Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia


Hari ini 14 Oktober 2016 , iPhone7 series dilancarkan di Malaysia .  Boleh tahan la harga dia  paling rendah pun dijual harga RM 3,199 untuk Iphone 7 , 32GB. Fikir balik... sama je dengan harga iPhone sebelum-sebelum ini . Takde la mahal sangat untuk jenis orang yang berduit .  Aku ? hahaha tunggu orang bagi hadiah baru dapat pakai la .Walaupun hari ini official launch di Malaysia , tapi hakikatnya  iPhone 7 ini pula dah berada di tangan Lisa sejak beberapa minggu lepas.,, hehe beli di Singapore sebab dekat je , time tu dalam harga $ 1284 Singapore Dollar. Entri ni sambungan dari cerita sebelum ini , di Best ke iPhone 7 ? Kali ni Lisa akan review  harga iPhone 7 dan 7 plus pula .


Harga i-Phone 7 dan i-Phone 7 Plus di Malaysia 

iPhone 7 hadir dengan 5 pilihan warna yang berlainan , Jet black , Black , Silver , Gold , dan Rose Gold . Jet Black limited edition dengan pengeluaran hanya berapa ratus saja , untuk Jet Black hanya ada 2 pilihan iaitu 128 GB dan 256 GB . Besar iPhone 7 ialah  4.7 Inch , tengok depan sama lebih kurang macam iPhone 6 atau 6 s , bezanya kalau tengok betul-betul kamera tu agak besar sikit . Proses penghantaran 1-3 minggu . 

HARGA iPhone 7 di Malaysia

Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 3,699RM 4,199
Black RM3,199RM 3,699RM 4,199
Silver RM3,199RM 3,699RM 4,199
GoldRM3,199RM 3,699RM 4,199
Rose Gold RM3,199RM 3,699RM 4,199





iPhone 7 Plus pula punya kelebihan dari kamera , 12 MP . Kamera belakang ada 2 buah kamera .. wahh first time dalam iPhone series . Besar untuk iPhone 7 plus , 5.5 Inch . Harga yang ditawarkan pun cukup woww.. hahaah paling rendah dijual dengan harga RM 3,799.00 . Penghantaran 3-4 minggu .

Harga iPhone 7 Plus di Malaysia 


Colour 32GB128GB256GB
Jet Black Not Avaiable RM 4,299RM 4,799
Black RM 3,799RM 4,299RM 4,799
Silver RM 3,799RM 4,299RM 4,799
GoldRM 3,799RM 4,299RM 4,799
Rose Gold RM 3,799RM 4,299RM 4,799



Dengar cerita syarikat telco Digi , Maxis , Celcom dah keluarkan pakej sign up dengan iPhone7 and iPhone7 Plus. Nanti Lisa usha dan kongsikan kepada korang ye . Harga iPhone dah tau ..selamat beratur ya ... hehee apapun model Handphone , guna dan beli ikut keperluan masing-masing ... tepuk dada tanya poket . Jangan jadi papa kedana hanya sebab beli phone je ,,

14 ulasan

wah..mahal nyer.
mampu..memang mampu..mampu tgk la..

hihii

Mahal sangat dah harga iphone 7 nie haa. Mampu tengok jela.

mak aiii,tak mampu nak beli...beli yang biasa-biasa je

Haah...harga lebih kurang sama jer. Awal tahun lepas sy beli iP6+ 128GB, almost 4k juga...so, mmg lebih kurang. Tp iP7 ni ada kaler Jet Black, aduhaiii...mmg menggugat sgt. Berkenan habis...smlm p cari 2 tempat area Putrajaya ni, Jet Black semua out of stock...huhu~

Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed

apple tk pernah tak mahal aduii mcm mne nk beli ni haha adehg

mahai sangat ...acik RM400 pun dah menggeletor inikan pulak 4k hehehe.

cantik kot iphone 7 lepastu ade waterproof spect......tapi mahal la....kalau beli secara instalment or pakai pakej telco tu okay x?


EmoticonEmoticon