Senarai Pelakon Patahnya Sebelah Sayap


Walaupun sekejap , tapi akhirnya dapat tengok juga wawa zainal berlakon . Hehe... Kali ni berlakon dengan husband dia sendiri dalam drama TV3 , Patahnya Sebelah Sayap. Dan diantara pelakon ang ada seperti Neera Azizi , Aezril Zafrel , Wawa Zainal , Izzue Islam , Ummi Nazeera dan banyak lagi . Best juga cerita ini, .  cerita tentang pengorbanan untuk seseorang yand dia cintai tapi akhirnya lelkai itu jadi lupa diri selepas berkejaya dan jadi penguam Hebat. Nak tau lebih banyak senarai pelakon dalam drama ini kan,.. nah Lisa dah buat siap-siap. Drama ini tayang setiap Isnin- Rabu , pukul 10 malam hanya di TV 3 .

Senarai Pelakon Patahnya Sebelah Sayap




PelakonWatak
Aezril ZafrelKuzairi
Ummi Nazeera Alisha
Izzue IslamAmzar
Normah Damanhuri Salbiah
Wawa ZainalTania
Aman ShahDr. Taslim
Wan nor AzlinDr. Zaleha
Syamie AidaLeen
Zinab OmarHalnah
Azhar Amir Dato' Farid
Norzila Abu SamadDatin Sofea
Iskandar Zulkarnain Edmund
Neera Azizi Mira
Noor Amisah AbdullahMidah
Faiz HakRizal
Mohd Syuk Ramli
Helvera Susanti Seri
Syamiera Farha Siti
Siti MiliBibah
Aman NazimAmin
Azlan Azman Din di
Shad ShadidSeman
Hadi Hawawi Mat Nor
Awal OsmanHarris




SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?


REVIEW LISA : 

Kasihan , Alisha dipenjara dan ibu dia meninggal . Kalaulah di Alisha terus terang dengan polis.. pasti semua tu tak kan berlaku. Aih... geram pula dengan makcik kepochi yang jadi batu api tu ... suka sebar fitnah . Hahah emo pula dah .. kalau takde masa nak tengok , boleh tengok di tonton.com.my 

LAGU TEMA / OST PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura

6 ulasan

Ade tengok sikit sikit, sedihhhh betol..

anak dlm penjara, mak meninggal..mashaALLAH.... memang Izzue ni kejam...dalam terpaksa.......baru keje katakan..haihhh !!!!


Nak mntk komen entri ni leh x...

salu bagi adiah ape, tuk pengantin??

http://nonasani.blogspot.my/2016/10/selamat-pengantin-baru-wawawan-perak.html

lama dah x buka tonton tv3 tu sejak semuanya nk kena VIP. tapi sbb kan citer ni pelakon fav semua, macam nk tgk dari episod 1 laa...

maaf la, jarang tengok tv. jadi tak kenal sangat pelakon pelakon tv ni haha

drama cintan cintun mcm korea punya style ni.. perempuan suka la tengok haha. Kalau pelakon comel2 lelaki pulak suka tengok kikikiki

ni cerita adaptasi drama korea, secret love. mmg best!

Kalo nk bg set perfume ori sy ade jual... bole buat gift... 0182372141... bole watsap sy.


EmoticonEmoticon