Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson


Assalamualaikum ! Salah satu dari wish list dah terpenuhi ,. yes!  dah lama Lisa sememangnya nak pergi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON , tempat ala-ala Boracay di Philiphina tu . Private pool gitu .Lain dari yang lain kali ini Lisa bercuti di bulan ramadhan . walaupun begitu tetap ramai juga yang bercuti di Lexis Hibiscus . Teruja betul nak menaip kali ini.

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson  Buat Aku Teruja !!


Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih..

Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, Kali ini Lisa menginap di  bilik Executive  harga dalam RM1020.00 satu malam . tengok dari maps terletak di bahagian daun hibiscus ni .



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta , akan ada orang yang buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Banyak kaunter pendaftaran so korang tak perlu risau menunggu lama , oh ya ..di LEXIS Hibiscus ni ada  sofa untuk tempat menunggu sementara korang nak check in , ada Live performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim ..ya sama semua  diberikan secara percuma sahaja . Best kan ?



Sebelum naik Buggi (kendaraan disitu ) , kena beratur . Macammana dengan barang beg-beg besar pula ?part tu serahkan je dengan staff disitu ... hanya perlu bagitau dengan mereka number bilik korang nanti mereka akan hantar dengan selamat . So Jom kita menuju ke bilik pula 




Lisa bermalam di Executive Room Lexis Hibiscus Port Dickson , antara kemudahan yang Lisa dapat seperti :

  • Keluasan71 sqm
  • Terletak di  bahagian daun bunga raya / hibiscus
  • glass panel di lantai untuk melihat kehidupan laut dibawah.  to view the marine life below
  • 2 king beds
  • swimming pool peribadi  dan sauna di kawasan balkoni 
  • bilik air yang besar 



2 KATIL KING SIZE 



Meja yang luas dan selesa. Dibawah meja bahagian kiri dari gambar , yang berwarna putih tu dalam ialah peti ais bersaiz kecil , Setakat nak sejukkan minuman dalam tin dan menyimpan makanan tu boleh la .




Walaupun Lexis berada di tepi pantai , tapi tak menjejaskan line telephone dan juga internet . Lisa guna talian celcom , full barr 4G  (just masa di lobi hotel tu je la line bertukar ke E , sob-sob  nasib baik ada wifi percuma ) , haa kira ok la tu sebab biasanya kalau kawasan tepi pantai ni line telephone susah sikit dan ada pun tak berapa nak laju . Di Executive Room Lexis Hibiscus ni juga korang akan dapat FREE WIFI , laju juga lah . So tak menjejaskan kerja korang , almaklumlah Lisa ni kena sentiasa guna internet ... hehe 

Jom jelajah bahagian bilik mandi dan swimming pool pulak .



panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah

Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..



 Bathroom Amenities

  • Shower
  • Hair dryer
  • Toiletries
  • Bathrobes


Peralatan untuk mandi memang dah biasa ada di mana-mana hotel , yang best disini disediakan sekali dengan hair-dryer dan juga tempat untuk iron baju tapi sayangnya takda iron disitu 😉 . Ha.. payung dan penimbang pun ada tau . Memang complete lah . 



Peti besi untuk simpan barang berharga .




Perempuan pantang tengok cermin , selfie kejap.. hew hewww 





 Private Swimming Pool 






Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,




Swimming pooll sea view 

Private pool di executive room ni dia tak berdepan-depan dengan bilik orang lain ,,, jadi aman la cik Lisa nak swimming disini without tudung , masih berpakaian sopan hehehe . Sebab gambar private so letak je gambar budak ni , see.. nampak tak betapa dia happy tengok laut ni . Memang release otak la..



Pemandangan di Lexis Hibiscus Port Dickson malam hari  . Ni tips untuk korang ye ,, lebih baik jalan kaki meronda-ronda disini daripada naik buggy car. Atau boleh je nak sewa basikal... ada tempat tuk sewa .




Design luar yang unik ! 
Kalau time pagi , angin kuat dan korang boleh menikmati ombak laut yang menghempas batuan tepi pantai.. ececece..  bermadah pulak . 


