Petua Bila Tercekik Tulang Ikan



Sungguh tersiksa aih kalau tercekik tulang ikan ni . Kemarin Lisa baru terkena , fuhhh.. rasa macam nak keluar anak tekak ni . Panik pun ye juga , nasib baik time tu kerja berdua dengan pekerja lain , boleh la suruh dia tolong jaga sekejap sambil aku berlari ke HQ .  Cara atau petua jika tercekik tulang ikan ni sebenarnya tak senang tak susah .. haha meh la Lisa kongsikan . 

Petua Bila Tercekik Tulang Ikan 




Elok kalau korang baca dan ingat petua ni , kalau dah tercekik tulang ikan ni sakit dia memang takleh nak terangkan . Nak keluarkan bukan senang , kena korek2 anak tekak tu pun kalau boleh keluar. Oh ya..kemarin tu Lisa tercekik tulang ikan keli yang halus bagian tepi-tepi tu . Halus je tu ... sakit woii . Rasa boleh , nak keluarkan tak jumpa pulak tulang tu kat mana . Tulang ikan yang besar boleh tarik atau cabut , tulang ikan yang halus.. korang baca petua ni  : 

1. Nasi kepal-kepal  lepas tu telan kat mulut . Jangan kunyah tau , kena telan sebijik nasi kepal gitu. Takdela kepal yang besar , kepal kecik dah . Lisa takreti telan makanan yang besar , jadi terrrkunyah pulak nasi tu , tak menjadi la. 

2. Pisang , kupas pisang and telan . Caranya sama seperti telan nasi kepal tadi. Lisa kat tempat kerja , kat mana pula nak cari pisang. Hahaha.. so next ! 

3. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 


4.Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya


5. CUKA , Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Hahhaa.. cara ni yang Lisa guna semalam . Aduh... minum cawan penuh dalam 250ml gitu, teguk.. muntah . Rasa jangan tanya la. masam and mencucuk2 kat tekak oih. Tekak masih rasa ada tulang ikan tu , so minum semula jadi 2 cawan la. Hahah nasib baik tak biol kepala ni ha. Boss suruh minum sebotol gitu . Matilanakkk...  rasa piawww . 

Lepas minum tu masih rasa muntah dekat mulut tu tak ilang, Lisa minum ais krim, minum ais lemon pun sama je , rasa loya lepas muntah tu tak ilang lagi . . Perut dan dalaman tubuh ni rasa panas semacam . Nak muntah balik pun ada.,. mana tak nya , Lisa kan perut sensitive gitu . So putuskan untuk tidur sekejap . Dulu husband boss yang tercekik tulang ikan ni , tu yang tahu cuka memang cepat lembikkan tulang ikan . 

Alhamdulillah lepas 2 jam , tulang tu dah lembik dan ilang dari mencucuk tekak. Untuk rasa cuka dalam mulut tu pula kena tunggu 24jam baru elok . 

8. If masih tak ok lagi , sila rujuk doktor terdekat .
Nota : 
Perlu korang tahu ye , kalau korang pergi hospital pun tercekik tulang ikan ni bukan dalam kes emergency . So kena tahan sampai turn sampai ... 2 -3 jam gitu la paling cepat kalau tak ramai orang . 

Doa bila tercekik tulang


Selain itu cara yang lain bila tercekik tulang ialah dengan baca Doa , seperti berikut :



{ 11 comments.. read them below or add one }

Pisyek Kumar Pisyek Kumar April 30, 2017 at 5:32 PM
Cara-cara di atas ni applicable untuk budak-budak 2-3 tahun tak sis? Ada pengalaman tak?

Saje Pisyek tanye. Hehe.
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz April 30, 2017 at 9:45 PM
ok boleh cuba nanti. tapi harap2 tak tercekik.. hehe
Lisa Nurulain Lisa Nurulain May 1, 2017 at 1:24 PM
tak sure pulak .. sebab biasanya budak 2-3thn kami pilihkan ikan tu bg diorang jadi mmg tkde tulang
Lisa Nurulain Lisa Nurulain May 1, 2017 at 1:25 PM
mesti naya kan kalau tercekcik tulang ikan
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz May 4, 2017 at 1:31 PM
Anak2 biasa gak lekat tulang..biasa tak lama kejap jer .. korek sekali dua bila diaorang muntah biasanya yulang tu keluar tapi kalau tak jadik jugak suruh kepal2 nasi pastu telan..macam lisa cakap kat ats ssh gak main telan2 kepal2 ni..sebba diaorang takle nak telan gtu jer..diaorang kunyah2 nasi tu..mmg tak menjadi laaa
YB Shehan YB Shehan May 8, 2017 at 1:07 AM
Huhu.ngerinya minum cuka. 1st time tahu. Slalu guna kaedah gumpal nasi tu je. Huhu.. hati2 makan..
Mohd Rasul Mohd Rasul May 11, 2017 at 4:38 PM
jarang makan ikan sbb tak suka tulang2 ikan. pernah dl tercekik. seksa gila nak keluarkan huhu
AnonymousAnonymous June 28, 2017 at 12:06 AM
Klu anak saya tercekik... klu thp boleh nmpk lagi....saya jadi dokt...guna twister cabut... tp nasibla anak motivasi tinggi nk kasi kita buat gitu😂
Anjasmara Abdul Razak Anjasmara Abdul Razak September 2, 2017 at 10:59 PM
SAYA JUGA PERNAH ALAMI NI... di blog saya juga ada kongsikan cara atasi bila tercekik tulang ikan, semoga bermanfaat buat semua, in syaa Allah. Baca Di LINK >> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.com/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html