Kelebihan , Khasiat dan Harga Jus Lutox Dnars

Jus Lutox Dnars 

Kerja di dalam mall sungguh mencabar betul , semakin penat  .. badan rasa lembik ja . Kadang balik rumah , duduk atas sofa boleh pula terus tertidur disitu . Dengan tak mandi lagi ,,, ( opsss terkantoi pulak )  ON Off je stamina ! Hmm.. macam mana nak jaga stamina tubuh ni ha ..? Oh .. sebelum ini Lisa pernah tulis artikel tentang JUS LUTOX DNARS , macam banyak je kan khasiatnya . Lepas join contest tempoh hari , Lisa cuba la juga amalkan minum jus lutox, ha... jom le Lisa story sikit apa bagus ke tidak , and berkesan ke tidak jus lutox dnars ni . Baca sampai habis tau ... 

gamabr Jus Lutox Dnars


JUS LUTOX DNARS ni minuman botani campuran buah-buahan dan sayur-sayuran . Awalnya dalam kepala ni asyik fikir Jus Lutox ni mesti pahit , berbau jamu , dan mesti tak sedap . Urghh... lemah betul kalau suruh minum suplement yang sirap ni . Takut membazir pun ye juga , demi kesihatan.. Lisa gagahkan juga teguk Jus Lutox ni . Glup.... eh.. sedap pula rasa jus ni . Rasa manis dan sedikit masam , macam minuman campuran buah kurma , honey dan lemon dicampur jadi satu . Nasib baik la tak pahit , so rileks je masuk dalam mulut . Dap dap... 


Kelebihan & Khasiat Jus Lutox Dnars Untuk Kesihatan 


Nah Lisa kongsikan ada 12 kelebihan dan khasiat utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;

  • Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Melancarkan proses penghadaman.
  • Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh



AMARAN !!
  • TIDAK SESUAI UNTUK BAYI 
  • JAUHI DARIPADA KANAK-KANAK 

Kandungan dalam Jus Lutox Dnars 

Awalnya Lisa rasa risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus cari maklumat dalam web Dnars. Apa kandungan herba yang terdapat dalam jus Lutox Dnars sehingga membuatkan ia begitu berkhasiat . Nak tahu ? Just Lutox Dnars minuman kesihatan mengandungi   Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. minuman di buat dari bahan-bahan segar berkhasiat dan kaya dengan nutrisi semula jadi.


Simpan di tempat dingin yang kering untuk kekalkan khasiat dalam jus lutox ni dan untuk elak kandungan rosak . 


Saiz/Isi padu Produk: 400ml/botol



Cara Penggunaan Jus Lutox Dnars

Goncang sebelum digunakan. Lepas dibuka, sila simpan di tempat yang sejuk dan kering. Minum 2 sudu besar semasa perut kosong sebelum makan pagi dan makan malam. Mudah je bukan ? tinggal masuk mulut je. Jangan lupa untuk banyakan minum air kosong . 


Harga Jus Lutox Dnars

Harga untuk sebotol Jus Lutox Dnars ni RM100 untuk semenanjung dan RM110 untuk area Sabah- Serawak .

Cara beli paling senang korang boleh SMS atau Whatsapp di 019-717 7207 

Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM , korang tak perlu risau dan was-was lagi la .



REVIEW LISA :
So far Lisa dah minum dari hari dekat nak raya sampai la sekarang . Feed back kat Lisa positif jer ,  badan pun tak rasa sangat penat macam sebelum ini . Pagi-pagi bangun tidur dah tak mengantuk dan lemau lagi , kira dah sihat cergas bertenaga la , metabolisme pun lancar . Amboihh.. macam iklan pula . Tak perlu tunggu tua kalau nak minum Jus Lutox kayh.. sebab yang muda atau yang tua boleh minum , Jangan tunggu dah sakit-sakit baru nak tercari-cari .






Makin meriah rangkaian produk Dnars . Dengan Jus Lutox memberi banyak manfaat buat kesihatan tubuh dan badan.
Yang berminat  nak merasa Jus Lutox , nak sihat dengan Jus Lutox... Lisa tak jual tau .. boleh beli di pasaran . Tapi nak lagi senang , boleh je beli dan order secara atas talian di number bawah ini :

Website : www.lutox.com.my

Tel : 019-7177207

#JusLutoxDnars #JusLutox #Dnars #berdiritegapbertenaga
Semoga perkongsian Kelebihan , khasiat  dan harga Jus Lutox Dnars bermanfaat untuk semua yang ingin kekal sihat , bertenaga dan cergas sepanjang hari .  

{ 15 comments.. read them below or add one }

YB Shehan YB Shehan July 10, 2017 at 9:17 PM
Harga rm100 ye.. mcm ok utk org tua gak ni..
Aku Penghibur Aku Penghibur July 10, 2017 at 9:18 PM
wahh banyak khasiat..lelaki boleh minum ?
Wzfadhlandotcom Wzfadhlandotcom July 10, 2017 at 9:23 PM
Sedap...masa pi umrah dengan kak ni (toke dnars) dia bagi try, rs bertenaga
Shiqeen Sattar Shiqeen Sattar July 10, 2017 at 9:31 PM
Bpe lama tahan untuk sebotol eh?
Nina Mirza Nina Mirza July 10, 2017 at 10:42 PM
Menarik laaa khasiat nya
Na cari laaa nanti
Dkna Abza Dkna Abza July 10, 2017 at 10:44 PM
Jus ni blh tambah susu badan skali tak?
mas saari mas saari July 10, 2017 at 11:14 PM
Bagus kahsiatnya, beli kat MIL dan FIL elok jugak ni.
Afiq Halid Afiq Halid July 10, 2017 at 11:19 PM
Lelaki boleh minum tak? Macam nak cuba memandangkan kita perlu minum sesuatu yg berkhasiat.
Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 July 11, 2017 at 8:23 AM
Sebotol tu boleh tahan berapa lama tu Lisa?
Normi Nieza Normi Nieza July 11, 2017 at 9:41 AM
wow..terbaik..:)

psstt..lisa..gambar tu salah eja..hehe
IQ = Izyan Balqis IQ = Izyan Balqis July 11, 2017 at 11:14 AM
IQ pernah rasa jamu berasaskan kunyit, erkk..xsedap. yang ni macam sedap je..hehehe
mOoN IzzaN mOoN IzzaN July 11, 2017 at 3:53 PM
sesuai tak untuk ibu menyusu bayi? kelebihan buang angin dlm badan tu macam best..
Que Achmad Que Achmad July 12, 2017 at 2:09 PM
abe dh belikan jus ni utk Cikma