Cara Merawat Masalah Rambut Gugur - Freshr

Petua / Cara Merawat Masalah Rambut Gugur - Freshr

Assalamualaikum ... ! Bila sikat rambut je, rambut luruh mcm Auturm in My Heart”..Yang melekat kat sikat tu,tak payah cakap la.. Sini rambut,sana rambut.Kat lantai pula hari-hari kena sapu,dalam bilik air lagi. Stress kan?? Tu tandanya korang mengalami keguguran rambut yang serius. Bukan korang sahaja,,Lisa juga mengalami keguguran rambut yang agak serius. So hari ni saya nak share petua semula jadi bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan juga cara  merawat masalah rambut gugur dan gatal  , salah satunya dengan Freshr



Cara / Tips Merawat Rambut Gugur dan Gatal 

Bagi wanita bertudung , terkadang ada yang alami masalah rambut berbau hapak , rambut kering , rambut gugur , dan gatal sebab berpeluh .Ingatkan rambut gugur hanya berlaku pada wanita yang dah lepas bersalin , ini Lisa kawen pun belum lagi ..tapi rambut dah selalu gugur . Kadang tak perlu bersikat, raut sahaja dengan jari, dah segenggam rambut yang tanggal.  Huh .. ! Stress aku ! Dulu rajin juga la letak vitamin  jenama apa ntah tu .. pastu kalau letak vitamin rambut jadi berminyak dan leper. Tak selesa oihhh. Meh lisa kongsikan petua cara merawat rambut gugur dan gatal
  • Limau Nipis : Petua yang saya paling saya suka, perahan air limau nipis. Disamping bau yang harum dan segar. Diamalkan selama 2 minggu,kaedah ini mampu menghilangkan kelemumur. Kelemumur adalah antara punca keguguran rambut.

  • Aloevera : Yang ni pasti dah selalu dengar bukan  ? Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan menawan, korang boleh menggunakan lendir daun lidah buaya dan disapukan kepada rambut sehingga ke kulit kepala. InsyaAllah rambut tidak akan gugur lagi malah semakin cantik dan sihat.

  • Tembikai : Petua seterusnya menggunakan kulit tembikai bahagian dalam. Gosokkan pada kulit kepala dan biarkan ia meresap. Cuci sehingga bersih selepas 15 hingga 30 minit. Kalau nak bawa tidur pun boleh. Pastikan anda menggunakan shower cap bagi mengelakkan bantal basah. Petua ini boleh diamalkan sekali dalam seminggu.

  • Kacang Hijau : Bukan hanya untuk dimakan , tapi korang juga boleh menggunakan air rendaman kacang hijau untuk atasi rambut gugur.  Caranya : rendamkan kacang hijau semalaman,tapis dan sapukan air rendaman itu keseluruh bahagian kulit kepala sambil diurut perlahan-lahan. Petua ini boleh diamalkan selalu sehingga rambut baru kelihatan tumbuh. Elakkan mengikat rambut dengan getah.



Tapi cara-cara atas tu leceh dan susah ? Nak cari bahan-bahan tersebut lepastu buat persiapan yang tertentu semata-mata untuk menangani masalah rambut, mana ada masa weih.. malas pun ye jugak . Nak senang... Lisa pakai je Freshr , tak melekit dan tak berminyak . Rambut kepala segar pun ye jugak... 


Freshr , Merawat Rambut Gugur dan Gatal  


Ni lah FRESHR yang Lisa pakai tu .  FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Rasa sejuk meresap dalam kulit kepala... dan.. bau wangi weih ! 




Kelebihan Menggunakan Serum FreshR

Kalau dulu Lisa selalu pakai conditioner selepas pakai shampoo.. hmm sekarang malas pula. balik kerja mandi nak lama-lama memang tak la . Naseb baik ada FRESHR , bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. 


  • Mengatasi masalah rambut gugur - Rambut yang tidak sihat akan mudah gugur. Rambut perlukan vitamin yang mencukupi bagi mengelakkan keguguran. Gunakan FreshR untuk menambah vitamin yang diperlukan. Lisa pakai sebelum tidur , rasa fresh .. pagi buat kerja berpeluh-peluh pun tetap wangi je rambut .

