Senarai Pelakon Jejak Karmila


Finally tayang juga drama yang dinantikan , Jejak Karmila, sebuah drama yang diadaptasi dari novel . Oh ya.. untuk pengetahuan korang , penulis Novel ini Lisa kenal juga tau , nama dia Nilam Himawari ,, korang terjah je  nilamhimawari.blogspot.com .  Kali ini ada Mia Ahmad , Ruhainies, Asyraf Ali bersama primadona ulung, Fauziah Dato Ahmad Daud dan ramai lagi barisan pelakon Jejak Karmila yang lain. Drama bersiri Jejak Karmila arahan Murali Abdullah dah tayang semalam11 Januari 2017, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.

Senarai Pelakon Jejak Karmila

Nah .. Lisa list kan beberapa senarai dari pelakon yang menjayakan drama Jejak Karmila ni .

PELAKONWATAK
Fauziah Ahmad Daud Karmila
Mia Ahmad Suraya
Ruhainies Nonie
Asyraf Aley Syed Haikal
Amy Mastura Syarifah Aniza
Azri Iskandar Syed Zaidi
Ben Ali Jojo
Afiq Anuar Ikmal
Fauziah Nawi Hamidah
Amanda Misbun Kak Inah
Wan Sharmila Karmila (remaja)
Johan Arrif As'ari Karim
Adriana Fareesha Suraya (kecil)
Duerra Mitilda Nonie (kecil)
Wani De'fam Aniza (remaja)
Nafiz Muaz Syed Zaidi (remaja)
Rais Hazlin Amirul
Tasha Muhamad Nurul
Wawa Jasni Ernie


LAGU TEMA / OST JEJAK KARMILA
Penyanyi : Azharina Azhar

SINOPSIS JEJAK KARMILA 

Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara.
Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.

GAMBAR PELAKON



REVIEW LISA : 
Baca dari sinposis agak menyedihkan la cerita ni , terpisah dari anak-anak . Mertua pula jahat. aishh...  geram betul .! kena tengok sampai habis ni . Suka tengok wan sharmila belakon sebenarnya .. hahaha .. Korang jangan lupa tonton tau .. 13 episod jek... , kalau tak sempat tengok di TV ... tengok je di tonton.com.my kan ada.. 

{ 9 comments.. read them below or add one }

zai zamree zai zamree January 13, 2017 at 3:25 PM
wah...hasil nurkilan Nilam Himawari ke?
Tahniah2...semalam tengok juga cerita ni
Mek Onie Mek Onie January 15, 2017 at 10:58 PM
perghhhh..kak ogy ada letop kebabom la cerita dia
siti hazreen siti hazreen January 16, 2017 at 8:50 PM
sis, saya dah kecik kan sikit font di blog, jemput baca...ok, tak font saiz tu?
Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 17, 2017 at 12:22 PM
nanti saya tengok semula.. anyway saya pun duduk kluang. boleh la jumpa hehehe
Aina Ah Aina Ah January 17, 2017 at 10:13 PM
xssuai la watak kak ogy.trllu tua brbnding isteri zaidi.huhuu