Cahaya Raya Shopee Diskaun Gila-Gila !




Cahaya Raya Shopee Diskaun Gila-Gila ! 

Biar betul karpet ni hanya rm3.80 je ? Jauh beza dari harga di kedai-kedai sini yang kebanyakan bermula dari rm100 keatas . Tahun lepas Lisa beli pun harga dalam rm300.00 tapi besar nye la..hee.. kalau size atas ni dalam rm 100lebih . Jimat banyak weih.. kenapalah aku tak kenal Shoope dari dulu . 

Shopee Melancarkan Kempen Terbesar iaitu Cahaya Raya


 Dah murah lepas tu ada sale pulak , aduh mana tak tergoda ni . Kegembiraan membeli-belah dengan potongan harga sehingga 90%, Hadiah Bernilai RM50,000 dan Pelancaran Bayar Waktu Terima (COD) bersama Pos Malaysia .

Skodeng punya skodeng terjebak pulak Lisa berbelanja sampai 3 items oih. Beli Jacket sweater , Karpet bulu dan Brush makeup . Nak tahu tak berapa total amount semua tu ? RM 62 jek siap postage . Ye.. macam tak percaya je bukan ? .. tengok bawah ni ha..  Tak sabar pula nak tunggu barang sampai . 

Kuala Lumpur, 4 Mei 2017 - Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian.

“Hari Raya adalah sambutan terbesar di Malaysia. Tahun ini, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna kami atas sokongan padu mereka, Shopee telah melaburkan bajet terbesar setakat ini untuk bekerjasama dengan Kedai Rasmi seperi Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk menawarkan promosi untuk seisi keluarga selama 45 hari tanpa henti,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


“Malah, dengan pelancaran Bayar Waktu Terima, kami mampu mendekati sekumpulan besar pembeli atas talian pertama kali di Lembah Klang dari Tanjung Karang hingga ke Banting sekalipun untuk bersama-sama menikmati kegembiraan musim perayaan ini”.

Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

Sebagaimana cahaya Aidilfitri memberi kegembiraan kepada insan tersayang, Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. 

Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, menjadikan ia pertandingan terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhan mencecah nilai RM50,000!





Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour (Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijab Stars Recharge. Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).

Akhir sekali, Acara Hijab Stars Recharge, satu projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah Fhatyah, Sharifah Rose, Ain Edruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang.

Selain jenama syampu pilihan hijabista tersebut, Shopee juga akan meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah menarik seperti baucar penginapan hotel & penerbangan, potongan harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai.

Mulakan keriangan membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di http://cahayaraya.shopee.com.my/

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.




Mengenai Shopee


Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membeli-belah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara.



TIPS MEMBELI BARANG DI SHOPEE : 


* Tengok di rating dan komen , rating tinggi means elok la tu kan . Dan cari yang si penjual yang online , so boleh meyakinkan korang untuk beli . Jangan yang last online 1bulan lepas , nanti ada apahal susah pulak korang nak tunggu jawapan dari dia .


Apa tunggu lagi jom shopping ! mana tahu dapat hadiah weih.. 

{ 16 comments.. read them below or add one }

Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 May 16, 2017 at 12:42 PM
Tiap kali bukak Shopee mesti terjebak beli barang hehehe
Emarieys Emarieys May 16, 2017 at 1:22 PM
Seriau nak klik kat shopee...takut berbelanja lebih...hehehe
mas saari mas saari May 16, 2017 at 1:49 PM
Hoihhh RM3 jer, beli 5 teruslah Lisa. Hahahaa!
azni azni May 16, 2017 at 2:39 PM
dah ada online ni ... bulan posa tak yah kalut nak kuar rumah dah... senang sgt kan
PERMATABIRU PERMATABIRU May 16, 2017 at 2:50 PM
MURAHNYA KARPET TU..NAK JUGA
Cikk Mimin Cikk Mimin May 16, 2017 at 3:10 PM
HAHAHAHA, HARGA DIA MMG BUAT ORG TERSENYUM GEMBIRA :d
YB Shehan YB Shehan May 16, 2017 at 5:17 PM
Nak puasaaaaa shopping tp tak tahannnn
fizafantagirO fizafantagirO May 16, 2017 at 8:41 PM
Hahhh?? murahnyaa karpet tu. Rambang mata kat Shopee ni.Hahaha
IQ = Izyan Balqis IQ = Izyan Balqis May 17, 2017 at 2:30 PM
tiap kali baca entry shopee mesti rasa nak shopping jugak, tak keruan tengok harga murah sangat!
Sue Izza Sue Izza May 18, 2017 at 3:06 AM
Teringin nk beli karpet n rug tapi saiz kecik sgt huhuuu
Wan Syahida Wan Syahida May 18, 2017 at 9:33 AM
Shopee ni memang banyak barang murah2... sesuai shopping untuk raya.
Nisa Nisa May 18, 2017 at 9:09 PM
Haha, I told my husband about the rug. He didn't believe it was only 3.80 and said that IKEA have it cheaper -.- Guyyyss!
Julia Johari Julia Johari May 19, 2017 at 12:43 PM
Bagus kongsikan tips berbelanja di shopee tu...kadang2 kita alpa sebab nak cepat terleka benda penting.
Nadia Johari Nadia Johari May 22, 2017 at 5:56 AM
kenapa tak jumpa karpet tu 3..nampak 9 je..hahaa..geram ngan shopee..semua murah