  • Mengatasi masalah rambut botak tengah - Masalah botak tengah sering dihadapi orang lelaki yang stress bekerja. Dengan FreshR, pertumbuhan rambut akan dirangsang serta masalah botak tengah dapat diatasi. Korang yang ada sedara mara atau husband barang kali , boleh try ini.. kawan Lisa pun husband pakai . 

  • Mengatasi kulit kepala gatal - Kegatalan pada kulit kepala berpunca daripada rambut lembab yang tidak dikeringkan dan terkena panas matahari. Lebih lagi wanita bertudung ni , panas terik matahari mesti buat kepala berpeluh, dan jadinya gatal . Dengan FreshR, kulit kepala akan sentiasa sejuk dan segar.
  • Mengatasi rambut beruban - Bagi orang yang berusia, masalah rambut beruban boleh menghilangkan keyakinan diri. Gunakan FreshR untuk mengembalikan warna hitam rambut anda tanpa menggunakan pewarna.  , errr rambut Lisa semua masih hitam lagi , nanti try la kat abang pula .. Hihihi... 

  • Mengurangkan Migrain -  FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. 

  • Mengelakkan rambut bau Hapak -   Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari



Bahan Kandungan FreshR Berasaskan Organik

FreshR hanya menggunakan bahan organik yang diyakini berkesan serta telah disahkan selamatdigunakan oleh Kementerian Kesihatan serta halal di daftarkan di bawah KKM - not170505181k , dan  tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya  . 

Selain dari bahan kandungan Hair Protein , Semburi Extract , Melaleuca Leucadendra Oil , Pudina Extract ada 4 bahan organik yang memang memberi kesan kepada rambut ~, eh panjang pula Lisa explain..


  •  Aloe Vera - dapat mengekalkan kelembapan sekaligus mengelakkan masalah rambut gugur
  • Argan Oil - mengandungi vitamin tocopherols yang baik untuk mengembalikan kesegaran rambut 
  • Jojoba Oil - penyah fungus yang dapat membantu menghilangkan masalah rambut berbau dan gatal     akibat fungus dan juga kutu
  • Virgin Coconut Oil - membantu menghitamkan rambut dan pertumbuhan rambut.

Cara penggunaan FreshR 

Tekstur FreshR ni macam minyak kelapa , tapi langsung tak melekit dan senang nak sapu di rambut mahupun di kulit kepala ..cara guna ia pun mudah sangat , apply ketika rambut kering , drop beberapa titis minyak dan sapu di rambut dan jugak kulit kepala .. urut dalam 2 - 3 minit .Biasanya Lisa pakai malam  sebelum tidur . Ikut panjang rambut korang la ye ... kalau rambut pendek 1 picit je.. kalau rambut panjang..2x picit gitu .



REVIEW LISA 

Dari apa yang Lisa dah pakai selama seminggu ini , memang terasa beza la antara sebelum dan selepas pakai serum FreshR ini . Rambut jadi lembut dan kurang gugur. Kalau cakap 100 dah takda yang gugur tu menipula ye kan.. hehehe. Lisa pakai serum FreshR rambut lurus teratur weih , dah tak macam rambut singa kalau lepas keringkan rambut. Yela.. rambut singa.. sebab panjang paras pinggang. Bangun tidur pun dah sehelai dua je rambut yang gugur.  Serum ni tak melekit , rasa sejuk sejuk macam mint gitu . Best laa ! Bau pun wangi ... bye rambut kering . Jimat masa la Lisa tak perlu lagi kerap letak perapi time pakai shampoo.


Meh baca testimoni dari orang lain pula.. 

TESTIMONI Pengguna FreshR






HARGA FRESHR 

Harga untuk sebotol FreshR RM90.00 .. Oh ya.. Nak bagitahu ni .. sekarang FreshR ada buat SALE kaw kaw . Harga PROMO : 
  • Sebotol : RM70 
  • 2 Botol ; RM120
Wah boleh jimat banyak weih .. 




Eh.. banyak pula Lisa membebel.. nak cuba juga serum FreshR ?  korang usha ler di website Freshr . 

