SAFI Shayla Pek Fleksi Lebih Jimat

 Rambut mahkota wanita , tak kisah la untuk yang bertudung atau yang free hair sekalipun . Wanita perlu jaga penampilan , kali ni Lisa nak cerita mengenai masalah rambut kaum hawa yang pakai tudung. Masalah rambut yang biasa dihadapi seperti rambut kusut , berminyak , rosak  dan gugur. Masalah Lisa pula .. sejak dah masuk umur 20 tahun ni , Lisa rasa semakin hari semakin banyak pula rambut gugur. Haih.. problem juga , setiap kali cuci atau sikat rambut.. pasti akan ada rambut gugur mungkin berpunca dari stress tempat kerja. Ternampak kawan Lisa pakai Safi Shayla pek Fleksi , syampu untuk kurangkan rambut yang gugur  .. teringin pula nak pakai , hehe macam best je . 




Safi Shayla , Syampu Wanita Bertudung 

Memahami keperluan wanita bertudung moden , SAFI Shayla jenama syampu yang khas untuk wanita bertudung sebab kaya dengan Habbatus Sauda . Dengan SAFI Shayla pek Fleksi ,, boleh la Lisa dapatkan syampu dengan kualiti yang baik tapi harga mampu milik. Warna dan corak reka bentuk tiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi kekal sama seperti SAFI Shayla pek pam dan botol , biar korang senang dan mudah cari syampu ni . 



Saiz untuk 1 pek SAFI Shayla Fleksi ni 480gram , mudah dibawa pergi mana-mana seperti travel , senang dan tak perlu risau tumpah merata , jimat ruang pula tu . Selain itu , pek ni juga mesra alam sebab penggunaan plastik 65% lebih kurang . Jangan lupa jaga alam sekitar kita tau , kurangkan plastik yang membazir ! 


REVIEW LISA : 

Lisa dah pakai syampu SAFI Shayla pek Fleksi ni , apa yang lisa rasakan ...  memang rambut wangi je sepanjang hari walaupun bertudung dan berpeluh . Dengan pek ini.. Lisa dah boleh jimat RM 5.00 boleh makan aiskrim ni heheehe. Yang paling Lisa suka , rambut gugur pun dah bekurang .. wangi pula tu ..rasa nak cium selalu !.. 

Jap tunggu dulu.. bukan hanya variasi kurangkan rambut gugur je , tapi ada banyak jenis syampu dari SAFI Shayla ni . 
Safi Shayla HITAM MENAWAN
SAFI Shayla SEGAR BERMAYA

SAFI Shayla ANTI KELEMUMUR

SAFI  Shayla ITCH CONTRAL 

SAFI Shayla KAWALAN MINYAK 

SAFI Shayla Pek Fleksi boleh korang dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama dengan harga RM 14.65 sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI , sila layari
 Facebook 

Instagram 

 dan Youtube 

8 ulasan


EmoticonEmoticon