Tips Elakkan Microsleep


Tips Elakkan Microsleep 

Hampir semua orang pernah lalui ini rasanya , terutamanya ketika sedang memandu kereta. Bila dah setengah perjalanan, hilang fokus. Mata asyik nak terkebil-kebil. Kadang-kadang rasa otot tiba-tiba rasa lemah, lepas tu terkejut. Ini adalah tanda-tanda 'microsleep' . Berikut beberapa tips untuk elakkan microsleep ketika memandu ataupun semasa bekerja / kelas /kuliah. 


Apa itu Microslepp ? 

Microsleep = tidur beberapa detik, kadang-kadang dalam keadaan mata terbuka. Ada masa kita tak sedar pun kita tertidur. Ia biada berlaku jika kita terlalu mengantuk.

Tips Elakkan Microsleep Semasa Memandu

1. Tidur dengan cukup (6-8jam)
2. Jika tak cukup tidur, JANGAN pandu ketika waktu Subuh atau Zohor.
3. Minum kopi
4. Rehat setelah 2 jam memandu
5. Guna apps anti-tidur . Ia berbunyi dan gegar setiap beberapa minit.
6. Bawa bini / mak . Dengar dia bebel.

Kenapa mak ?  for sure kalau bawa kereta dengan mak , mesti kena tahan telinga juga kan ? hehee

Kalau no. 6 tu takda lagi , korang boleh la bawa peneman yang boleh ajak sembang . Jangan peneman pula tidur ... heheh 

Yang kedua pula Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah. Lisa sendiri kadang alami microsleep ni saat bekerja . Bahkan.. kadang ada customer pun , berlaku microsleep ini , nasib baik mata ai sepet... boleh coverline sikit hahaha. 


Tips elakkan microsleep dalam tempat kerja / kelas / kuliah.


1. Tidur dengan cukup malam sebelumnya.
2. Bawa gula-gula Kopiko.
3. Salin nota kuliah.
4. Pastikan lecturer cun/kacak.
5. Tak payah pergi kuliah, tidur je di bilik.
6. Dengar lagu ditempat kerja , bawa earphone sekali
7. Letak tanaman hijau dimeja kerja , rasa mengantuk je pandang je tanaman hias tu .

Harap tips ini dapat bermanfaat untuk kalian =) 

5 comments.. read them below or add one

Dkna Abza Dkna Abza December 19, 2017 at 4:34 PM
baru baca tadi tip ni dari doctor nama apa entah...lupa lak..
Emarieys Emarieys December 20, 2017 at 5:11 PM
Nak tambah yang berada dalam kelas tu...caranya tengok orang yang tersengguk tahan mengantuk.hehehe.
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman December 21, 2017 at 3:07 PM
Microsleep ni bahaya juga. kalau drive boleh akibatkan kemalangan
Lynda Che Lah Lynda Che Lah December 22, 2017 at 10:27 AM
Tips no 6 kelakar..hehe
tapi mmg kena fit kalau nak drive