Bahaya Bengkak di Leher ?

Untuk kali pertama benjolan bengkak pada leher berlaku kepada Lisa . Mana tak risau, tak ada hujan tak ada angin tiba-tiba rasa ada ketulan di leher belakang sebelah kanan. Bahaya tak kalau bengkak di leher ni ? pertanda cancer ke , ? huh... minta dijauhkan . Tanya kawan satu tempat kerja , katanya angin ni ,,, tapi macam tak logik je angin keluar satu ketulan kat leher . Lisa tanya pula ke kak Sue Izza , dia cakap kena pergi check ke doktor , takut naik beguk yang besar bawah pipi. Argh sudah .. mula risau ni .

Punca Bengkak di Leher 

Klinik tu tak jauh mana pun , sebelah tempat kerja je ni ha.. Lisa bagitau la dekat doktor tu ada benjolan di leher belakang ni . Lepas check suhu badan , Doktor bagitau la , punca bengkak kelenjar limfa atau bahasa sainticnya ialah : limfadenopati (lymphadenopathy)    ni sebab Lisa demam dah lama sangat , antibody atau sel darah putih lawan virus demam , tu yang efect sampai bengkak dan nampak benjolan . Lisa pula sebelum-sebelum ni kalau sakit .. memang tak pernah habiskan ubat antibiotik yang doktor bagi , antibody semakin lemah .. sebab tu kerap sakit demam , batuk , selsema .Ingatkan kalau dah rasa sihat , takpayah makan ubat.. hihi .

Lisa pun tak perasan yang Lisa ni demam , ni kalau doktor tk check memang tak tau la. Suhu cecah 38.7 celcious pun macam biasa je , ya la..cuaca panas kat luar ,,,tu yang Lisa ingat memang cuaca je . Tapi ada satu pagi tu , Lisa bangun tidur mata dah berair sampai merah-merah . Lepas ni kena beli la alat tuk check suhu badan tu .
.


Yang putih tu ubat tahan sakit , yang orange kecil tu ubat kurangkan bengkak , dan yang kuning merah tu ubat antibiotik . 


Doktor pesan , jangan pegang atau sentuh bejolan tu , nanti lagi teruk.. boleh semakin membesar atau jadi merah2 bernanah . Seram pula dengarnya . And lain kali kalau rasa tak sihat, kena terus pergi check kat klinik .. jangan tunggu lama-lama elak jadi teruk . Bengkak ni boleh jadi dekat mana-mana anggta badan korang , seperti ketiak , celah paha dan abdomen . Gigih Lisa dengar apa yang doktor tu cakap . Haa,,,  dia ingatkan Lisa , makan sampai abis ubat antibiotik ni . Kalau tak nanti bengkak tu tak baik . 

Bengkak macam ni boleh jadi sebab sel-sel cancer juga. Tapi apa-apapun kalau korang rasa tak sedap badan .. terus je check dekat doktor atau klinik terdekat. Dan Jangan lupa periksa breast korang time mandi , jika ada benjolan..pertanda cancer tu ... ingatan kat korang je .. heheh.. :* 

5 comments.. read them below or add one

Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit October 18, 2016 at 12:52 PM
Kadang memang kita tak sangka ia suatu yg membahayakan
Bila doktor yg explain baru kita tahu dan takut juga.
yanie yusuf yanie yusuf October 18, 2016 at 2:32 PM
haah kekadang akan naik bengkak tanda badan perlukan sokongan supplimt lain. moga cepat sembuh ye..
Nadia Johari Nadia Johari October 20, 2016 at 12:37 AM
bengkak tiba-tiba..uishh..nsib dh pergi klinik
Anarm Anarm October 21, 2016 at 12:13 AM
Ada jugak bengkak kat leher, tapi kecik je. Tiba-tiba je bengkak kat belakang tu. Sejak umur 11 tahun sampai sekarang 31 tahun ada lagi bengkak kat situ. Tak pernah gi jumpa doktor.