KFC Cheezy Golden Sticks , Sedap tak ?

KFC Cheezy Golden Sticks

Dah masuk musim perayaan ni biasanya KFC akan keluarkan satu menu baru lain dari yang lain . Ha.. tadi ternampak poster menu baru KFC , Cheezy Golden Stick yang korang boleh nikmati dalam KFC CELEBRATION BUCKET CNY promo , sampena perayaan Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi . Nak beli bucket sapa nak makan.. kang membazir pula, so Lisa beli Ala-cart je.. Tertanya-tanya juga... sedap ke tak ? apalah agaknya rasa Cheezy Golden Stick tu ... kena cuba juga ni . 



KFC Celebration BUcket

KFC Cheezy Golden Sticks ,  Sedap tak ?


Sedap ke tak ? Itula yang ada dalam minda kalau baru tengok menu baru . Belum rasa memang belum tahu.. itu yang tertanya-tanya dalam hati . Pada Awalnya, Lisa ingatkan isi dalam tu sejenis nuget atau mungkin isi ayam , eh ternyata bukan .. " macam" ada kentang or tomato dalam tu , ada sayur... dan pasti ada keju cheezy juga. alaa.. macam inti pai tu... Lisa tak reti nak gambarkan macam mana . Gigitan pertama KFC Cheezy GOLDEN STICKS  masuk dalam mulut , rasa juici beb ! Sedap weih.. bahagian luar disaluti tepung yang crunchy. Menikmati betul disetiap gigitan tu .Panas panas, tambahkan sos cili ...perghh menambah selera . Lisa bagi  10 bintang ! 



Memang sesuai sangat dengan tema perayaan ini , rasa yang mewah . Sedap pun ye juga... bentuk menarik .. luaran yang crispy crunchcy . 

Harga KFC Cheezy Golden Sticks

Harga untuk satu set KFC Cheezy Golden Sticks ialah RM 10.90 , dalam tu ada 3 ketul . Kenyang la juga.. try la 1 set dulu..rasa tak cukup baru beli lagi . Jika ingin makan beramai-ramai dengan family atau kawan.. boleh try dengan KFC CELEBRATION BUCKET , bermula dari RM 36.90 . 



Nah korang tengok sendiri dari bagian dalam .. OVERALL Lisa boleh bagi 10 Bintang... ha.. budak kecik ni pun cakap sedap dan sangat sedap ! Lisa yang tak suka cheezy pun boleh bagi 10/10 bintang , apa lagi korang yang memang penggemar cheese. Nah.. try rasa sendiri la ye ... nak belanja jauh la pula. hahaha.. Try sebelum kehabisan durasi promo . Kalau sedap bagitau orang lain , kalau tak sedap diam-diam.. #ehh.. hahaa.. selamat berhujung minggu .


NOTASelera setiap orang berbeza-beza., apa yang ditulis dalam review ini adalah pendapat pribadi penulis , dan tidak melibatkan mana-mana pihak . 

{ 16 comments.. read them below or add one }

Dkna Abza Dkna Abza January 26, 2018 at 3:45 PM
macam dah lama tak makan kepsi... nboleh try gak ni
Nadia Johari Nadia Johari January 26, 2018 at 4:47 PM
Dalam kentang ke..huhu..ingat ayam
Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 26, 2018 at 4:57 PM
tak tau kentang ke epal ke timun.. hahaha.. ala2 pai tu ...pai ke pie gitu la
Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 26, 2018 at 4:58 PM
depan tempat kerja ni kfc.. selalu nampak promo baru . hahah takminat dengan ayam sbb tk makan ayam.. tapi itula ... ternampak cheezy golden stick nampak menyelerakan .. tu yang cuba
Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 26, 2018 at 5:00 PM
cubala dkna.. heheh kerja depan KFC ni memang selalu nampak poster2 menu baru hahahaha
Hans Hans January 27, 2018 at 3:22 PM
baru balik dari kfc tapi makan ayam golden egg
tak makan yang nih
hehe
Usry Norie Usry Norie January 28, 2018 at 7:13 AM
Saya tak rasa lagi menu ni, saya suka twister set tu je. Nanti nak try juga sekali KFC Cheezy ni.
Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 January 28, 2018 at 11:13 AM
Sedap Lisa kata sedap, terus terasa nak cuba gak
Raydah Raydah January 28, 2018 at 12:50 PM
omg this looks so good. but sadly i need to stop eating fast food for a while. nak rasa sgt
shazillahsani.com shazillahsani.com January 29, 2018 at 3:13 PM
belanja please...adik manis...hahaha
Radhia Razali Radhia Razali January 29, 2018 at 3:57 PM
tak pernah try lagi cheezy golden sticks. kalau ada pergi kfc, bolehlah order yang ni
Mrs FaRa Mrs FaRa January 30, 2018 at 12:42 PM
blom rasa lgi... nk cuba jgk la
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof January 30, 2018 at 3:22 PM
la...ada lagi yang baru ke..ketinggalan zaman betullah...