Senarai Pelakon SAYANG PAPA SAYA TAK?

Agak tertinggal kali ini . .. biasa rajin je kalau tengok drama Astro ni . Mungkin sebab tajuk tak berapa nak umph kot?  Haa... tak kenal tak cinta.. tak tengok tak tau la jalan cerita best ke tidak . Lepas tayangan Isteri Tuan Ihsan , sekarang digantikan dengan  drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Gandingan Hero dan Heroin iaitu Hisyam Hamid dan Emma Maembong . Hisyam hero dalam abangbomba I love You dulut u .. Ramai lagi  pelakon-pelakon lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Luqman Hafidz, Eleena Sui, dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? dah tayang minggu lepas,  9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

Senarai Pelakon SAYANG PAPA SAYA TAK?




PELAKONWATAK
Hisyam Hamid Farish
Emma Maembong Raisya
Seri Aileen Qalish
Aida Khalida Puan Rogayah
Wan Sharmila Azyan
Luqman Hafidz Yusri
Sweet Qismina Fathiya
Eleena Sui Aleeya
Izara Aishah Kasih
Fahad Iman Khairul
Haleeda Mazlin Latifah
Adam Lee Adam
Syafiq M. Nazri Shahrir

SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.


GAMBAR PELAKON






Review tak dak lagi , nampak gayanya kena marathon dulu la ... baru Lisa kan share dalam ini. Jangan lupa tengok tau.... ada si comel Emma ..hehehe 

3 comments.. read them below or add one

atiehilmi dot com atiehilmi dot com January 17, 2017 at 4:09 PM
erm.. kakak tengok 1 episod jek.. lepas tu tak bleh nak layan.. hahahaha~ mungkin sebab Emma Maembong.. kot.. kot laa..
siti hazreen siti hazreen January 17, 2017 at 9:43 PM
alahai comelnya gambar budak kecik tu ;)
Rozita Abdul Rahman Rozita Abdul Rahman January 18, 2017 at 12:47 AM
suka tgk iklan.. mcm best je tp kita xde astro..huhu