Penyakit Kulit Ekzema

Penyakit Kulit Ekzema biasanya akan menyerang bayi yang berumur kurang dari 8 tahun . Tanda awal biasa adalah apabila munculnya tompok kering kemerahan dan seperti bersisik yang terdapat pada kulit. Tompok-tompok ini akan sebabkan keradangan dan kegatalan disekitarnya. Akan jadi lebih teruk dan kronik sekiranya tompokan tersebut semakin menebal serta kering dan bersisik. Memang sedih kalau tengok bayi terkena ekzema ni , macam kita boleh rasa apa yang dia rasa. Lisa punya risau time pertama kali jaga little boy  bagi makan telur separuh masak,, lepas itu akan naik ruam merah , ingatkan kenapa .. huhu cemas gila masa tu .  Mana tak cemas, dengan tak ada pengalaman lagi . 


Ekzema Pada Bayi 

Bukan hanya ekzema je , penyakit kulit yang hampir sama dengan ekzema ialah Psoriasis yang boleh muncul di kesemua tempat pada seluruh bahagian badan. Bagi bayi, tanda-tanda psoriasis dan ekzema selalunya dikaitkan dengan ruam yang pada awalnya keluar pada bahagian-bahagian tertentu tubuh terutama di kulit kepala dan pipi. Ruam ini boleh menyebabkan kegatalan yang melampau serta merebak ke bahagian lain seperti leher, pergelangan tangan, siku. lutut, kaki, punggung atau keseluruh bahagian badan termasuk sekitar mata.


Ruam-ruam ini biasanya akan menggelembung sebelum keluar cecair jika dibiarkan tanpa rawatan yang khusus seterusnya boleh menyebabkan kepada masalah jangkitan kulit yang lebih serius.

Punca Ekzema pada bayi 

1.     Sistem imun badan yang berubah. Badan kita memiliki sistem imun yang akan menyerang sel-sel jahat yang mendatangkan penyakit. Tetapi di dalam kes eczema ni, sistem imun kita ini terkeliru dan mulai menyerang sel-sel baik yang membawa kesan kepada kulit. Ini menyerupai punca kepada penyakit SLE.
2.     Alahan terhadap bahan cuci seperti sabun yang digunakan untuk mencuci pakaian, alatan kosmetik, sabun mandi, syampu, hama atau habuk dan haiwan belaan seperti kucing. Jadi, sebaiknya elakkan menggunakan permaidani di dalam rumah..jika ada anak yang mengalami masalah ini.
3.    Kulit yang terlalu sensitif kepada persekitaran seperti habuk dari luar dan cuaca yang panas.
4.    Masalah stress atau gangguan emosi turut menjadi punca eczema.
5.    Mempunyai keturunan dengan penyakit eczema.

Cara rawatan ekzema 

Biasanya saya akan beli pelbagai jenis krim dekat farmasi..pernah juga jumpa dengan pakar kulit. Apa yang menyedihkan dah beli macam2 jenis ubat tapi eczema tu makin teruk..tak de pun nampak macam makin pulih. Masa kecik lagi anak saya yang ni alami alahan kulit, pampaers tak boleh sembarangan..sampai berdarah2 celah peha..huhu..pastu saya pakaikan lampin kain. Dah besar ni sering jadi dekat badan plak..ada jugak naik dekat kepala..,memang kesian sangat tengok dia. Garu2 je.

Secara umumnya terdapat beberapa rawatan biasa dan spesifik untuk mengubati serta merawat penyakit samada psoriasis atau ekzema bayi ini. Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan ubat-ubatannya adalah hampir sama dari segi kegunaannya cuma yang berbeza adalah jenis ubat dan juga dosagenya.

Kesimpulannya, adapun secara dasarnya penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis pada kanak-kanak dan bayi dikatakan tidak boleh diubati sepenuhnya, tetapi perlu ada satu cara merawat ekzema dan psoriasis yang tertentu serta berkesan. Kedua-dua penyakit ini boleh berulang semula selepas kawasan kulit telah sembuh, Maka adalah penting untuk memastikan semua punca, tanda dan gejala penyakit kulit kronik ini sentiasa terkawal.

2 comments.. read them below or add one

Jie Susanos Jie Susanos February 4, 2017 at 1:59 AM
In Sha Allah sakit pasti ada ubatnya..
Nadia Johari Nadia Johari February 4, 2017 at 2:40 AM
nasib baik Fariza takde ekzema, tapi kene berjaga juga