RESEPI Keria Gula Melaka

RESEPI Keria Gula Melaka , 


Rasanya semua orang dah pernah makan kuih keria . Ala yang macam donut tapi dibuat dari ubi keledek . Sebelum ni lisa biasa makan kuih keria yang tak bersalut , dalam erti kosong je . Baru-baru ni viral kuih keria gula Melaka lebih tepatnya keria antarbangsa ,, jadi perbualan hangat di kalangan media sosial . Tempatnya di daerah Melaka , sampai beratur panjang untuk dapatkan kuih ini . Korang boleh tengok live pembuatan kuih keria tersebut . Yang tak bernasib baik , pulang dengan tangan kosong je la . Ramai pelanggan lah katakan , macam pau cendawan tempoh hari tu . Apa kata korang buat sendiri je la kuih keria gula melaka tu , senang pun ye juga .. jimat pun ye juga. JOm baca resipi keria gula melaka yang muda ni . 


Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Keria Gula Melaka : 

500+ gram keledek kaler putih yang telah dikupas kulitnya
3/4 cawan tepung gandum
garam secukupnya
1sudu teh baking powder 

Untuk Sira Gula Melaka
150 gm gula Melaka - hiris nipis
1 cawan air

Cara Memasak : 

1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Masukkan keledek,garam dan air separuh daripada keledek di dalam periuk.Rebus hingga lembut.Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.

2.Gaulkan dengan tepung dan baking powder hingga sebati dan uli menjadi gegelang kecil. 

3. Panaskan minyak , dan goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan. Untuk dapatkan warna sekata, rajin balik-balikkan kuih keria tadi . Angkat dan toskan minyak.

4.Masak bahan salutan gula Melaka + air , hingga mendidih dan pekat.Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

Atas ni resepi orang bujang , kalau nak lebih detail lagi..  korang boleh try masak dengan resepi dari pakcik mat gebuus ni , nah link : 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Amin Hakim Amin Hakim December 16, 2016 at 3:43 PM
Kebetulan semalam baru isteri saya sebut kuih keria nie.. dah bole suruh wife buat nie ☺☺☺
Lisa Nurulain Lisa Nurulain December 16, 2016 at 5:39 PM
tengah viral.. rasa sama je la hahaha
rose amani rose amani December 16, 2016 at 6:29 PM
Makanan sedap & senang buat mmg org suka
Infosemasa Infosemasa December 19, 2016 at 10:38 AM
Tolong buat dan pos sini boleh tak? :d :d :d
titan titan December 23, 2016 at 5:22 PM
baru aje makan kuih keria pagi tadi.

tapi gula biasa la.

gula melaka..jauh sangat.
Lisa Nurulain Lisa Nurulain December 24, 2016 at 11:37 AM
kosong lagi sedapp... hehehee . sebab lisa tak berapa suka dengan yang manis
ruggedmom ruggedmom January 5, 2017 at 11:31 AM
Dok menunggu kledek kami tu besar nak try jugak. Selalu buat kuih keria biasa je. Itupun salut gula macam donut je.
Lisa Nurulain Lisa Nurulain January 6, 2017 at 1:12 PM
keria biasa lagi sebdap sebenarnya