Oh ya Lisa dapat pakej room dengan Free sarapan  untuk 2pax / room 

Menu yang disediakan seperti : Nasi Lemak  yang dibungkus daun pisang , Nasi goreng , Daging rendang , Bihun goreng , aneka telur , Telur gulung , nuget , aneka roti ,aneka jus buah , salad , bihun sup , bubur dan banyak lagi . Ambek sedikit sudah , nanti boleh topup makan lagi . Hek hek...
Rasa untuk makanan ni 4/5 bintang. Sedap sampai menambah -nambah . opss .

Untuk sarapan ini korang boleh pilih sama ada Roselle coffee house  (yang ni kena beratur dulu ) atau masuk dalam lagi di UMI jappanese restaurant . Dua tempat ni sama je , boleh breakfast disini .




REVIEW LISA

  • Lisa sangat puas hati dengan service dan bilik disini. antaranya : 
  • Layanan / service yang mudah 
  • Check in cepat dan mudah je 
  • Staff friendly dan murah senyum 
  • Kemudahan buggi car untuk bawa kita kedalam bilik jadi tak perlu la nak berjalan kaki usung beg tu ha . 
  • Bilik  yang luas dan selesa 
  • Katil best sedap tidur weih . 
  • Private pool , korang boleh swimming sesuka hati pagi ,siang , bahkan malam pun boleh tau dan tak berkongsi dengan orang luar . 
  • Sauna dalam bilik sendiri  tak perlu kongsi dengan orang lain , korang juga boleh set temperature sesuka hati .
  • Sewa basikal untuk keliling dan bersiar-siar di Lexis .
  • Boleh naik Heli untuk tengok Lexis Hibiscus dari atas . 



Nota : .. lepas ni harapnya ada iron la dalam bilik tu , sesuai untuk kami yang nak iron tudung ni ha , tak kan nak bawa iron dari rumah . hukss.. 

Rating Lisa :-(1-5 bintang ) 

Kebersihan : 5/5 ,
bersih gila beb lexis hibiscus ni , dari mula lobi sampailah di semua sudut .


Makanan : 4.5/5
Hampir kesemua makanan disini sedap . Sayangnya ayam rendang tu dah habis awal .. harap lepas ni dapat di banyakkan lagi menu itu .

WIFI : 5/5,
Laju , dalam bilik , dalam private pooll atau dibilik sebelah pun still boleh guna . Laju weih.. walaupun ramai orang guna . 1 password wifi ni boleh digunakan disemua tempat area Lexis ini tak terhad di bilik sahaja .

Bilik : 4.5/5
Bilik luas weih , dan sayang just pada iron tu takde tapi tempat iron ada haha.

Keselesaan tidur : 5/5 
Selesa tidur sampai tak sedar dah pagi , takda ganguan bunyi bising .

Lokasi : 4.5 /5 
Senang cari , alhamdulillah tak sesat lagi hahaha.

Value : 4/5 


Korang boleh juga rasai tarikan yang special untuk naik Heli di Lexis Hibiscus ini, hanya beroperasi ketika hujung minggu dan juga cuti umum . Boleh ride dan tengok pemandangan Lexis Hibiscus dari atas . Macam best je kan ? tapi sayang time Lisa pergi tu cuaca tak mengizinkan nak naik , uhukss kecewa ! Lain kali la pergi lagi :p 



Untuk maklumat selebihnya :-

 Lexis Hibiscus Port Dickson 

Address: 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-660 2626


Terimakasih Lexis Hibiscus Port Dickson , semoga Lisa ada kesempatan untuk datang sini lagi ..hehee





