Keracunan Makanan Lagi ! Huh..

Gambar Hiasan 

Dah agak lama juga Lisa tak kena Food Poisoning atau dalam bahasa Melayu,keracunan makanan. Memang perut yang manja sangat atau mungkin memang makanan tu kotor. Ceritanya semalam beli makanan , lepas tu singgah kedai dan beli karipap inti kentang, yala.. lama tak makan..  teringin pula  . Memang perut Lisa ni takleh nak makan kari , tapi kalau karipap.. perut masih boleh terima lagi . Tapi.. petang tu ... Perut senak , apa yang Lisa makan tengah hari tadi muntah balik..minum muntah..berak-berak..,haih sampai naik pedih duduk dalam tandas. 


Bukan perut kosong time makan karipap tu , so takdenye sebab perut terkejut . Sebelum tu dah makan nasi dalam pukul 1.00 petang macam tu . Elok je .. petang time facetime dengan Ehem-ehem tu dah mula rasa nak muntah . Dekat 1 jam juga tahan.. lepas letak call je ,, terus uweek -uweek... muntah semua makanan yang Lisa makan .  

Dah muntah semua makanan tu ..Lisa lapar , try la makan buah pula and air orange. Tekak loya..memang tak selera makan . Lepas makan dan minum tu , Lisa terus buang air besar dan muntah lagi . Time ni masih tak perasan yang Lisa dah keracunan makanan. Sampai malam semalam.. Lisa dah dekat 10 kali dating dengan tandas , membuang dan muntah ..semua makanan akan muntah balik. Air pun sama ja..akan terkeluar semula. Baru la Lisa perasan yang Lisa ni keracunan makanan. Adeh .. dekat pukul 2.00 pagi juga baru boleh lelap mata. 

Dah makan ubat.. ubat herba ntah apa namanya ... kalau petang ni tak ok juga, kena bawa pergi  klinik la jawapnya . 2 hari tak makan ape-ape wei..minum pun tak...lembik je ni . Hmm... memang tubuh tak boleh masuk makanan atau minuman . 

Hmm.. tak kan nak saman kedai tu ? :( 

2 ulasan

Huh. Paling x suka kalau terkena Food poisoning. Apa2 pun gws Lisa

waktu kecik kecik dulu mak selalu bagi makan pil pocai utk masalah keracunan. Tapi dah besar ni dah pandai pilih, makan alfalfa complex utk keluarkan segala racun tu dari badan.


EmoticonEmoticon