Senarai pelakon Awak Sangat Nakal


 Lama juga tak nampak si kenit Ayda Jebat berlakon . Drama 'Awak Sangat Nakal' yang tayang di Astro Ria akan menampilkan si Ayda Jebat digandingkan dengan Shasrnaz Ahmad . Ayda sebagai Erine Johana dan Sharnaaz pula sebagai Johan , selain itu ada banyak lagi artis yang lain seperti Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli . 
Suka tengok Ayda Jebat berlakon , sebab berlakon lepas takde fake-fake kontrol ayu gitu . Drama sebanyak 16 episode ini akan ditayangkan setiap hari Isnin sampai Khamis pukul 10 malam hanya di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.  Well.. not bad juga jalan cerita permulaan drama ini , tak tau la nanti kesudahannya akan membosankan atau memuaskan macam drama Astro sebelum ini.. so korang kena tengok sendiri la ye . 

Senarai pelakon Awak Sangat Nakal 


PelakonWatak
Ayda Jebat Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad Johan Rizqin
Afiq Muiz Ustaz Hafsham
Ika Nabella Ustazah Ain Humaira
Hefny Sahad Tuan Haji Habib
Tash Yong Sue
Fadilah Mansor Mak Munah
Farouk Hussain Pak Mat
Syaffiq Sahli Cikgu Johan Ariff

LAGU TEMA / OST AWAK SANGAT NAKAL
Penyanyi : Ayda Jebat

SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL 

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Erine Johanna yang bosan dengan suasana di kampung telah menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikkannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?


Gambar Pelakon Awak Sangat Nakal 

gambar credit myinfotip 

4 ulasan

amboiii, takutnya sharnaz pegang rotan!

Diorang ni tak boleh ke fikirkan tajuk yang lebih aummmm sikit?😑

Sampai slrg x boleh move on lagi abag ejaz iolss .. hiksss


EmoticonEmoticon