{ 53 comments.. read them below or add one }

Shark Kay Shark Kay June 8, 2017 at 3:34 PM
terliur betul tgk bilik tu ngadap laut..
pheww..
Afiq Halid Afiq Halid June 8, 2017 at 3:36 PM
Menarik nya bercuti kat sini. Boleh plan siap2. Thanks for sharing Lisa
Julia Johari Julia Johari June 8, 2017 at 3:38 PM
Bestnya!!!!!!!! 2 katil king...perghhhhhhh kalau dah masuk sini jangan harap nak balik lisa...akak baca semua kemudahan dia terbaik...kena menabung la cm ni
YB Shehan YB Shehan June 8, 2017 at 3:39 PM
Hibiscus.. among wishlist gak ni..
IQ = Izyan Balqis IQ = Izyan Balqis June 8, 2017 at 3:41 PM
menarik sangat! suka sangat tengok lexis hibiscus ni, InsyaAllah nak plan ke sana
Bella Idura Bella Idura June 8, 2017 at 3:43 PM
Seronoknya!! Idaman juga nak kesini. Aaminn..
shazillahsani.com shazillahsani.com June 8, 2017 at 3:45 PM
Wahhhhh...mewah tuk tgkkk... Hihihi
mas saari mas saari June 8, 2017 at 3:56 PM
Bestnya, memang teringin nak pi sini. Dapat 1 malam pun dah puashati, moga ada rezeki nanti!
yaya_flanella yaya_flanella June 8, 2017 at 4:01 PM
Bestnya oii. Haritu pi dengan uzu kolam kitorang menghadap kolam org lain segan sikit. Lisa punya more privacy hee
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz June 8, 2017 at 4:07 PM
Wah seronoknya bercuti kat Lexis.. pergh cantik no bilik dia .. puas hati.
Radhia Razali Radhia Razali June 8, 2017 at 4:09 PM
Bestnya dapat bercuti di Lexis Hibiscus..
Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 June 8, 2017 at 4:13 PM
Wishlist akak gak ni. Bestnya kalau dpt bawa si kembaq pi situ, mesti enjoy mandi kolam sampai tgh malam hehe
Huszaini Haron Huszaini Haron June 8, 2017 at 4:16 PM
Ok dah lawo dah tempat nih! Tahun lepas abang inspection tempat ni ada isu... Hehehe Alhamdulillah dah ok!
Allene typicalmommy Allene typicalmommy June 8, 2017 at 4:17 PM
Bestnya.... mmg btul2 blh tenangkan minda ni
Nadia Johari Nadia Johari June 8, 2017 at 4:19 PM
perghh..mewah giler..ade rezeki nak pergi sini
Nina Mirza Nina Mirza June 8, 2017 at 4:24 PM
Best nya...!! Baca pun teruja..
Bill laaa nak dpt stay semalam dua.
Sal Sal June 8, 2017 at 5:45 PM
Best gitu...tempat idaman percutian k.sal ni....
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 6:39 PM
insyaallah one day akan datang sini.. hehe
ubai ismail ubai ismail June 8, 2017 at 6:48 PM
teringin nak pi yg dkt penang tu. tapi tak pi pi lagi. hehehe
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 6:52 PM
best kan view dia.. kalau ada ikan mesti lagi best
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 6:56 PM
memang menarik ! most welcome afiq ....
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 6:57 PM
memanfaatkan waktu dengan sebaik baiknya masa kt sini hahaha
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 6:58 PM
kumpul duit dr sekarang kakkk hihihi
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:02 PM
ha ah.. tengok kat tempat lain mmg mcm kolam berdepan dengan orang lain
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:05 PM
betul betul cantik.. luasss woo
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:07 PM
betul betul best akk,, kena datang tau
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:07 PM
hampir hampir cukup..tapi dah best laa hehehe
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:09 PM
insyaallah satu hari nanti kak nina hehe
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:10 PM
wah yeke tak tau pulak.. hehehe dah ok dah... hehe
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 7:11 PM
mesti enjoy kalau kembar mari
Umminani Umminani June 8, 2017 at 7:55 PM
menraik lisa. teringin nak pergi , tapi pergi ramai2 syok ni..
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 8:01 PM
ITU LA... Kalau pergi berdua je rasa rugi lak katil besar hahahhaa
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 8, 2017 at 8:01 PM
memang best kak salll hihi datang la
Sue Izza Sue Izza June 9, 2017 at 2:26 AM
bestnyaaaa bila la nak merasa ni,dahhh pulak hotel ada cukai sekarang haihhhh
Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor June 9, 2017 at 10:03 AM
untung sangat dapat bercuti kat sini. rasa tak nak keluar bilik
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 9, 2017 at 11:53 AM
itula... baik cpt pi sebelum kena tax hahaa
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 9, 2017 at 11:53 AM
hahah betul tu .. mmg rasa taknk keluar dr bilik
mOoN IzzaN mOoN IzzaN June 9, 2017 at 12:01 PM
Lawa tempatnya ni.. 1 fine day.. simpan dulu.. :)
Lisa Nurulain Lisa Nurulain June 9, 2017 at 12:03 PM
hehehe simpan... lepas tu pi . harapnya tax tkde la
Bro Framestone Bro Framestone June 9, 2017 at 6:48 PM
Best... teringin juga nak pergi ke sini