anaknya . Sekeliling pun ada effect juga , dengan siapa dia berkawan ... kawasan tu macam mana . 



Teringat pula kisah siang tadi , budak kecil mengadu dia diejek kawan sekolah sebab tiada MAK . Mata berkaca-kaca ketika ceritakan tu . Budak darjah pun dah tau cakap macam tu .. nak salahkan siapa ? So ai cakap la dengan dia , bagitau kat cikgu kawan dia ejek gitu dan suruh minta maaf . Budak kecil mana yang nak dibesarkan dengan status tiada mak / ayah . Bukan mereka yang minta . 



Ajar budak ni dari kecik-kecik kena bezakan mana baik mana buruk , tapi yela.. bukan senang nak jadi orang tua . Susah.. ( ceh .. macam la awak dah kawen dan ada anak sendiri  ) . Ye la.. Lisa pun pernah alami masa kecil juga .

PENDAPAT AKU 

Mungkin budak yang hina tu cakap macam tu sebab terpengaruh dari media sosial atau TV , jangan terlalu menghina , mengejek di budak tu ... boleh pengaruhi emosi dan minda dia . Parents pula jangan buat diam gitu je , minta maaf dan didik anak , ajar anak mana yang baik dan buruk. Ya ya parents mana yang tak ajar anak buat baik , betul tak . Semua dah ajar, tapi tak ada salahnya kalau selalu ingatkan dekat anak-anak tentang perkara yang baik .

Untuk parents budak yang kena ejek pula , shouldbe nasihatkan macam atas tadi .. cakap dengan cikgu untuk suruh budak tadi minta maaf . Jangan pergi sekolah bawa parang pula.. hehee. mungkin anak kita akan meniru cara kita dikemudian hari . Membela anak sendiri tanpa menggunakan kekerasana tau melenting tinggikan suara . 


Ni pendapat peribadi aku la , terima atau tak tu terpulang masing-masing ..

2 comments.. read them below or add one

Nadia Johari Nadia Johari January 16, 2018 at 6:41 PM
haritu pertama kali namapk kedai smiggle ni..memg harga boleh tahan..tapi cantik warna warni..hahaa
azni azni January 29, 2018 at 10:48 AM
mmg mahal.. tapi k. azni set dkt anak.. if betul nak kena dpt no 1. hehhehe mmg dia pulun sungguh. k.azni jarang beli mainan kat dia, so wpun mahal.. imbuhan mcm ni bg semangat utk dia juga. but... kena educate napa mahal.. and masa bila boleh dpt.