Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan pun Kena Halau ?

Semalam viral or tular di media sosial , video kekecohan menghalau parti pembangkang yang nak agihkan sumbangan sedekah kurma di bazar ramadhan Kluang dalam pukul 7 . Tempat aku la tu , tapi biasa pergi pasar ramadhan pukul 5.30 jadi tak tahu menahu ada pergaduhan ini , sampai la video tu tular di facebook. Bagi aku la ye ,, tak sepatutnya pakcik baju merah halau orang nak sedekah sampai macam tu sekali , memaki-maki , tolak orang , sampai pukul orang yang bagi sedekah kurma tu . Ya pun dari parti berlainan , kalau nak halau pi la cakap elok-elok ... wat malu orang islam je . Time puasa pulak tu .. ,puasa bukan tahan makan minum je , tapi marah dan perilaku tu kena jaga gak . Nabi tak ajar macam ni tau ( eh terceramah pulak )

Sedekah Kurma di Bazar Ramadhan Kluang pun kena ada halau ke ? 

Aku bukan menyokong kedua pihak parti merah dan parti Dap tu , tapi iyelah , orang nk bagi sedekah kurma ... biarla mereka bagi . Ada orang komen " kalau bagi sedekah kurma tu nanti kacau peniaga kat situ " bagi kurma 5 biji je pun , nak kacau niaga apanya , tk kan rugi kot ..lagi pun timing dah nak buka puasa  .  Ada je orang susah yang tak beli kurma untuk berbuka , kena ingat juga tu .


Video Kena Halau ketika memberikan sumbangan sedekah kurma di bazar ramadhan Kluang

" Kalau iklas , tak perlu letak gambar parti di tuperware tu ."

Lah sebelum ni ada orang bagi bubur lambuk pun dia bagitau dari mana , dari company mana .. kalau kat masjid pun orang agih bubur lambuk mesti ada sticker dari masjib bla bla bla. Sebab dia DAP pastu tak boleh masuk ke ? tak leh terima ke ? Yang korang makan kat kedai mamak ingat semua yang kerja tu islam ke ?

Takut sangat dengan yahudi dan parti pembangkang ?.. aiyoyo .. kalau takut yahudi.. tkyah main facebook sebab itupun yahudi yang buat .

Dengar cerita yang pakcik baju merah dan orang yang mengaku seorang "imam" tu dah ditahan polis sebab menumbuk dan menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam . 

Pasal lelaki yang mengaku imam  tu pun satu hal , rasanya 2014 ditempat yang sama gak , orang tu halau juga parti pembangkang yang nak sedekahkan kurma .

Yang packing tu bukan islam
Hmm... dah tu yang korang makan kat kedai mamak tu ingat islam ke semua pekerja diorang ? Yang korang makan kat pizza hut tu ingat semua yang makan tu islam , bercampur gak pinggan mangkuk dengan orang bukan islam ? . grrrr...
Aku taknak komen banyak la,,, just part maki-maki tu je i rasa tindakan tak patut . kalau nak halau kalau tak suka , boleh cakap elok-elok . Gitu...

2 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan June 12, 2017 at 4:08 PM
haiyooo bulan puasa pun nak di politikkan.. astagfirullah
mrhanafi mrhanafi June 12, 2017 at 9:26 PM
Semua ini sifatnya provokasi..

Tak nak komen lebih lebih