Ad

Nikmat Berkongsi Rezeki

Nikmat Berkongsi Rezeki
Assalamualaikum , 

Walaupun cerita minggu lepas , tapi Lisa nak kongsi juga. Jumaat Pagi,  Lisa dapat breakfast dari Boss, memula ingat dia nak belikan nasi lemak ...adeh konfirm Lisa tak boleh makan nanti . Tapi nasib baik dia balik tu bawa sebungkus bihun goreng. Macam biasalah kan kalau beli dekat kedai makan , akan ada irisan atau potongan ayam nipis- nipis tuk tambah sedap . Tapi memang sedap pun bihun goreng tu . Sedap orang belanja atau memang masak sedap itu ? entah la.. heheh sedap sebab perut lapar kot atau mungkin nikmat berkongsi rezeki ?

Nikmat Berkongsi Rezeki 


Jadikan cerita , kat belakang tempat kerja ni ada kedai kosong terbiar macam tu je yang dulunya kedai makan mamak. Time aku tengah makan tu , terdengar suara kucing meoww meooww... kelaparan . Aku letak air dalam bekar tuperware plastik dan letak depan pagar pintu , dah jadi kebiasaan  bagi kucing2 jalanan singgah minum . Ok ... lepas tu aku berdiri depan pagar , mak kucing memandang Lisa dengan sayu.. alahai... kesian pula . tak ada makanan yang nak diberikan .

Pastu Lisa tinggalkan kucing tadi ... Lisa pergi kat bihun goreng panas howt. howtt...
Lisa belek-belek.. ternampak lak ayam . Erm.. kunyah ..nyum nyum.. sedap juga ...

Meoww... meoww..


Suara kucing tu terdengar lagi , adeh.. rasa nak nangis pun ada . Kasihan juga.. so aku bagi la irisan ayam yang ada dalam bihun goreng tadi . Berapa la sangat kan iisan ayam tu , tak banyak. Takpela.. rezeki kucing tu . Lisa letak dekat bekas minuman kucing tadi . Si Mak kucing datang mendekat.. lalu gigit ayam tu . 

Lisa ingat dia nak terus telan , eh dia berlari masuk dalam bangunan kosong tempat anak kucing tadi meoww meoww. Dia bagi anak kucing makan rupanya . Siannya ... irisan tu tak seberapa pun , yela pengorbanan seorang ibu .  Lisa tak habis makan bihun tadi ... Lisa letakkan di tempat bekas minuman tadi semula . Dan.. dua beranak tu keluar dari bangunan , then jamah la bihun tadi . 

Ya allah... spechless gila ... dalam rezeki kita jangan lupa ada rezeki untuk yang lain juga. Rezeki kucing tu .. 

Lepas tu pergi kerja kat branch satu lagi dalam mall . Nak tahu tak , ... ada customer yang ni belanja Lisa KFC Snack plate ( tak tau eja betul ke tidak )  . Nampak tak... Allah bayar cash kebaikan yang kita buat pasti akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat. Nikmat berkongsi rezeki , irisan ayam diganti dengan 2 ketul ayam . ... 




😄






6
( Hide )
  1. Alhamdulillah, nikmat bila berkongsi rezeki walau dengan makhluk Allah yang lain

    ReplyDelete
  2. huwaaaaa apa la malam ni semua tayang ayam goreng ni huhuu

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah menerima balasan serta merta.

    ReplyDelete
  4. Jahat! Buka buka blog lisak nampak ayam goreng. Terliur

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Benarlah kata baginda Rasulullah, tak akan jatuh miskin bagi mereka yang suka bersedekah. Tu baru sedekah pada binatang. Belum lagi pada Masjid, rumah anak yatim atau mereka yang dalam kesusuahan. Tak dapat balasan di dunia, di sana pasti ada.

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo