Budak Sekarang Memilih Kerja !


Ingatkan cari kerja je yang susah , sekarang ni susah nak cari pekerja . Semua nak SUAP . Zaman Lisa dulu-dulu bukan main menghargai kerja yang ada . Terima tak diterima tu belakang kira , janji usaha. Budak sekarang ni memilih kerja beb , ye .. semua nak disuapnya . Kalau boleh if ada orang dalam gitu .. boleh terus masuk je tanpa sesion interview. Macam ni buka company sendiri la kan..senang. 

Beberapa minggu lepas Lisa ada iklankan jawatan kosong di facebook beberapa kali ., macam biasala , siap ada email antar resume dan alamat company . Guest what ? diorang komen "PM " , hello.. ini iklan jawatan kosong , bukan iklan jual product. Punyalah malas nak antar resume , atleast PM sendiri tanya la ada kosong lagi ke tidak . Ok... orang PM memang ada , tapi .. diorang terus tanya .. gaji berapa ? Aduh... belum apa-apa dah tanya gaji berapa. Engko ingat konfirm layak diterima kerja ke ? Mana-mana company memang kena interview dulu la.. haa.. time interview tu baru time sesuai kau tanya gaji dan skop kerja macam mana. 

Kalau dapat pekerja , datang dah kerja .. but ya.. first day masuk kerja pun dah lambat. Dengan muka macam ..err eksen eh gitu . Dalam hati aku , adeh .. macam tak serius je dak ni nak kerja. Aku tengok macam tak lama je , mesti luch hour nanti terus belah...  Dan... andaianku benar belaka , lepas lunch hour tu dia trus cabut tak datang kerja lagi . Biasa dah tak hairan pun , dak sekarang nak cari pekerja yang betul-betul minat kerja ni agak susah sikit . Nak semua suap , nak semua senang. 

Bak kata founder cool hijab , Hafiz : 

Kenapa kami yg lahir tahun 80an hidup lebih kental berbanding budak2 skg kalau kita tengok?
Sbb hidup kami bermula dgn tidak boleh melakukan kesilapan dan salah. Tidak boleh ada pilihan. Ianya terhad. Menyebabkan kami sentiasa hargai apa yang ada.
Apabila silap, kami akan menanggung rugi jika buat semula. Jadi kami sgt berhati2.
Dulu nak ambil gambar guna filem biasanya org panggil Kodak. Nak ambil tak boleh silap sbb satu gambar satu frame filem.
Lepas ambil, perlu hantar ke kedai dan kami tak tahu mcm mana gambar tu akan terjadi. Kami jadi excited setiap nak pergi ambil album gambar.
Kalau muka tu senget, senget lah. Kalau gambar gelap, gelap lah. Bila buat silap, kami mula berhati2 agar jangan silap lagi.
Itu belum lagi barang mcm kaset, disket dan lain2. Nak tulis dan simpan terhad, nak dengar kaset lagu terhad.
Berbanding budak2 zaman skg. Ambil gambar, boleh tgk semula. Tak elok terus delete, ambil yg baru sampai puas hati. Unlimited dan masih ada pilihan.
Tak suka kerja ni, boleh berhenti suka hati ikut kepala sendiri. Lepas tu kerja tempat lain. Tak suka, berhenti, kerja tempat lain pula. Tak kental, tak sabar. Nak kaya cepat.
Belajarlah hargai apa yang kita ada. Jika kita kerja, hargailah kerja kita. Hidup mmg ada pilihan tapi cuba hargai. Ia adalah proses belajar dan proses kehidupan.
Korg akan hargai bila korang dah tiada apa-apa dan tiada siapa yang peduli.


Mentality kerja budak sekarang dengan dulu dah tak sama , banyak sangat pengaruh wicet dan media sosial la kot . Duduk goyang kaki dapat duit .. Tak semua budak macam ni , tapi jarang giler.. dan boleh kira dengan jari kalau ada yang betul-betul minat kerja . 

Hari tu pun sama.. offer kerja kat kawan sendiri , kerja senang je pun dengan gaji banyak la juga kalau dibandingkan normal nye gaji tu . Sebab kerja kotor , kotor sebenar ye bukan kotor haram ..Dia tolak beb.. alasan tak berminat . Pastu kalau lepas asik dok merungut tak de kerja sampai sekarang . HUH ! 

OK la itu je aku nak membebel... hehe . Pesanan untuk kalian . Kalau dah dapat kerja tu kerja elok-elok , boss sayang nanti nak ape-ape senang ,, mana tahu dapat naik gaji ke . Jangan dah dapat kerja pastu makan gaji buta, dok melepak main whatsapp.. kerja terabai . Ramai lagi yang tak dapat kerja diluar sana , dengan keadaan ekonomi yang semakin turun ni .. hang pikiaq sendiri nohh.,..kalau nak pilih kerja . 

{ 7 comments.. read them below or add one }

Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 April 8, 2017 at 5:39 PM
Setuju ngan lisa, bdk bdk sekarang memilih sgt. Belum apa dah nak demand gaji. Yg baru jd intern ja pun dah ada yg berlagak, susah nak ajar. Tapi ada juga yg bagus bagus. Cuma tu lah, susah nak jumpa yg bagus ni haaa
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 8, 2017 at 7:52 PM
betul kak... time minta keje.. kemahin bersungguh3/ time dah call suh dtg iv tk nak pulak. ahaha adeh
alin alin April 8, 2017 at 10:44 PM
haih lah, ekonomi dah macam ni pun masih nak malas.. :(
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 9, 2017 at 11:47 AM
tau tak pa.. budak sekarang jiwa tak kental. rasa boring je trus tak nak kerja haha adeh
Mieza S Mieza S April 11, 2017 at 4:02 PM
hahhaa biasa dah tu. semua org tnya gaji. sbb peduli dengan kepimpinan najib dan duit yang byk terbuang waktu belajar. gaji tinggi harus. sbb tu memilih. taknak rasa duduk dibawah
Lisa Nurulain Lisa Nurulain April 11, 2017 at 4:08 PM
gaji tinggi ok je . tp kena buktikan yang dia mampu kerja. hahahaha.. ni nk gji tinggi tpi kerja krik2
Maybank introducer 0127292850 Maybank introducer 0127292850 April 13, 2017 at 9:11 PM
Mmg berbeza sangat survival budak sekarang ni ngan dlu...keje goverment pun lapor diri pastu lesap..bukan nk bg surat letak jawatan klau tidak minat...