Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen




Drama Baru  , URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN , kini dah mula ditayangkan di Astro Ria  . Mesti tengok ni , sebab hero dalam drama ni ialah Aiman Hakim dan Heroin pula Scha Alyahya . Lisa sendiri tak pernah tengok lakonan Scha sebelum ini.. hehehe.. tak tengok tak suka.. so kena tengok dulu la ye . Mana tau cerita dalam drama ni menarik . Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen akan bersiaran mulai 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen .

Ada pelakon dari negara jiran , Indonesia iaitu Randy Pangalila dalam drama ni tau ... watak pelakon yang lain antaranya :


PELAKONWATAK
Scha Alyahya Syazlin
Aiman Hakim Ridza Fadhlan
Randy Pangalila Faris
Shalma Ainaa Farissa
Adriana Adnan Zehra
Isyariana Hanissa
Ozlynn Husna
Ungku Hariz Yeop
Ziha Salleh Fasha
Nazrief Nazri Edy

LAGU TEMA / OST URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar.
Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.
Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi.

Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia.
Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?


GAMBAR PELAKON








REVIEW LISA : 

Drama ni ok la.. sebab tak manjang sweet jek. Ada part lawak juga la.. kira sempoi dan lawak .. baru 4 episode..Lawa juga si Schaa ni .. also geram je dengan drama Queen dia tu .. haha . Korang kena tengok sendiri sampai habis la baru tau . 

1 comment... add one now

1001petua.com 1001petua.com February 10, 2017 at 8:24 PM
p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D