Info selebihnya  :
Facebook : FreshR HQ Branch KL  
Sms / Whatsapp 'FreshR' :  0164845540  
( Amirul - Seremban )

{ 28 comments.. read them below or add one }

qaseh dalia qaseh dalia August 7, 2017 at 5:51 PM
Tq lisa kenalkan dengan Freshr , memang best guba tak tipu ..
sarah lalala sarah lalala August 7, 2017 at 7:08 PM
Sara singgah sini :)

https://messarah.blogspot.my/2017/07/day-1-ten-things-you-want-to-say-to-10.html
Mazni Azmi Mazni Azmi August 7, 2017 at 7:17 PM


Apa khabar dan selamat malam pada lisa cik sepet

Sekarang ni kalau bukan sebab cuaca panas, rambut banyak gugur sebab makanan harian kan

Sebab tu kena jaga makan

Benda berkafein ni menyumbang juga pada rambut gugur

Moga moga kita jaga supaya rambut tak nipis
Sue Izza Sue Izza August 7, 2017 at 7:20 PM
Haihhhh nak kena dapatkn ni,dah lama tak belai rambut hehgehehe
TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO August 7, 2017 at 7:34 PM
Tq lisa share pasa Freshr ni..cara penggunaan pun nmpk senang..
anajingga anajingga August 7, 2017 at 8:02 PM
Bagusnya produk macam ni Lisa, betul masalah rambut gugur ni tak boleh nak biarkan, kena cari rawatan yang sesuai kan :)
anajingga anajingga August 7, 2017 at 8:03 PM
Tips yang bagus Lisa, masalah rambut gugur ni perlu dicari penyelesaian nya. tak salah mencuba kan :)
Lisa Nurulain Lisa Nurulain August 7, 2017 at 8:41 PM
meh lisa tolong belaii hihihi.. sila beli ye kak sueee
Lisa Nurulain Lisa Nurulain August 7, 2017 at 8:45 PM
betul tu kak.. kalau ada bnyak masa boleh try tips yang semula jadi. kalau lisa.. plih serum tu je hahaha
careno careno August 7, 2017 at 9:33 PM
Nak bg entry ni kat kak zaza... rmbut dia gugur teruk skrg..
Miera Hassan Miera Hassan August 7, 2017 at 11:04 PM
Suka freshr.. Segar kulit kepala bila pakai
saidila abdul rahman saidila abdul rahman August 7, 2017 at 11:13 PM
rasa macam nak kenal beli jugak nih sebotol .....manalah tahu boleh atasi masaalah keguguran rambut dan lain2 masaalah .....
Radhia Razali Radhia Razali August 7, 2017 at 11:26 PM
akak memang tengah mengalami masalah rambut gugur ni..Kalau Lisa cakap serum rambut freshr ni bagus, boleh try untuk rambut akak..
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ August 8, 2017 at 1:58 AM
Wanita dan keguguran rambut tak dapat dipisahkan . Lagi-lagi yang berambut panjang . Memang perlukan penjagaan yang rapi .
Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 August 8, 2017 at 7:58 AM
Freshr ni memang best, suka bila pakai tu kepala rasa sejuk ja. Rambut pun wangi & lembut
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof August 8, 2017 at 9:18 AM
alang-alang baik beli dua botol kan..lebih jimat..akak pun ada masalah rambut gugur...boring je
ni yang nak mencuba ni
mas saari mas saari August 8, 2017 at 10:42 AM
Memang menarik serum FreshR, nak cuba jugak!
Miera Hassan Miera Hassan August 8, 2017 at 12:48 PM
kalau nak buat sendiri guna bahan utama memang takde masa la kan..nasib ada freshr.. segar kulit kepala dan rambut pun lembut
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz August 8, 2017 at 1:52 PM
Bestnya pakai FreshR kan lisa.. rambut jadi harum tak hapak .. rasa berangin sejuk jee kulit kepala.
akubiomed akubiomed August 9, 2017 at 11:17 PM
Masalah rambut gugur akhirnya dah jumpat ubat yang boleh mengurangkan rambut gugur.