Menang RM100 di A-Maze-Ing Promo Shurah Malaysia



Assalamualaikum ! Haii... Jalan-jalan kat Mall banyak pula barangan yang dah mula ' SALE ' , contohnya time pergi Pasific Kluang , nampak ada promo dari Shurah .  . Shurah Malaysia ada banyak produk dari hujung rambut, sampai hujung kaki .Seingat Lisa , akak pun pakai jenama ni dah dari time sekolah dulu, boleh tahan lama juga la kan jenama ini

Menang RM100 di A-Maze-Ing Promo Shurah Malaysia 


Kalau  nak tahu, Jetaine Corporation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat di Malaysia yang memasarkan rangkaian produk penjagaan diri yang lengkap dan disahkan halal oleh JAKIM di bawah jenama Shurah. Produk-produk Shurah terdiri daripada produk-produk penjagaan kulit muka, rambut, badan, solekan muka dan rangkaian produk wangian. Selain jenama Shurah, Jetaine Corporation Sdn Bhd juga memasarkan rangkaian produk yang lain di bawah jenama Tracia, Irise, Forum dan Loving Touch. Semua rangkaian produk dipasarkan ke pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai-kedai runcit di Malaysia Barat dan Timur serta di Brunei. Jetaine Corporation juga mengekspot produk-produknya ke luar negara. Wahh... sampai keluar negara tu ., mesti kualiti bagus ni , kalau tak ... tak mungkin boleh sejauh ini. 

Jetaine Amazeing Promo bermula 15 Mac -15 Mei 2017 



Beli Jetaine boleh menang RM100 ? eh biar betul... 
Betul ... tak tipu , hanya dengan beli barang Jetaine produk minimum rm20.00 dalam single resit , korang berpeluang untuk  menyertai Amazeing Game dan juga Facebook Photo Contest . Mana tahu dapat menang hadiah sebanyak RM100. Jetaine Amazeing Promo bermula 15 Mac -15 Mei 2017 sedang berlangsung dan menyediakan banyak aktiviti dan hadiah menarik kepada pengguna produk ini.



Aktiviti di rak Shurah :
Untuk sertai aktiviti dan permainan yang korang boleh menang hadiah,caranya kena beli produk Shurah bernilai RM20 ke atas dalam satu resit,pastu korang nampak tak rak macam dalam gambar kat atas haaaa korang pi je situ ,cari salesgirl atau sesapa orang berkenaan dan korang boleh sertai permainan dan menang hadiah yang di sediakan.



Photo Contest :
Selain permainan di rak ,korang juga boleh sertai :- "photo contest" dengan props yang di sediakan di rak itu,korang snap gambar yang paling kreatif dan super duper awesome,agak-agak wow la kan pastu upload ke Facebook dan Instagram,pastu buh la hastag #AmazeingPromo . Hadiah diberikan setiap minggu tau sebanyak RM100 . Cuba la , mana tau rezeki ! 



Tak semua orang rajin untuk join contest , contohnya Lisa la. Hahaha memang mood down awal kalau contest sebab dah selalu tak menang . If korang pun sama kes macam Lisa atau malu-malu kucing nak join , taknak masuk contest #AmazeingPromo tapi nak hadiah? Boleh! Yang beli barangan Shurah lebih dari RM70, RM100 dan RM150 layak dapat hadiah :- 

1. Pembelian melebihi RM70-boleh dapatkan beg Nylon Foldable ekslusif.
2. Pembelian melebihi RM100-boleh dapatkan botol 400ml dengan pouch.
3.Pembelian melebihi RM150-boleh dapatkan payung.



Jadi cepat-cepat serbu pasaraya atau mall-mall yang menjual produk Shurah dengan Jetaine Amazeing promo ni ye, check senarai outlet dan Mall yang terlibat > DISINI


Kalau anda nak beli produk Shurah tapi anda tiada masa, jangan risau kerana anda boleh beli produk Shurah di dalam talian je. Bukan sahaja produk Shurah, tapi semua produk-produk lain juga di sini : http://www.jetaine.com/product-category/shurah/shurah-body-care/

Jadi, jom follow Instagram dan Facebook Shurah ramai-ramai untuk tahu pelbagai promosi menarik okay?

Website     :  http://www.shurah.com.my/






{ 12 comments.. read them below or add one }

Lan Careno Lan Careno April 29, 2017 at 3:31 PM
Dulu zaman study mmg pakai syurah... Zaman jg penampilan diri...
Dkna Abza Dkna Abza April 29, 2017 at 3:37 PM
Shurah ni brand dah lama..dulu zaman sekolah memang glamor jenama shurah ni. Sampai sekarang masih lagi kekal ..
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 29, 2017 at 4:34 PM
zaman sekarang dah tak jaga penampilan ke abg lan :D
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 29, 2017 at 4:34 PM
memanggg.. heheh smpai 15mei jekk
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 29, 2017 at 4:34 PM
yg lisa tengok sekarang penjagaan rambut tu masih kekal orang pakai.
tiga lalat tiga lalat April 29, 2017 at 5:46 PM
tahniahnyerr., menang rm100 tuuu., ;p
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 29, 2017 at 5:58 PM
hahah elee nmpk sangat tk baca entri ahahahaa
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 29, 2017 at 6:04 PM
boleh join smpai 15mac nti kak...
Mohaz Sue Mohaz Sue April 29, 2017 at 7:04 PM
Menarik ni lisa...boleh cuba join nanti
Nina Mirza Nina Mirza April 30, 2017 at 8:57 AM
Best ni...
Kak nina suka sabun mandi Shurah . Wangi..!!